Showing posts with label ARTIS. Show all posts
Showing posts with label ARTIS. Show all posts

Sunday, 22 April 2012

My Favourite Song

Lagu nie memang my favourite saya dari dulu lagi, walaupon dah termasuk dalam malar segar ;)

Kau Ilhamku

Nyanyian : Man Bai

Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...

 Photobucket

Sunday, 31 July 2011

Najwa Latif

Kenal Najwa latif? mestilah kan..
lagu dia sangat fames skang ni, first time dengar memang comella lagu dia..
jom layan ..


Tajuk Lirik Lagu: Cinta Muka Buku
Artis/penyanyi: Najwa Latif

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

try gak nak share video tapi tak dapat, problem sket, so korang tengok lah sendiri kat youtube, search je Najwa Latif, blog pun ade gak


Photobucket

Saturday, 25 June 2011

SEPAH JUARA MAHARAJA LAWAK

Memang puas hati la dengan keputusan Maharaja Lawak akhir, akhirnya Sepah JUARA dan berjaya menewaskan JOZAN dan nabil.. Tahniah Sepah..u all deserved it

Pada pendapat aku la kan, Sepah memang consistent tiap2 minggu, cuma yg episod beranak tu aku tak gemor ;(
Dan aku rasa kumpulan sepah patut berterima kasih pada Shuib, mungkin sebab rezeki anak jugak kan... well, jom layan video diorang, leh pecah perot ni~

Atas: Part 1

Part 2: ada Dafi ;p

Photobucket

Wednesday, 20 April 2011

MAHARAJA LAWAK MINGGU 3

Mula minggu ke 3 Maharaja Lawak dah takde kat Prima, kat Warna 132 lak..aku dapat tengok sebab memang pelanggan setia Mustika...hehehe

Pada yang tak dapat tengok enjoy this video k..

For me, 3rd week SEPAH is the best..lawak pecah perut

JOZAN pon best jugak ...


JOZAN

NABIL

ALEX

MAN (aku tak berape paham)
SEPAH BEST GILERRR
JAMBU (yang cute dengan pink)

AMIR

BALAS

JEHAN (dengan yuna)
oh...jantan....hikhik
persembahan juri
mantap tue...

persembahan jemputan usop wilcha

Monday, 11 April 2011

MAHARAJA LAWAK LAGI


Maharaja lawak Minggu ke-2

JOZAN

Enjoy this video!!

Friday, 8 April 2011

USOP WILCHA


Memang hangat sekarang dengan abang macho sorang ni, sampaikan dalam rating google, USOP WILCHA di rating yang pertama orang search tau.. yang kedua ialah Miera Liyana (mungkin org cari gambar seksi dia kot)

SIAPA USOP WILCHA?

Usop Wilcha ialah watak yang dipegang oleh Shy8, dalam filem Zombi Kampung Pisang dan juga Hantu Kak Limah Balik Rumah. Nama sebenar Usop ialah Syed Mohamad Asri.
Sebenarnya Syed pernah menjadi penyanyi dan mengeluarkan album yang bertajuk Terasing Di Bumi Sendiri pada 1996 dengan menggunakan nama Syed sahaja.

Dan sekarang Syed lebih dikenali dengan nama Usop Wilcha.. jom layannnn

Memang terbaek yeop!!!
Kiter bakor!!!

 Watak dalam Hantu Kak Limah
 Siti pun teruja tau

MAHARAJA LAWAK

Memang pakar la Astro ni nak buat penonton depan TV sepanjang masa
Baru je abis Raja Lawak, sambung pula Maharaja Lawak...
Maharaja Lawak menggabungkan finalis2 Raja Lawak dari Musim 1 hingga kelima..
Memang geli perot den tengok.

Nak tau peserta?

 Nabil- Lawak dia ni, tapi kontroversi banyak sangat..poning den


 Gabungan Kecik dan Idlan, naper macam kurang menyengat?


 Tak paham lawak amir ni
 Minggu 1 - Balas memang best dengan Makcik Karipap
 Boleh tahan la
 Suka Jihan..
 Bonus bagi Jozan sbb sudah ramai peminat

MELODI TANPA FAFAU DAN WAHID


Haaaa...lepas ni kita dah tak dapat tengok Fara Fauzana dan Wahid jadi pengacara Melodi lagi, menurut sumber mereka digugurkan..???betul ke? Tapi rasanya diorang dah tamat kontrak mungkin, sebab dah lama kan diorang jadi pengacara Melodi..

 Pengganti?
Dengan sah den nak kobar pangacara baru Melodi ialah Zizan Raja Lawak dan juga Dira..
Agak2nya dapat tak peluang Dira bercakap nanti?? Risau jugak, sebab Zizan kalau bercakap takde tanda noktah, macam episod akhir Melodi Fara dan Wahid ritu, mana da dengar suara si Dira pun, suara Zizan je.. takpelah yang penting harap2 dengan gandingan baru dapat menceriakan lagi MELODI...
Zassssszzz......Layannnnn

MIERA LIYANA VS. SEKSI


Makkk aiii...terkojut den tengok, nak terkeluar bijik mata den ni..
dik oii, janganla pakai cenggini lagi, lain bonar mak nengok...
tapi bagi pihak Miera Liyana, ada alasannya yang tersendiri..

"Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi. Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini. Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang. Saya bersedia menerima teguran orang ramai dengan terbuka tentang pakaian saya ini dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama"

Balasnya tentang kontroversi tersebut:

“Mengenai maruah sebagai seorang yang beragama Islam pula, saya tak mahu bercakap apa-apa kerana ianya sangat sensitif. Bagi saya semua itu hak masing-masing. Saya tak mahu mengulas lanjut saya juga tahu akan hukum-hakam Islam”.

“Bagi saya, Tuhan sahaja yang layak untuk mengadilinya bukan orang lain yang sudah tentu tak mengenali diri dan hati budi saya. Cuma saya nak beritahu orang ramai jangan judge saya hanya dari pakaian saya semata-mata tetapi kenal hati budi saya dahulu sebelum mengkritik,“
Takpelah dik, at least BELAJAR DARI KESILAPAN OK!

ABPBH 2010

Akhirnya, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 melabuh tirai dengan keputusan yang memang puas hati..sampai sekarang, tak dengar pun cakap2 belakang tentang keputusan ABPBH 2010. Berikut keputusan ABPBH 2010:

1) Penyanyi Lelaki Popular – Faizal Tahir
2) Penyanyi Wanita Popular – Yuna
3) Artis Duo/ Berkumpulan Popular – 6ixth Sense
4) Penyanyi Nasyid Popular – Rabbani
5) Pelakon Televisyen Lelaki Popular – Remy Ishak
6) Pelakon Televisyen Wanita Popular – Fasha Sandha
7) Artis Baru Lelaki Popular – Shahir
8) Artis Baru Wanita Popular – Ana Raffali
9) Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan
10) Artis Komedi Wanita Popular – Noorkhiriah
11) Pelakon Filem Lelaki Popular – Shaheizy Sam
12) Pelakon Filem Wanita Popular – Lisa Surihani
13) Pengacara Televisyen Lelaki Popular – Aznil Nawawi
14) Pengacara Televisyen Wanita Popular – Fara Fauzana
15) Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail
16) Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana
17) Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Rosnani Jamil
18) Anugerah Artis Mobile Popular 2010 – 6ixth Sense

Tahniah sangat2 pada Shaheizy Sam sebab berjaya merangkul Anugerah Artis Paling Popular..memang madam dah jangka pun, kalo tak zizan, tapi memang rezeki Sam lah...

Jom layan gambar artis di malam ABPBH 2010 ye...































Pictures from Beautifulnara  (^_^)

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik