Wednesday 24 October 2012

Nour Ain Beauty Care

Nour Ain Beauty Care merupakan produk berasaskan herba-herba terpilih yang mampu menyihatkan kulit wajah serta mengembalikan seri wajah yang hilang berpunca daripada kulit rosak. Herba-herba terpilih yang terdapat di dalam produk Nour Ain, menjadikannya produk yang berkualiti tinggi yang mampu memberi kepuasan yang maksima kepada para penggunanya. Sangat berkesan untuk kulit normal dan kulit yang mempunyai masalah jerawat serta jeragat.

Ciri-Ciri Produk Nour Ain
* Beraskan Herba-herba terpilih
* Mengandungi vitamin C
* Sesuai untuk semua jenis kulit
* Tiada berlaku pengelupasan
* Memberi Keseimbangan kelembapan pada kulit
* Menyerikan kulit wajah
* Sesuai untuk lelaki dan wanita

Jangan risau, sebab produk Nour Ain telah didaftarkan dengan KKM:
1. Nour Ain Beauty Soap (Not120503661k)
2. Nour Ain Uv Foundation (Not110903959k)
3. Nour Ain Night Cream (Not120506492k)
4. Nour Ain Freshener Toner (Not120905482k)
5. Nour Ain Vit-C Serum (Not120503660k)
6. Nour Ain Multi-V Cream (Not120600653k)

 
Boleh gunakan tanpa was-was ye ^_^

 SET NOUR AIN BEAUTY CARE 3 IN 1

RM 50.00 (WM) / RM55.00 (EM)
FREE POSTAGE

1) SABUN
2) UV FOUNDATION (10GM)
3) NIGHT CREAM (5GM)

"ITEM JUGA ADA DI JUAL BERASINGAN"
 

NOUR AIN BEAUTY CARE FULLSET

RM 100.00 (WM) / RM105.00 (EM)
FREE POSTAGE

1) SABUN
2) UV FOUNDATION (10GM)
3) NIGHT CREAM (5GM)
4) TONER
5) SERUM VITA C
 
BEAUTY SOAP
(WM RM 14/ EM RM16)

♥ Bertindak sebagai agen pembersih. Meninggalkan kulit yang gebu dan lembut.
♥ Dapat meredakan pertumbuhan jeragat dan jerawat.
♥ Meresap jauh ke setiap liang roma utk menyingkirkan kotoran yg terpendam.
♥ Mengawal penghasilan melanin agar kulit cerah berseri

Nour Ain Night Cream 5g
(WM RM40 /EM RM42)

Fungsi :-
♥ Ianya sangat berkesan untuk mereda, memudarkan, dan menghilangkan jerawat, juga jeragat dan anti kedutan.
♥ Menolong mengatasi masalah pori terbuka, bintik hitam, bintik putih dan kulit cela.
♥ Sesuai untuk lelaki dan wanita, remaja dan dewasa.
♥ Tanpa pengelupasan untuk kulit normal.

Cara penggunaan:-
♥ Sapukan nipis pada wajah dan leher (malam sahaja) selepas penggunaan Beauty Soap. Pastikan wajah dalam keadaan lembap
 
   UV + Foundation 10 gm
(WM RM30 /EM RM32

Fungsi :-
♥ Diperkaya dgn ramuan semulajadi serta gabungan rumusan pencerahan kulit dan kandungan SPF30 utk perlindungan khusus drp sinar UVA & UVB.
♥ Penggunaan yg berterusan menghasilkan kulit wajah yg lembap, berseri, halus, gebu dan cerah secara semulajadi.
♥ Bertindak sebagai agen perlindungan sinar UV dan alas bedak
 
  Serum Vit. C
(WM RM22 / EM RM24)

♥ Bertindak sebagai perawatan terapi pada kulit
♥ Mampu mengatasi masalah radangan kulit
♥ Menyediakan Vitamin C semulajadi pada kulit yg tidak bermaya
♥ Kulit menjadi lebih anjal, tegang dan lembab
♥ Bebas dr garis halus dan kedutan
(anti penuaan)(tanpa suntikan)
 
  TONER
(WM RM30 / EM RM32)

♥ Toner boleh membantu menghilangkan bintik hitam selain menyegarkan dan menghaluskan kulit wajah.
♥ Selain dirumus untuk menutupkan kembali liang pori dan mendinginkan kulit wajah.


Berminat sila isi form atau emelkan pada kami untuk menempat
zarycollection@gmail.com

Photobucket

Friday 19 October 2012

4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Cara Rasulullah

Salam semua,
 Hari ni saya nak berkongsi maklumat yang sangat berguna pada ibu2 dan bapa2 semua, semoga apa yg dikongsi dapat dijadikan panduan dalam mendidik anak2 dengan sempurna.


Tahap Pertama
(0-6 tahun- mumayyiz)
Pada masa ini anak hendaklah disayangi dengan sepenuh hati oleh ibu bapa, dibelai dengan kasih sayang, diajak bermain dan bergurau. Natijahnya agar anak sentiasa sedar rujukan terbaik bagi mereka dalam semua hal yang mereka hadapi.


Tahap Kedua
(7-14 tahun)
Ketika ini ibu bapa hendaklah mendidik mereka dengan kasih sayang tapi tegas dengan arahan, disiplin dan beri mereka tanggungjawab. Didiklah mereka tentang solat, puasa dan lain-lain.


Tahap Ketiga
(15-21 tahun)
Hendaklah mendidik mereka dengan cara berkawan. Bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi ia tidak bertentangan dengan syariat.


Tahap Keempat
(21 tahun ke atas)
Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal. Anak adalah tanggungjawab & amanah kita bukannya hak milik.






  Photobucket

Tuesday 16 October 2012

Rahsia Ejaan Nama

Jom try ~

M - kejayaan mudah datang kepada anda.

A - anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.

Z - anda selalu bergaduh dengan seseorang.

N- anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.

I - anda mudah senyum dan boleh membuat orang lain senyum.

Z - anda selalu bergaduh dengan seseorang.

A - anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.

Boleh try kat sini
http://istimewa2u.blogspot.com/2008/03/rahsia-ejaan-nama.html

 Photobucket

Sanggar Keju


Salam semua,
Sejak 2 menjak ni asyik post bab makan je kan...huhuhu
Sekarang kan selalu hujan waktu petang2 tu, jadi untuk mengatasi tahap kelaparan yg minima cukuplah dengan hidangan yang diberi nama Sanggar Keju ni, atau nama komersialnya goreng pisang ;)

Yang istimewanya di negeri Sabah ni, goreng pisang ni dinamakan Sanggar Keju.
Ramuan utama mestilah goreng pisang yg biasa2 tu, di saluti susu pekat dan ditaburi keju parut. Sangat sedap dimakan panas2 atau suam2 dan bila sejuk jadi keras kejung ;p

Kelemahannya, pisang goreng yg dijual di Sabah ni tidak serangup di Semenanjung. Tak taulah kenapa, mungkin dari segi bancuhan tepung, rasanya dorang hanya guna tepung gandum sahaja. Agak keras dan rangup semasa panas ja.

Lagi puas kalo buat sendiri, mula2 ingatkan encik suami tak suka, yelah ada keju2 ni kan, rupanya ini pun kegemaran dia. hahaha ;)


Photobucket

Monday 15 October 2012

Tafsir Mimpi Ular

Ini adalah berdasarkan sumber internet~

Bagi mereka yg belum berkahwin, maksud aku bujang, mungkin bila bermimpikan ular memang berita baik. Tapi bagi wanita seperti aku yg berkahwin dan beranak 2, memang kurang baik. Pehal pulak aku mimpi ular ni, aku dah kawen lerrr~ hahaha

 Aku banyak kali mimpikan ular, selalu kena kejar ular lah. Lari sampai tak cukup tanah, jaga dari tidur kepenatan. Last sekali aku mimpi ada ular hitam besar kejar aku, kejer punya kejar, ular tu patuk, tapi tak kena. Aku elak. Pastu ada 'tuan' dia panggil ular tu balik.

Tapi bila cari info pasal mimpi ular ni ada banyak firasat.  
 Jika anda seorang jejaka atau seorang gadis bermimpi melihat atau dipagut (digigit) ular, bermakna akan segera mendapatkan pasangan atau jodoh. Dan bila anda telah menikah bermimpi demikian, bermakna akan memperoleh kemakmuran hidup. Mimpi melihat ular kecil dengan tiba-tiba berubah menjadi naga, bermakna akan ada orang besar yang menolong anda. Melihat ular berwarna-warni, bersirat kebahagiaan segera terbayang pada anda. Mimpi melihat ular yang banyak sekali, bermakna akan panjang umur. Mimpi dikelilingi banyak ular, bermakna firasat akan banyak orang yang memusuhi anda.

 

 Photobucket

Saturday 13 October 2012

Wanita & Hari kelahiran

ISNIN

Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan.
Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.


SELASA

Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU

Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya.
Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit.
Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.
Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS

Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia
pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT

Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami.
Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa,menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU

Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan.
Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD

Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros.
Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

 Photobucket

Friday 12 October 2012

Jumaat Yang penuh Barakah

Hari ini adalah hari rajin sedunia!!!

Setelah ponteng kursus, sebab harini last dan hanya presentation, dan aku tak suka itu ;) jahat kan.
Jadi dok umah masak-memasak je lah sambil menanti incik suami tersayang balik rumah.

Jadi, dengan bangganya aku telah siapkan lunch KARI UDANG & AYAM MASAK TELUR MASIN..
Untuk anak2 lak, SUP AYAM...hohoho..




Petang pulak dengan rajinnya aku buat sebijik SNOW CHEESE CAKE..waaaa, rajinnya aku! Seharian kat dapur jer ;)


  Photobucket

Tradisional vs. Moden

Salam Jumaat semua,

Dah malam baru nak bersiaran ;)

Arini nak cerita pasal cara2 menjaga kebersihan rumah..hahaha..takder lah, just nak cerita sikit pasal pengalaman diri sendiri sepanjang memegang jawatan KETUA KEBERSIHAN dalam rumah sendiri ni ;)

Sejak 4 tahun dulu, masa mula2 masuk rumah ni, kami suami isteri beli lah barang2 utk kebersihan rumah, dan yg paling berjasa sepanjang 4 tahun ini ialah mop jenama SCOTH-BRITE, masa beli harga dlm RM27.99 kat giant.


Mop macam nilah. Memang time tu rasa cam nak guna mop ni sepanjang hayat, best sebab cepat menyerap, selesa, tahan lasak, ringan dan warna kuning ;) eh! apa kaitan?

Sejak dua menjak ni, rambut mop ni dah mula keguguran...aduss! tersepit je tercabut, sampai tinggai sikit. Mulalah survey mop jenama ni jugak pattern lain. masa kat giant tu bahagian mop2 ni, ada jenama ni juga tapi jenis span tu, harga RM39.99. Hebat la kot kan. Masuk list lah!

Tapi terbeli la pulak mop easy squeeze jenama First choice, murah la sikit RM29.99. best gak mop jenis ni.


Cenggini la, warna pun macam ni. Sangat mudah, sebab lantai memang berkilat after mop. Pastu senang serap air, kalo susu budak2 ni tumpah letak mop ni je ;) senang untuk org yg rajin cam aku..haha
Tapi mop ini sangat berat. 2-3 hari sekali baru mop sebab lenguh tangan oooo...

Setakat ni je riview aku untuk iklan produk tak berbayor ;)


  Photobucket

Thursday 11 October 2012

Petua Menghadapi Pertengkaran

Sharing is caring!


Jom berkongsi~

1. Jika terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan pasangan kita. Dan tidak wajar pertengkaran tersebut hanya ingin mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesai kan masalah secara bersama.

2. Jika pertengkaran itu menyangkut tentang satu topik, janganlah masalah-masalah lain dimasukkan sama kerana ia akan menjadikan suatu pertengkaran yang besar yang boleh membawa bencana,

3. Batasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan bertindak menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah malah akan menimbulkan masalah yang lebih besar.

4. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan tidak tertekan. Kata-kata yang menyakitkan hatinya seperti: "Ini semua salah kamu... !", "Engkau bodoh... !", " Engkau selalu melakukan kesalahan... !" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah perkataan yang lembut seperti, "Hati saya luka kerana perbuatan itu... ", "Kamu tak sedar, betapa hancurnya hati saya... " dan lain-lain.

5. Setelah bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri, kemudian menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan. Bahkan ia merugikan hubungan suami isteri.

6. Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.

7. Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran keluarga. Kehadiaran pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik beradik hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah menyala api pertengkaran. selesaikan secara baik antara suami isteri.

8. Jangan bertengkar di depan anak-anak kena ini akan menjadikan anak- anak bingung dan tertekan perasaan. Jika ini berlaku, akan ujud banyak lagi masalah lain.

 Photobucket

Tuesday 9 October 2012

Aqil Punya Hal

Seronok ada anak ni, sentiasa terhibur dengan hal dorang. Kalau boleh, setiap apa yg anak2 buat, anak2 cakap, nak je aku rakam. Nanti dah besar2 leh rewind balik :)

Haritu sembang2 dengan aqil, bila dah tak ingat. Lucu budak2 ni bila cakap.

Ibu : aqil nak adik lagi ka?
Aqil : Nakla. Aqil nak adik yg baby, aqil takmau adik yg besaq tu. takleh dukung.
Ibu : Hmmm...aqil nak adik boy ka adik girl?
Aqil : mestila boy, nanti aqil leh cium2 adik baby boy tu
Ibu : Adik girl takmau ka? adik boy kan aqil dah ada.
Aqil : Takmau adik girl. Nanti kalo aqil cium adik girl, terus aqil bertukar jadi girl.
Ibu : *&^%$# speechless

*******************************************

Ibu : Nanti...ibu beli katil, aqil tidur kat bilik lagi 1 na, dengan adik
Aqil : Ibu tidoq sekali dengan aqil?
Ibu : Taklah, ibu tidoq bilik ni
Aqil : Abah?
Ibu : Abah pun tidoq bilik ni
Aqil : Kalau hantu tangkap aqil macaman?
Ibu : Mana ada hantu.
Aqil : Kalau aqil nak susu?
Ibu : Nanti ibu dengan abah buat la susu kat aqil. Aqil kan dah besaq, aqil kena tidoq ngan adik, takleh dah tidoq ngan ibu.
Aqil : Sebab ibu girl?
Ibu : Ya
Aqil : kalau macam tu abah pun kena tidoq ngan aqil, abah kan boy sama macam aqil.
Ibu : Hmmmm ;)

  Photobucket

Aqil Nak Adik

Masa kat klinik tadi, amik ubat kaki afiy, ramailah patient. masa tunggu turn tu, ada sepasang suami isteri bawa baby baru, kecik lagi. Mungkin dalam 2 bulan umur baby tu. Pastu terus aqil kata:

Aqil : Ibu, tengok ibu, ada baby botak.
Ibu : hmmmm... (malas layan)
Aqil : Ibu, comel betul baby tu, si baby yang botak.
**Aku terus nak cover la, dia dok ulang2 botak tu.
Ibu : Baby memang kena botak, aqil kecik2 dulu pun botak gak.
Aqil : Comel kan ibu, baby botak tu. Jom kita amik nak?
Ibu : Aqil kan dah ada adik.
Aqil : Kita tukarlah. bagi kat depa adik kita tu, kita amik baby botak tu..

Alamak!!! Buat lawak la budak kecik ni.



  Photobucket

Bila Anak Berborak

Salam semua,

3-4 hari ni kan abah budak2 ni outstation, jadi masak-memasak memang malas la. Harini terpaksa cuti kecemasan, sebab si adik Afiy jadi kudis kat atas pada buku lali tu, amik dari nursery kelmarin, dah berlubang kudis tu, agaknya dia korek2 kot, takpun teacher dia cuci. Jadi, pagi2 jam 9.00 terus bawa 2 org budak2 ni gi klinik.

Doc cakap kudis biasa, cuma dah kena jangkitan sebab tu leh berlubang sampai macam tu, dan keliling kudis tu membengkak termasuk buku lali dia. ermmmm... lega sikit.

Lunch budak2 ni beli soto je, memang dorang suka. aku? beli Mc D, tapi malam baru makan. takde mood, perut pon tak lapar. leh kurus camni kalo cik abang outstation 3-4 bulan ;)

Pastu td, terpaksa gak marah aqil, dia boleh letak bus 2 biji kat tempat sujud masa ibu solat. Masa rukuk pun, diletaknya bus secara menegak sambil ketawa sebab nak bg langgar ibu...ishh, memang kena!

Masa iron baju dlm bilik dengar aqil cakap dengan adik dia:

Aqil : adik, pi amik susu abg sat.
Afiy : haaa? amik susu?
Aqil : adik pi la amik susu abg sat, kat atas meja tu. takdak hantu aih
Afiy : tak dak hantu? (dengan slow motion nya)
Aqil : aqil tengok sini, adik pi amik susu naaa...
Afiy : haaaaa....
Aqil : Jom kita pi sama-sama

Pastu aku nampak depa jalan berpimpin tangan pi meja amik susu, milo ngan air teh.

Haha. meja tu tak smpai pun 10 langkah dari TV, dia punya ngelat, mengayat adik dia suh pi amik sebab dia takut... Hmmmm....





  Photobucket

Monday 8 October 2012

Indahnya Rasa Rindu Itu...

Assalamualaikum... 


My incik suami kena outstation, bukan oversea pon, tak jauh mana, Tawau je. Tapi jauh gak la tu, Tawau-KK kena naik flight gak tu.

Tadi pi antar kat airport pon sedih tahap ultraman bertukar lampu biru ke merah dah, kami jarang berjauhan, sebelum ni mmg berjauhan, jumpa weekend je, jadi rasa dah biasa. Tapi sekarang, ngadap 24 jam, ko aku pi mai pi mai dlm rumah, rasa macam sedih lak bila jauh ni.

asyik pesan kat anak2 je, "abah takdak na, esok lepas esok lepas esok baru balik" (kalo habaq hari apa abah dia balik belum tentu depa ni paham. si abang faham la, si adik bila gtau dia jawab, "abah ada ya"

Tapi rasanya ada hikmah juga bila kita berjauhan sekejap suami isteri ni:
  1. Feeling rindu tu kembali, rasa cam masa bercinta, bz pegang handset sms sentiasa
  2. Masa berjauhan baru kita sedar betapa sunyinya hidup tanpa pasangan masing2
  3. tahu/ sedar apa kepentingan suami/isteri masing2
  4. Dapat menilai tinggi mana perasaan pada pasangan
  5. Lebih menghargai pasangan
OK! i miss him damn much ^_^

 Photobucket

Tuesday 2 October 2012

Edisi SAYA SAYANG ISTERI

Hari tu, Jumaat, buka FB je hero pujaan hatiku tu tag 1 gambar ;) sekali buka, tadaaaaaaa!

 Kan dah kena upload koleksi tudung Fareeda si isteri, oleh si suami dengan tema 
"SAYA SAYANG ISTERI"

Cukup, cukup sudah...ok takat ni ja kot tudung aku. Terima kasih la pada hero pujaan hati kerana sangat memahami dan menerima seadanya kehendak si isteri ni.

Ada ke yg nak ulang alik pejabat pos amik barang isteri, dengan penuh kasih sayang lak tu..hehe
Insya-Allah, sebagai suami dan isteri sama2 lah kita menerima minat pasangan masing2, asalkan tidak melanggar syarak.
 
 Photobucket

Monday 1 October 2012

Snow Cheese Cake

Salam 1 Malaysia semua ;)

Dah masuk Oktober kan, bajet 2013 pon dah bentang. Semua dapat habuan masing2, tapi biasalah, nak puaskan hati semua orang memang tak boleh kan.

Ok, hari ni nak cerita tentang sebijik kek yg memang buat aku terliur ja, hahaha.. tengok blog orang sana-sini dah buat kek ni tau, tp disebabkan aku berpuasa menyentuh cheese, jadi slow la skit nak membaking ni

Tapi, ujung minggu lepas, (jumaat) tak tertahan lak hati ni nak try resepi baru, SNOW CHEESE CAKE. aku pun tak tau tuan tanah asal resepi kek ni, tp aku nak ucap tahniah la kat dia, sebab kek ni memang sedap dan simple ja resepi dia.

 Mula2 try rasa sedap, tapi kek macam padat sikit. aku rasa sebab aku pukui adunan tu sat sangat, kalot ngan anak2 lag jumaat ritu. Hasil kelam kabut, terjadilah begini:

Masa beli cream cheese kat Giant, mcm ok, masa buka nak pukui, meleleh air dari keju tu, dengan berketui-ketui. kuangjaq tui giant juai cream cheese hat rosak dah. terus call hero pujaan hatiku dengan pujuk rayu suh dia beli yg baru dekat consfood. nasib baik jadi sedap lalala.

 Yang ni 2nd edition, pujaan hatiku request nak bawa gi tempat keja, ada makan2, pastu aku suh promote, kot ada nak tempah. yg ni buat seikhlas hati, tekstur kek jadi cam span, lembut ja. Pastu dengan cheddar cheese yg overloaded tu...memang sedap...jom pakat2 try..


Resepi Snow Cheese Cake:

Bahan kek:
- 100g tepung naik sendiri atau tepung gandum
- 60g tepung jagung
- 100g gula kastor
- 6 biji telur (buang 2 putih telur)
- 2 sudu kecil ovellete
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu kecil baking powder (kalo guna tepung gandum)
- 50g air sejuk
- 75g marjerin yg telah dicairkan

Bahan krim
- 250g cream cheese
- 1 cawan susu pekat

Hiasan:
- 1/2 kotak cheddar cheese (aku guna kraft) diparut

Cara masak:
- satukan kesemua bahan kecuali marjerin, putar sampai putih.
- masukkan marjerin dan putar lg sampai sebati.
- bakar pada suhu 150 darjah dengan api atas bawah selama 45 minit atau sehingga masak.
- putar cream cheese hingga lembut, masukkan susu
- belah kek di tengah, sapukan cream cheese. yg selebihnya disalut di luar kek.
- taburkan cheddar cheese yg telah diparut.
- sejukkan lagi sedap ;p

 Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik