Saturday 13 April 2013

Masa Susah Dulu

Hidup ni ibarat roda, sekejap di bawah sekejap di atas. Tak selalu kita di tempat yg sana dkm satu masa. Namun, tak semua dapat menerima dengan redha masa susah yg datang. Percayalah, susah itu sebenarnya sangat manis.

Aku dan suami pon penah susah. Sangat susah. Tahun 2008 aku datang Sabah. Pregnant 3 bulan bawa bagasi lebih dari 30kg naik bas dari KL Sentral sorang2. Tabah k, aku bg semangat sirang2. Transfer dari KL sbgai kerani N17, gaji dalamRM920 kot basic.  Cukup masa tu, syukur.

Tahun 2009, dah bersalin dlm 4 bulan dapat offer jadi cikgu. Syukur..dapat elaun Rm1200 sebulan. Bila mula kerja, aku sedar semua ni tak cukup. Dengan gaji tu nak bayar loan RM300, nursery RM300, kereta dan minyak lagi. Kos sara hidup suami yg jauh di pedalaman.

Defisit ok, negative. Tapi orang x nampak, orang tak tau. Nasib baik myvi save minyak. .huhu..bahet RM50 ja ye untuk minyak ulang alik kk-tuaran. Aku bajetla, kalo rasa tak cukup aku skip la 1 hari, ponteng hari Khamis arau Jumaat. 

Orang cakap belakang,  aku tau. Macam2 tapi redha je lah. Nsb baik GB ok. Nak suh aku mintak duit kat family aku? Ego beb...haha. aku tau rezeki itu akan datang, kalau tak datang aku cari lah.

Bukan tak penah aku jual rantai kaki aku yg dah putus tu, dapat RM300..masa tu Jumaat. .ingat nak bagi husband sikit, isi minyak sikit. Susah tau..tambah2 masa Aqil 7 bulan aku pregnant..rancang yg tak menjadi...huhu

Pernah aku & suami rasa mcm tak nak lagi, tapi teringat kata kawan aku dulu, jadi teruskan je melahirkan dia. Alhamdulillah baik anak aku ni. Sopan je dengar kata.

Jadi nasihat aku, jgn sedih bila kita susah, insya Allah akan datang senang di kemudian hari. Walaupun tak melimpah ruah, cukuplah sekadar mencukupi. .

No comments :

Post a Comment

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik