Showing posts with label Beauty. Show all posts
Showing posts with label Beauty. Show all posts

Thursday, 5 July 2012

Butang Baju Melayu

Salam Nisfu Syaaban~

Alhamdulillah, Syaaban dah sampai ke pertengahan, insyaAllah Ramadhan akan menyusul..bestkan, dah rasa bahangnya sebab dok puasa sunat, train awai² takut Ramadhan nanti semputttt ;p



Eh, sebenarnya nak promo Butang Baju Melayu, jomlah beli, dibuat dari tiger stone, ada sikit2 macam mata sang belang tu, tapi sangat cantik tau.

Ada 5 warna , biru, hijau kuning, putih dan coklat. Sape yang berminat boleh emel k:

zarycollection@gmail.com

Gitau nak berapa, warna apa, pos ke mana..ok bai


  Photobucket

Saturday, 21 April 2012

Entry suka2~ Top 20 beautiful women in the world 2012

Ranking 20 - Penelope Cruz 


Ranking 19 - Rosario Dawson

Ranking 18 - Alessandra Ambrosio
  
 Ranking 17 - Nicole Scherzinger

 Ranking 16 - Halle Berry

Ranking 15 -Aishwarya Rai

Ranking 14 - Rihanna

Ranking 13 - Scarlett  Johansson

Ranking 12 - Hilary Duff

Ranking 11 - Jennifer Lopez

Ranking 10 -Heidi Klum

Ranking 9 -Shakira

Ranking 8 -Naomi Campbell

Ranking 7 -Charlize Theron

Ranking 6 -Andriana Lima

Ranking 5 -Claudia lynx

Ranking 4 -Jessica Alba

Ranking 3 -Angelina Jolie

Ranking 2 - Eva Mendes

Ranking 1 - Monica Bellucci


Photobucket

Thursday, 19 April 2012

Produk kecantikan Yang Membahayakan Kesihatan

Salam semua,

Mesti korang dah tau tentang 1 produk kesihatan yg dikeluarkan oleh sebuah syarikat kecantikan yg sangat gah dan terkena, telh diharamkan oleh pihak berkuasa kerana mengandungi bahan yg boleh merosakkan kesihatan.

jadi, susulan dari kejadian itu, ada beberapa buah blog telah menyebarkan tentang senarai produk kesihatan yg boleh mendatangkan bahaya kepada pemakainya. Tapi sejauh mana kebenarannya tidak diberitahu. Jika ada yg memakai produk tersebut, silalah semak terlebih dahulu yea! TQ

sharing is caring ~


Adakah anda pengguna salah satu produk-produk berikut:-

1. OLAY Total White

2. OLAY Total White Krim Pemutih

3. POND’S AGE Miracle Day and Night Cream

4. Qianyan
 



5. QUINT’S YEN
 6. Skin Enhancer

7. TEMULAWAK Extra Nutrition Cream

8. JINZU Strawberry White n Beauty Soap

9. CARONNE Beauty Day Cream & Beauty Night (Cream)

10.Ponds White Beauty

11.CARONNE Beauty Whitening Cream (Night Cream)

12. CARONNE Beauty Whitening Cream (Day Cream)

13. CR Lien Hua Bunga Teratai (Day Cream)

14. CR Lien Hua Bunga Teratai (Night Cream)

15. CR Racikan LING ZHI Day Cream with Vit. E

16. CR Racikan LING ZHI Night Cream with Vit.

17. CR Day Cream with Vit E

18. CR UV Whitening Night Cream with Vit E

19. CR UV Whitening Day Cream with Vit E

20. DR’s SECRET 3 Skinlight

21. DR’s SECRET 4 Skinrecon

22. Nouvelle Visage

23. DR. FREDI SETYAWAN Extra Whitening Cream

24. DR. FREDY SETYAWAN Whitening Cream II

25. FRUITY Vitamin C Whitening Cream (B

26. PLENTIFUL Whitening Night Cream

27. QL Papaya Whitening Peeling Gel

28. QL Day Cream (A)

29. QM Natural Vitamin C & E (Day Cream)

30. SCHOLAR Whitening Cream Night Cream

31. TOP-GEL MCA Extra Pearl Cream Plus Complex Vit. C & E (1208)

32. Obagi Produk

33. TOP-GEL MCA Extra Pearl Cream

34. TOP-GEL TG-3 Extra Pearl Cream

35. TOPSYNE Aloe Beauty Cream (TS-858)

36. TOPSYNE Beauty Cream (TS-3)

37. TOPSYNE Beauty Cream (TS-802)

38. TOPSYNE Beneficial Skin Cream (TS-868)

39. TOPSYNE Extra Whitening Cream Vitamin C & Placenta

40. TOPSYNE Whitening Day Cream & Whitening Night Cream

41. TOPSYNE Whitening Cream Vitamin E & C (TS-819)

42. Sendayu Tinggi

43. TOPSYNE Extra Beauty Cream (TS-821)

44. ELASTIDERM Decolletage Chest And Neck

45. OBAGI NU-DERM Blender Skin Lightener & Blending Cream PM 5

46. OBAGI NU-DERM Sunfader Skin Lightener With Sunscreen (SPF 15) AM 6

47. OBAGI NU-DERM Tolereen Anti-Pruritic Lotion

48.OBAGI-C RX System CClarifying Serum AM  

49. OBAGI-C RX System CTherapy Night Cream PM

50. NOUVELLE Visage

51. Sendayu Tinggi Night Cream

52. De’putih

 Photobucket

Saturday, 14 April 2012

Petua untuk Isteri Sentiasa Dara


Istighfar
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu - sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun - niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai". (Surah Nuh: ayat 10-12)

-------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Setiap wanita pasti ingin kelihatan menarik, tak kira tua atau muda. Menarik dan menawan tak semestinya waktu muda saja, walau berusia, sesorang wanita itu boleh kelihatan menarik dan mempesona. Kata pepatah Inggeris, ‘look great at your age’, biar menarik dan berpadanan dengan usia. Jadi petua di bawah ini boleh diamalkan oleh sesiapa saja, samaada tua atau muda.

Petua ini diajarkan oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya.

Cara 1:
Dilakukan selepas solat Isyak

  •   ambil air segelas
  •   baca al-Fatihah sekali  
  •   Ayatul Qursi sekali
  • Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. 
- Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.



Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38: (56.35) 
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, 56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan. Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manafaatnya.

Cara 2:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
  • Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
  • Baca ” Ya Nur ” 1x
  • Baca ” Ya Hadi ” 1 x
  • Baca ” Ya Allah ” 3x
Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.

Cara 3:
  Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
  • Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
  • Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.
. Photobucket

Sunday, 1 January 2012

Riview Dermacolor Comouflage

Assalamualaikum..
Selamat Tahun Baru semua ^_^
Alhamdulillah, bersyukur pada Allah, Tuhan semesta alam, dengan limpah kurniaNya dapat kita meneruskan kehidupan di muka bumi ini lagi. Semoga nikmat ini sentiasa diberkati, dan dipanjangkan umur selalu.



Ingat tak saya pernah tulis tentang Dermacolor foundation, dari Kryolan yg mendapat sambutan hangat dan dikatakan menjadi pilihan ramai wanita masa kini? Wah, panjangnya soklan ^_*

Dah 2 hari saya menggunakan Dermacolor, dan hasilnya memang sangat sepadan dengan rega tau!!!

Krim agak pekat dan kesat bila sapu, tapi lembut pada kulit. Just dap dap dan tarik je. Takyah tonyoh bagai nak rak kat muka tu. Hanya selapis dah nampak perbezaannya tau. Cuma warna nampak macam gelap sikit, tapi cik Abg kata ok, so okla ;)

gambar tak mekap. di kampung. cantik kan?
Gambar touch up sket without editing

Kesannya sangat sekata, nampak natural dan gebu jer tau! Sangat sesuai untuk kulit berminyak. Sebelum ni saya pakai faoundation Kryolan stick dan supracolor, sedikit berminyak tapi cun jugak. Tapi Dermacolor lagi BEST SANGAT!!!

P/s saya masih lagi tak puas hati dengan blog ni. Macam dah cantik template tapi tak leh tukar dia punya Font Pulak...ayyyakk!!!



Photobucket

Friday, 30 December 2011

Dermacolor Camouflage Cream Foundation

Hai semuaaaa...

Entri kali ni nak share tentang my favourite make-up KRYOLAN..
Jenama kryolan memang tak perlu diperkenalkan lagi, sebab kryolan menjadi kegilaan mereka2 yang gemar bersolek, tmasuklah saya sendiri ^_^ huhuhu

kryolan make-up range memang luas, boleh dikatakan Semua item dorang ade. Tapi yg saya ada takde lah semua, sebab harganya memang mahal, tapi setanding dengan kualiti dan kuantiti pon boleh tahan, kalau tak calit tebai2 setahun pun tahan tau!

Baru2 ni saya beli foundation Dermacolor, tak try pon lagi tapi review kebanyakannya kata sangat BEST!

Sebelum ni barang kryolan saya beli dari beberapa individu yg jual di Facebook, antaranya Azwa kryolan ( mahal sikit, tapi cepat dapat barang sebab Azwa ada kedai di sungai petani), Kryolan stuff (only pre order jadi barang dapat lambat sikit, harga lagi murah dari Azwa). Dan yg terbaru saya beli dengan Kryolan in Malaysia. Nak tengok boleh klik di bawah;





Review boleh tengok sini;

http://dauntless-lady.blogspot.com/2011/07/review-dermacolor-camouflage-cream-and.html
http://jommakeover.blogspot.com/2011/08/ok-nie-adalah-logo-dermacolor-produk.html

Kalau di Kryolan in Malaysia boleh dapat harga RM100.00 aje untuk 25ml ^_^

Selamat membeli...

Photobucket

Thursday, 17 February 2011

My Make up review

Udah namanya perempuan, wanita, gadis atau cik, puan, cik puan suma suka cantik2..kalo ade aweks2 yang cakap 'i don't like beauty' memang sah dia tu keliru jantina.

Aku suka sangat bab2 mekap ni, tambah2 lagi kami 5 beradik semua perempuan lak tu, lagila sakan aku berangan nak jadi cun melecun tu. Aku hingat lagikmasa aku budak2 kecik, aku macam  jantan jugak, panjat pokok sana sini, tapibila naik sekolah menengah dah start  melawa. Abis lipstik kakak2 aku, aku curik2 pakai. Yelah, time tu nak beli takde duit lagipon budak kecik lagi. 
Sekarang bila dah keja, belambak2 alat solek aku. Sampai laki aku pon dah tau kalo nak kluar aku yg kena besiap dulu, mekap 4 inci ;p

Jadi kat sini aku nak wat riview produk2 yg aku penah guna yer.

- Kryolan TV Paint Stick (kod aku guna 4w)
Memang superb pakai ni, muka memang nampak licin gebu je tambah2 bila  amik gambo, cun siott! Kurang berminyak, kena sapu dengan pink span kryolan juga, baru cun melecun. Tapi produk ni agak mahal, price range dalam RM95 dan ke atas. tapi kalo beli online boleh dapat RM60 dan ke atas. Masa aku beli RM55 dengan Kryolan stuffz tapi lambat sket dapat barang sbb pre-order. Byak yg jual online macam Azwa Kryolan, Kryolan in Malaysia, banyaklagi, cuba masuk google search ye.
Picture antara before and after make-up guna kryolan (^_^)

- Kryolan Supracolor (kod 4w jugak)
Produk ni pon memang  best giler!! aku pakai time g keje sahaja, time gi meronggeng aku pakai paint stick, konon2 nak bagi gebusss ;p supra pon tak berminyak, cuma kalau cuaca panas memang berminyak la jugak kan muka tu. cuma pedapkan dengan loose powder atau bedak ape jelah yg korang ade. Harga aku beli 8ml RM40.00 dari Sal Kryolan.

- Naturactor
Haa..ini aku ada jual,sape beminat boleh tengok kat blogshop aku Zary-Collection harga memang murah RM40.00 sahaja. kalo beli banyak aku bagi diskaun lagi (^_^)
Naturactor sangat ringan, sedikit berminyak, takde pelindung uv,jadi kena pakai moisturizer atau krim pelindung uv dahulu ye. Cover pon meletopp tapi susah nak apply, kena colek pastu sapu, kalo paint stik aku gosok je kat muka tu, senang!

- Loose Powder Naturactor
Ini aku beli dari Azwa Kryolan, murah je RM60.00, berbaloi sebab saiz besar gedabak, 4 tahun pon tak abis, sebab muka aku kecik jimat2 la..tapi teringin jugak aku dengan loose powder kryolan tu, jadi aku pon sapu banyak2 bedak naturactor ni bagi cepat sket abis ;p tapi ini pon dah best, sebab sapu dengan berus, kulit nampak halus je tau, senang cuci tak nampak topeng, tak bertompok2..senangkan~

Lipstik
- Aku suka lipstik Elianto..best sangat..sangat smooth bila sapu, pastu warna sangat menarik, harga pon tertarik...chewaaahhh! bolela  kalo sape2 yang suka beli lipstik wat collection, boleh dapatkan di sini sbb harga berbaloi, kualiti terjamin. Tambah2 sape2 ada masalah bibir membengkak dan kasar disebabkan lipstik yg tak ekan cam akuni, boleh cuba elianto k.

p/s jangan pelik tanda space aku bermasalah, anak aku cungkil kat leptop ni tinggal punat kecik je ;(

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik