Tuesday 16 April 2013

Little Party for Afiy

Salam semua,

Sempena birthday afiy yg ke-3, kami anak beranak gi sambut kat Secret Recipe. Yg lawaknya, amik afiy terus gi SR, kat nursery bg pakai baju buruk² je, pastu mak die lupa bawak baju comei cam kak ton..hahaha

Bila tanya dia nak hadiah apa, dia cakap nak hadiah cekeyat (coklat)..huhu..save duit mak kau dik..tapi maknya tak kedekut sangat, beli gak la mainan telefon² tu, sesuai la ngan umur dia..

Mengepaw poket encik abah ;p jangah marah ye abah, setahun 4 kali jer ;p aku order Frosty Lemon Tea..abah punya Apple juice kot.. Pastu dengan excitednya aku order 3 Cheeses Spinach Lasagna.. puii, tak sedap langsung. Gila tekak belacan aku nak makan vegetarian food. Sayur pon kuis tolak tepi piring, ada hati nak makan sayur-sayuran.. 

Terpaksa aku cedok sikit² Spaghetti Aglio Olio encik abah ye..hehe..dengan udang besar, sotong besar, pedas² lagi..sedap ;) Untuk kek lak kami amik sepotong ja iaitu, Durian Cheese. Memang rasa durian sangat sampai geli tekak, sebab durian + cheese weh... terasa lagi kegelian kat tekak aku ni..

Untuk budak² ni aku order dan encik abah bayarkan Mini Burger For Kids.. dorang tak makan sangat pon, aku je yg over..
Birthday boy
Wajah 3 Cheeses Spinach Lasagna
Amboi,..gelak besaq ko dik!!
Abang aqil dengan aksi ninja..hensem anak ibu

** Happy birthday utk adik. Ramai lak yg lahir 15/4 ni, panjanglah doa mak ko nanti. Sama ngan hari lahir anak Fasha Sandha, birthday Zizan lagi. Semua retis ye.. 

Photobucket

No comments :

Post a Comment

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik