Thursday 4 April 2013

Kacip Fatimah - Kacip sangat ke?



Kacip fatimah ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia, dan nama botaninya ialah Labisia pumila. Dalam kegunaan tradisional, kacip fatimah digunakan untuk mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita, untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual seperti tongkat ali.
Itu adalah maksud dari google apa itu kacip fatimah. Di Malaysia sekarang, ada pelbagai jenis minuman yg berunsurkan kacip fatimah. Selalunya minuman dan juga ubat jamu. Contohnya seperti Perl Kacip Fatimah, dan lain2 lah. Korang tengok kat bawah ni ye.

 Kadang2, aku terfikir jugak, adakah minuman2 berunsurkan kacip fatimah ni akan memberi kesan seperti sama fungsinya dengan pokok kacip fatimah? Aku minum minuman cth perl kacip fatimah dah lama, sebab aku tak rasa pon minuman macam ni akan memberi efeks mcm merangsang nafsu peminumnya.

Penah aku sedang minum, ada kawan cakap, "eh!hang berani no minum minuman macam ni, aku tak berani. Takut satgi rasa lain macam haru"

Pada aku, kalaulah minuman atau ubat2 macam ni betul2 merangsang seks seseorang, dah lama produk ni laku kat luar negara. Mesti laku berjuta-juta dibeli oleh orang2 tertentu. Macam juga hangatnya pil viagra satu masa dulu. 

Minuman ni bagi aku memberi kesegaran pada mata sebenarnya, mcm tongkat ali, segar badan dan tahan mengantuk. Mungkin juga ada kandungan kafein kalau tak banyak, ada sikit. Kalau minuman ni ada unsur2 yg ke arah 18XS, takkanlah akan dijual secara terbuka dan kat kedai runcit biasa pon ada.

Jadi aku rasa, para pengeluar minuman seperti ni kena buat 1 label pada tin:

'TIDAK MERANGSANG SEKS'

hahaha..just kidding.


 Photobucket

No comments :

Post a Comment

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik