Sunday 21 July 2013

DIY Peplum

Tajuk besar2 peplum jadi tak jadi ♡

Masak Lemak Cili Api Ikan Patin

Salam 12 Ramadhan ^_^

Alhamdulillah dah 12 hari berpuasa. Hari ni nak kongsi menu berbuka hari ni, PATIN MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan:
  • 4 ketul ikan patin
  • 400ml santan pekat
  • 300ml santan cair
  • 8 biji cili api *tumbuk halus
  • 3 biji bawang merah *tumbuk halis
  • 2 biji bawang putih *tumbuk halus
  • 2 batang serai *diketuk 
  • garam
Cara-cara:
  • masak santan cair, bahan yang ditumbuk dan serai sehingga mendidih. 
  • masukkan ikan dan santan pekat
  • perasakan dengan garam
  • siap!!!

Thursday 18 July 2013

Puisi Nukilan Dayana Untuk Asyraf Muslim

Salam semua,

Peminat seni tanah air mesti dah tau kan tentang Asyraf Muslim yg mohon poligami, tapi menikah lagi 1 di Thailand, kemudia isteri dia, Dayana, telah tulis satu sajak untuk suaminya..


Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana

Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…


Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…

Entahlah, aku pon tak tau nak cakap apa..huhu.

 Photobucket

Resepi : Kerabu Daun Selom & Udang

Assalamualaikum wbt

Korang tau tak daun selom? selalu kalo orang utara buat laksa, mesti gunakan daun selom sebagai ulam kan, selain bawang. Haritu beli daun selom banyak, sebab buat nasi ulam, ada lebih banyak sangat, jadi terus decide nak buat kerabu daun selom dengan udang.


 BAHAN-BAHAN:
  • seikat daun selom, potong kecil²
  • udang *kupas kulit dan goreng tanpa api/rebus
  • 2 biji cili merah**
  • 7-8 biji cili padi**
  •  belacan**
  • 2 biji bawang merah
  • 1 sudu krisik
  • 2 biji limau nipis
  • garam
  • serbuk perasa
CARA-CARA:
  • kisar/tumbuk bahan yang bertanda **
  • gaul semua bahan dalam bekas
  • perah limau nipis.
  • siap
 Gambar lupa nak snap. insyaAllah buat lagi nanti sy snap gambar ye!!


Photobucket

Tuesday 16 July 2013

Resepi : Puding Oreo Cheese

Salam 8 Ramadhan~

Seronok kan dah seminggu kita berpuasa. Sekejap sangat rasanya, sampai dah tak tau nak masak apa tiap² hari. Masa hari pertama tu buat juga kuih, sy buat lompat tikam. Tapi terlebih kapur, rasanya pun dah jadi pelik ;) insyaAllah next time nak cuba lagi.

Hari keenam buat dessert juga, PUDING OREO CHEESE.. yummy betul! dan sangat simple. nama je cheese tapi tak de pon guna cream cheese bagai. 



RESEPI PUDING OREO CHEESE (untuk loyang 7-8 inci)
  1. sepeket agar² *saya guna agar² serbuk 10g
  2. gula 2 sudu besar
  3. 1 sudu besar tepung kastard
  4. 1 tin susu cair
  5. air 300ml
  6. biskut cheese cracker secukupnya *guna dalam 2 baris
  7. sebungkus biskut oreo
  8. 1 sudu butter


Cara²:
  • hancurkan biskut cheese cracker hingga halus *sy guna blender
  • panaskan agar² dengan gula sehingga berbuih, kemudian perlahankan api
  • dlm bekas lain, gaul susu dengan tepung kastard
  • satukan susu tadi dengan agar² yg dimasak, masukkan serbuk biskut cheese sehingga pekat
  • susun dalam loyang ikut kreativiti masing².
  • sejukkan dalam peti sejuk lagi sedap
Sedap sangat, makan sejuk². Lebih enak jika dimakan dengan sos kastard ^_^

Selamat mencuba!!!


 Photobucket

Tuesday 2 July 2013

Resepi Chocolate Lava Cake

Assalamualaikum wbt

Lama rasanya tak bersiaran kan. Sibuk dengan macam2 hal..ambil upah assignment orang, buka leptop hari-hari, tapi tak sempat update apa2.

Masterchef selebrity pon dah abis kan, semangat aku tiap2 hari Sabtu-Selasa, jam 9.00 malam je depan TV..dengan suami. Sampai anak pon dah tau, aqil mesti tanya, "ibu nak tengok cerita chef ibu?" hehehe..Tahniah pada Syura!

Kemudian terngiang-ngiang je masa tengok masterchef tu, masa Celina buat dessert Chocolate Lava. Aku pon ape lagi, menggugel je terus. Senang sangat resepi dia rupanya, tapi tak terbuat. Kemudian husband beli pulak chocolate lava ni di Secret Recipe, best gilerrr! Tapi mahal la, sebiji saiz cupcake tu harganya dah RM7.50. Beli 2 biji RM15.00, kongsi lak tu ngan anak2, mana cukup kan. Jadi, semangat kan diri buat sendiri, hehe.



Rupa chocolate lava yg super duper yummy!

 Memang rasa coklat yang kuat, dengan luar cek yg lembut, dalam kek yang penuh dengan lava coklat. sedap sangat2 ye!

Resepi nak buat pon senang, banyak versi sebenarnya, tp yg ini yang saya dah ejas sikit2 ye, untuk standard saiz cupcake 10 biji.

Resepi Chocolate Lava Cake:
  • 200g coklat masakan
  • 100g unsalted butter 
  • telur 4 biji saiz A
  • 6 sudu gula kaster
  • 6 sudu tepung gandum (ayak)
  • 4 sudu serbuk koko
  • 1 sudu chocolate emulco *saya tambah
  • 1 sudu coffee paste *saya tambah
Cara-cara:
  • Cairkan butter dan coklat masakan menguunakan kaedah double-boiled sehingga cair
  •  Masukkan serbuk koko, kacau sampai larut
  • Dalam mangkuk lain, pukul telur dan gula sampai gebu dan warna kuning pucat
  • Masukkan adunan coklat, tepung, chocolate emulco dan coffee paste. Kacau sampai sebati dan adunan menjadi likat.
  • Sudukan dalam acuan cupcake atau cawan ramekin
  • Sejukkan dalam 30 minit.
  • Panaskan oven 180 darjah selama 10 minit api atas bawah
  • Bakar 15 minit.
  • Bahagian luar akan nampak seperti kek biasa, tapi bila tekan macam kek kurang masak.
  • Boleh tabur gula icing sebagai hiasan.

Cawan ramekin



 Photobucket

Monster University Best!

Salam semua,

Selamat berhujung minggu.

Harap semua penduduk di Malaysia ni berjaga-jaga ye, maklumlah sekarang kan kita dilanda jerebu, sangat teruk! Kebakaran di Indonesia, kesannya jerebu berlaku kat negara kita ni. Harap2 mereka yg berada di Johor, Singapura, KL dan KK ni termasuk aku sentiasa berjaga-jaga, pakai mask, dan minum air secukupnya.

Nak story sket ni. Semalam kami dah p tengok wayang Monster University. Berikutan anak aku excited sangat dengan cerita Monster Inc. sebelum ni. Sampai calar balas VCD tu sebab engok berkali-kali-kali-kali..berapa banyak kali daaa!



Tapi memang puas hati, kami tak tengok yg 3D pon, seab aqil bukan nak pakai spek 3D tu, rugi je. Jadi sebelum movie tu bermula, ada iklan tau tentang kisah payung. Aku dah try google tapi tak dapat iklan tu, kisah acam ni.

Masa hujan, ada payung biru. Sedang bergembiralah sebab dia je biru, yang lain hitam. kemudian datang payung warna merah kemudian jatuh cinta. sebab angin kuat, payung biru terbang jatuh tengah jalan, kena langgar dengan bas. lama tu datang payung merah dan tuan payung biru amik balik payung biru tu.


Yang aku nak cerita, time aku pusing tengok aqil masa iklan ni, mata dia bergenang air mata. ohemgi..anak aku nangis ke?? aku tanya dia nangis ka? dia jawab, aqil sedih je.




Tapi aku lak yg gabra, anak aku dah besar weh, baru 5 tahun tapi feeling cam orang dewasa. dah pandai nangis2 tengok wayang..erm..taktau nak rasa apa dah..


Kalau ada yyg suka tengok wayang tu, lehla pegi tengok monster university, best sangat. tapi yg ada anak kecik takyah la bawa nak ye! sian aku tengok ada baby nangis sebab effect kuat, terkejut anak uols. tunggu CD dia keluar la, tak lama mana pon...hihi



 Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik