Friday 28 December 2012

Promo ---> Ratu Syazreen Malaysia

Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk..

Salam semua,

Insya Allah Januari akan berlabuh tak beberapa hari lagi kan.. Jadi, sy nak memperkenalkan jenama tudung yg bakal membuatkan wanita2 cantik di luar sana terpesona ^_^

Ratu Syazreen Malaysia telah menemui semua di butik HQ bertempat di:

RATU SYAZREEN MALAYSIA, 
PLAZA CRYSTALVILLE GENTING KELANG, 
JALAN DANAU NIAGA,
TAMAN DANAU KOTA, SETAPAK 
53300 KUALA LUMPUR

Jadi, pada yg berdekatan bolehlah berkunjung ke sana. Bagi yg jauh, boleh beli secara online dengan beberapa dealer yg dilantik sah oleh HQ ;) Insya Allah juga akan menghiasi wall fb Nia Asriiza dan juga page kami yg belum lagi publish, tapi dah siap dah iaitu Ratu Syazreen Malaysia Sabah.

Sebelum release secara online, apa kata kita cuci2 mata dulu dengan pattern dan warna2 ceria tudung dari Ratu Syazreen Malaysia ----> ministry of beauty scarf




Harga tudung plain = RM148.00
 Harga printed polkadot = RM165.00
 Harga kek lapis = RM155.00


Cantikkan? Jangan lupa grab selai dua untuk koleksi peribadi semua ^_^

Salam sayang dari saya ....



 Photobucket

Tuesday 11 December 2012

3 Series

Adakah impian ku tahun 2013 ini untuk memiliki BMW 3 Series? OMG.. Manalah aku  nak korek duit...

InsyaAllah, I'm going 30 next year ;)
Some friends said, they're not ready yet..but I will said, alhamdulillah....
Dan aku Akan sentiasa berdoa angka ini Akan bertambah tahun Demi tahun, bersama orang tersayang.



Photobucket

Welcome December

Alhamdulillah,

Sekejap je kan masa berlalu..dah masuk disember. Okey, entry ini di taip Dari iPad, jadi apa2 salah eja adalah auto-correct tanpa sedar diri ;)

Macamana azam 2012 korang? Dah tercapai ke? Aku takde pun tercapai..hehe..mungkin akan di bawa ke 2013.

InsyaAllah, tahun 2013 ni Ada juga azam baru. Seperti Ingin menabung, sikit2 lama2 jadi bukit ;)
Then, nak cari takaful untuk anak2. Jadi kalo Ada agent takaful yg terbaca entry ini silalah pm saya, walaupun saya student muamalat tapi saya sangat lemah bab takaful ni (itulah akibatnya mengumpat cikgu, ilmu tak berkat, tak masuk otak!)

Tahun 2013 ni juga plan nak buka gerai, jual goreng pisang ke, kuih muih ke. Mak nak join start Januari ni..moga2 Allah memberkati Dan mempermudahkan segalanya... Ameeen ;)

Ada lg plan, nak cari shop lot, ini susah sikit. Kalo sah aku jadi dealer Sabah, Dan sambutan hangat, Maka luaslah empayar aku ni. Nama butik dah ada, ingat nak guna PURPLE atau UNGU.. simple & nice kan...erk, macam perasan ;(

Apa saja impian korang, aku sentiasa wish all the best. Sometime, tak semestinya apa yg kita nak Akan tercapai. Sebab manusia Akan berusaha, tapi yang menentukan segalanya adalah Allah Yang Maha Esa.

* I'm 30 next year ;)
* jangan lupa join page Ratu Syazreen Malaysia, banyak tudung cantik untuk semua. Jom support business kaum Melayu!

  Photobucket

Wednesday 28 November 2012

Cool Blog - Jom try

Salam semua,
 
Hari ni aku habiskan masa di CC, bukan sebab takde keje, sebab ada keje lah aku datang sini ok! Kalo tak takde lah aku nak lepak2 sorang tekan keyboard yg bunyi kuat macam tengah guna typewriter ni...huhu.. lantaklah apa orang lain nak kata.. 

 Eh, uols dah try Cool Blog? Ala, ice blended yg ada muka Heliza Helmi jadi duta dorang tu. Aku dah 2 kali try. Yg mula2 dulu Oreo ape tah, yg kali ni Vanilla flavor with Choc Syrup topping apple jelly. Untuk menemani aku di CC sementara menunggu encik. suami repair kereta. Harap2 janganlah sampai petang. Kalo tak memang masak aku kat sini...

Cool Blog ok lah jugak, sama je macam ice blended yg aku buat kat umah, bubble pun cam besa2 aje. Cuma flavor dia memang banyak la. Rambang mata nak pilih. Aku pun main teka ja mana aku nak, pastu aku bayar.






 Photobucket

Bercuti Kah Aku???

Alhamdulillah...
Malaysia menang semalam ;) aku tak tengok pun, dok dalam kelambu baring2 sebab badan letih, pinggang lenguh. Tah apa aku buat. Pastu ingat nak rehatkan diri, arini nak datang SP sebab nak settlekan isi markah dalam SAPS tu.. aritu dah datang ngat nak settle semua, sekali password & id tak ingat. Last sekali isi SPPBS je.

Arini dah ok, semua dah settle, harap2 SUP tak sms lagi ada keje tak siap ;p

CUTI? tak gi mana2 pun, save budget ;) Tapi ada gak la, masa pi umah kakngah, terus ke Wang Kelian, sempadan antara Perlis - Thailand. Indah khabar dari rupa. Kalo ada yg berniat nak pi sana, den nak kobar ni tak payah la poie sana. Baik pegi Padang Besar, macam2 ada ;) ini seriusss....

Sebelum pegi, budget RM450 nak spent kat Wang Kelian. Sekali tak terusik pun duit tu. Akhirnya beli gak la seluar aladdin 2 lai, skirt selai. itu je..

Petang p umah adik di Kangar, sempat lagi kami (husband & wife) merempit ke Padang Besar memborong sakan. dan tamatlah riwayat RM400 aku tu...

Hanya singgah Cave Of The Darkness (Gua Kelam) sahaja. Takde pun tempat menarik yg aku p cuti2 ni. Dok umah je, baring2, makan2, lepak2, sembang2, basuh baju, makan lagi...itu je. Internet pun takde, harap ke Ipad je, tu pun line celcom cam sengal...

Lagipun nak jimat2, insyaAllah mula 2013 nak mula business baru, jual tudung jugak jenama Ratu Syaszreen Malaysia. Dah pm2 bos besar, dia nak bagi chance aku jadi dealer untuk Sabah ;)  ok jugak, tak salah mencuba kan. Kot2 ada rezeki besar..



 Photobucket

Saturday 10 November 2012

Wayang~ Time To Enjoy

Dah banyak tahun rasanya tak tengok wayang, last tengok masa filem The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader 3D.

Kali ni teringin nak bawa anak2 tengok wayang, jadi ada film Finding Nemo 3D, ingatkan film baru tapi rupanya film lama dulu gak dorang buat 3D. Takpelah, masuk je tengok.

Sampai tu tepat2 ke 3.50, masuk panggung wayang dah mula pun, tapi terkejutnya, tak smpai 10 org. Cakap kat suami, "takde pun orang tengok?" Suami cakap, "yelah, tiket mahal kan" baru aku tau, sorang RM15 rupanya untuk 3D.

enjoy jugak sebab anak2 suka, si adik pakai spek tu sampai penyek2 batang hidung, lubang hidung tu nampak sikit je ;p tapi dia boleh pakai samapai abis cerita. Bajet handsome lah tu anak aku!

yang abg dia, memang takmau pakai, tengoklah dia cerita yg kabur2 tu..



Diorang memang enjoy makan2 dalam cinema. abis 4 ketul hotdog, 1 large box popcorn, 1 fries & ice lemon tea ;)


 Photobucket

Let's Pizza

Assalamualaikum semua,

Ada yang dah balik kampung sempena cuti sekolah ni? Yelah, cuti sekolah pun dah mula kan. Kami sekeluarga insyaAllah akan pulang ke kampung pada 13hb ni ;p gembiranya hati ini..

memandangkan hari2 terakhir sebelum meninggalkan rumah selama 1½ bulan ni, asik berkemas je. nak tinggal rumah biarla cantik2, bersih2, nanti masa balik semula takdelah rasa serabut sangat. Jadi, dengan automatiknya hal2 masak2 memasak menjadi malas. Nak beli barang dapur pun rasa rugi.

Jadi, pada Jumaat, hari last sekolah, ajak husband makan pizza ;p adik masih di nursery, jadi bawa abang je lah. Kan ada promosi sekarang, jadi nak cuba pizza yg ada chicken chop tu ;)

Sampai je order, yg ada tulis chicken chop tu kami cari dulu.



 Akhirnya jumpa juga key word yg kami cari, kami amik set Cheesy Reloaded 1 topping Cheezy 7 Chicken Chop. Pastu, cari lagi...

Nama Lime Pepper Chicken Chop. Harga RM14.90. Pedas lada hitam, sos sedap.

Yang bestnya sekarang ada promo, belanja lebih RM30, anak leh dapat makan free ;p ni yg best.

•  Every RM20 spent entitles you to 1 'Kids Eat Free' meal. Limited to 1 meal per kid
•  Valid for kids below 8 years old or below 120cm in height, whichever applicable.
•  For dine-in only.
•  Products may vary by location.
•  Not available in Pizza Hut Genting Highlands.
•  Not valid for purchase of Group Party Packages.
•  Products are subject to availability.
•  Products shown are for illustration purposes only.
•  Terms and Conditions apply.

Anak aku kan baru 4 tahun, jadi dapatlah.
We choose Kidz Carbonara.. tapi maknye yg makan sampai abes.

Jumlah semua aku pon taktau sbb masa husband gi bayar memang aku jalan dulu.. save pocket ;p

i love u darling sebab sudi belanja kami. Lain kali belanja lagi ye ;)

 Photobucket

Monday 5 November 2012

Peplum

Salam semua,

Harini nak cerita sikit trend baju zaman sekarang, org kata memang tengah 'in' skang, Peplum. Ada blouse, baju kurung, jubah, skirt, semua pattern peplum sekarang. pants je kot takde.

Aku pun rasa mcm tertarik jugak dengan pattern peplum ni. Ada beli selai maxi dress peplum dari poplook, material lycra & free size, murah je RM76.00. Tapi bila sampai, memang tak sesuai dengan aku yg comel ni. Labuh dan besar. Jadi aku jual balik. Mujur aku ramai kawan FB yg minat poplook ni, senang la nak jual.

 Baru ni ada aku order peplum blouse dari kznabihah, ada saiz yg boleh dipilih, jadi harap2 muat la untuk aku ni. tapi aku pun dah tak ingat pattern apa aku pilih, tunggu je lah sampai nanti.

 Butik KZnabihah
Price RM65+

Kalo tengok pattern baju kurung pun cantik2, saja je lah survey kot2 leh buat pakai masa adik ipar nak bertunang ujung tahun ni.. eh!aku lak over order2 baju ;p

 Butik Adamell
Price RM239+

Price RM200+

 Butik Zawara
Price RM99.00

Moddy
Price RM49.00

Kalo ada yg berminat, lehla search kat google tu, banyak pilihan dengan banyak harga ;)


 Photobucket

Saturday 3 November 2012

Tadika Pilihan Hati

Assalamualaikum ibu², bapa² dan adik² yang berminat baca blog ni ;p

2, 3 hari ni banyak masa digunakan dlm mencari tadika yg bagus untuk aqil. Tahun depan dia dah 5 tahun, rasanya dah sesuai kot dia fokus pada pembelajaran yg sesuai dengan umur dia. Mulalah aku survey tadika yg baik kat negeri Sabah ni. Tapi yg tak bestnya takdak tadika kat sini yg memenuhi kehendak dan ciri² yg aku nak. takdak yg berunsurkan islamic.

Tapi kat sini nak juga aku sertakan beberapa tadika dan yuran masuk serta yuran bulanan ikut survey aku lah;

  • Smart Reader Kids - yuran masuk RM1000 - Yuran bulanan RM270 (ada di KK)
  • Genius Aulad - yuran masuk RM788+ - yuran bulanan RM238 (takde kat sabah)
  • Little caliphs - yuran masuk RM850+ - yuran bulanan RM180 (ada kat sabah)
  • CIC - takde kat sabah
  • PASTI - Yuran tahunan RM  - yuran bulanan RM110 - (ada kat sabah)
Kalaulah ada Genius Aulad kat Sabah ni memang aku dah hantar. jadi pilihan kedua, Little caliphs lah, walaopun agak mahal tapi rasa sesuai kot dengan aqil..

Semoga aku dan suami buat keputusan yg terbaik untuk aqil dan afiy ;) aminnn


 Photobucket

Thursday 1 November 2012

Welcome November...

Alhamdulillah,
Dah masuk bulan seblas pon kan, tak lama dah nak ujung tahun. Tak tau dah nak tulis apa kat blog ni. Nak cerita atau tepek gambar raya haji pon takdak...huhu

Cerita Raya Haji
Almaklumlah, raya di perantauan... rasa macam teringin nak makan ketupat daun palas, berangan cam pandai buat...huhu..planning ngan suami, ok dia get ready semua barang on Thursday! ok, khamis dan raya Jumaat...oh, gembiranya ..hahaha. tengahari tu jugak aku buka daun palas. abis koyak rabak daun2 tu..aku memang bukan tangan melipat-lipat daun palas kot. satu pon tak jadi elok, nak amik gambo pun tak hadap...wawawa


akhirnya, aku pm @fb suami (sebab dia p keja lepas anta barang)..mesej berbunyi begini:
...abg buat ketupat na, za masak rendang..

Jam 5 suami balik, salin baju dan membuka daun palas dengan berhemahnya, semua jadi terbentuk elok, bukan cam aku buat, kemek-kemek dan bergaul jantan betina (ketupat palas ada jenis jantan & betina)..


terima kasihla encik suami kerana pandai buat ketupat. Terus sms mak:

aku : kami buat ketupat palas raya ni
mak : ha, pandai lak hg buat ketupat
aku : dak, bukan cek, asri yg buat ......jujur gilaaaa
mak : dia jugak reti, hg awat tak buat?
aku : cek buat dah, sampai abis luka tangan
mak : takdak org buka daun palas sampai luka tangan, hg sorang ja

terus aku tak reply sms mak...takut dikutuk laaagiiiii!!!!

Hari raya makan ja kami anak-beranak ketupat & rendang. kuih raya takdak, aku malas. Petang raya baru pi umah kawan kak ngah aku, nama kak asmah. Raya sebuah rumah pon jadilah, sebab hujan lebat sangat, pastu aqil lak demam....

Gambar raya posa....


 Photobucket

Wednesday 24 October 2012

Nour Ain Beauty Care

Nour Ain Beauty Care merupakan produk berasaskan herba-herba terpilih yang mampu menyihatkan kulit wajah serta mengembalikan seri wajah yang hilang berpunca daripada kulit rosak. Herba-herba terpilih yang terdapat di dalam produk Nour Ain, menjadikannya produk yang berkualiti tinggi yang mampu memberi kepuasan yang maksima kepada para penggunanya. Sangat berkesan untuk kulit normal dan kulit yang mempunyai masalah jerawat serta jeragat.

Ciri-Ciri Produk Nour Ain
* Beraskan Herba-herba terpilih
* Mengandungi vitamin C
* Sesuai untuk semua jenis kulit
* Tiada berlaku pengelupasan
* Memberi Keseimbangan kelembapan pada kulit
* Menyerikan kulit wajah
* Sesuai untuk lelaki dan wanita

Jangan risau, sebab produk Nour Ain telah didaftarkan dengan KKM:
1. Nour Ain Beauty Soap (Not120503661k)
2. Nour Ain Uv Foundation (Not110903959k)
3. Nour Ain Night Cream (Not120506492k)
4. Nour Ain Freshener Toner (Not120905482k)
5. Nour Ain Vit-C Serum (Not120503660k)
6. Nour Ain Multi-V Cream (Not120600653k)

 
Boleh gunakan tanpa was-was ye ^_^

 SET NOUR AIN BEAUTY CARE 3 IN 1

RM 50.00 (WM) / RM55.00 (EM)
FREE POSTAGE

1) SABUN
2) UV FOUNDATION (10GM)
3) NIGHT CREAM (5GM)

"ITEM JUGA ADA DI JUAL BERASINGAN"
 

NOUR AIN BEAUTY CARE FULLSET

RM 100.00 (WM) / RM105.00 (EM)
FREE POSTAGE

1) SABUN
2) UV FOUNDATION (10GM)
3) NIGHT CREAM (5GM)
4) TONER
5) SERUM VITA C
 
BEAUTY SOAP
(WM RM 14/ EM RM16)

♥ Bertindak sebagai agen pembersih. Meninggalkan kulit yang gebu dan lembut.
♥ Dapat meredakan pertumbuhan jeragat dan jerawat.
♥ Meresap jauh ke setiap liang roma utk menyingkirkan kotoran yg terpendam.
♥ Mengawal penghasilan melanin agar kulit cerah berseri

Nour Ain Night Cream 5g
(WM RM40 /EM RM42)

Fungsi :-
♥ Ianya sangat berkesan untuk mereda, memudarkan, dan menghilangkan jerawat, juga jeragat dan anti kedutan.
♥ Menolong mengatasi masalah pori terbuka, bintik hitam, bintik putih dan kulit cela.
♥ Sesuai untuk lelaki dan wanita, remaja dan dewasa.
♥ Tanpa pengelupasan untuk kulit normal.

Cara penggunaan:-
♥ Sapukan nipis pada wajah dan leher (malam sahaja) selepas penggunaan Beauty Soap. Pastikan wajah dalam keadaan lembap
 
   UV + Foundation 10 gm
(WM RM30 /EM RM32

Fungsi :-
♥ Diperkaya dgn ramuan semulajadi serta gabungan rumusan pencerahan kulit dan kandungan SPF30 utk perlindungan khusus drp sinar UVA & UVB.
♥ Penggunaan yg berterusan menghasilkan kulit wajah yg lembap, berseri, halus, gebu dan cerah secara semulajadi.
♥ Bertindak sebagai agen perlindungan sinar UV dan alas bedak
 
  Serum Vit. C
(WM RM22 / EM RM24)

♥ Bertindak sebagai perawatan terapi pada kulit
♥ Mampu mengatasi masalah radangan kulit
♥ Menyediakan Vitamin C semulajadi pada kulit yg tidak bermaya
♥ Kulit menjadi lebih anjal, tegang dan lembab
♥ Bebas dr garis halus dan kedutan
(anti penuaan)(tanpa suntikan)
 
  TONER
(WM RM30 / EM RM32)

♥ Toner boleh membantu menghilangkan bintik hitam selain menyegarkan dan menghaluskan kulit wajah.
♥ Selain dirumus untuk menutupkan kembali liang pori dan mendinginkan kulit wajah.


Berminat sila isi form atau emelkan pada kami untuk menempat
zarycollection@gmail.com

Photobucket

Friday 19 October 2012

4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Cara Rasulullah

Salam semua,
 Hari ni saya nak berkongsi maklumat yang sangat berguna pada ibu2 dan bapa2 semua, semoga apa yg dikongsi dapat dijadikan panduan dalam mendidik anak2 dengan sempurna.


Tahap Pertama
(0-6 tahun- mumayyiz)
Pada masa ini anak hendaklah disayangi dengan sepenuh hati oleh ibu bapa, dibelai dengan kasih sayang, diajak bermain dan bergurau. Natijahnya agar anak sentiasa sedar rujukan terbaik bagi mereka dalam semua hal yang mereka hadapi.


Tahap Kedua
(7-14 tahun)
Ketika ini ibu bapa hendaklah mendidik mereka dengan kasih sayang tapi tegas dengan arahan, disiplin dan beri mereka tanggungjawab. Didiklah mereka tentang solat, puasa dan lain-lain.


Tahap Ketiga
(15-21 tahun)
Hendaklah mendidik mereka dengan cara berkawan. Bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi ia tidak bertentangan dengan syariat.


Tahap Keempat
(21 tahun ke atas)
Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal. Anak adalah tanggungjawab & amanah kita bukannya hak milik.






  Photobucket

Tuesday 16 October 2012

Rahsia Ejaan Nama

Jom try ~

M - kejayaan mudah datang kepada anda.

A - anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.

Z - anda selalu bergaduh dengan seseorang.

N- anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.

I - anda mudah senyum dan boleh membuat orang lain senyum.

Z - anda selalu bergaduh dengan seseorang.

A - anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.

Boleh try kat sini
http://istimewa2u.blogspot.com/2008/03/rahsia-ejaan-nama.html

 Photobucket

Sanggar Keju


Salam semua,
Sejak 2 menjak ni asyik post bab makan je kan...huhuhu
Sekarang kan selalu hujan waktu petang2 tu, jadi untuk mengatasi tahap kelaparan yg minima cukuplah dengan hidangan yang diberi nama Sanggar Keju ni, atau nama komersialnya goreng pisang ;)

Yang istimewanya di negeri Sabah ni, goreng pisang ni dinamakan Sanggar Keju.
Ramuan utama mestilah goreng pisang yg biasa2 tu, di saluti susu pekat dan ditaburi keju parut. Sangat sedap dimakan panas2 atau suam2 dan bila sejuk jadi keras kejung ;p

Kelemahannya, pisang goreng yg dijual di Sabah ni tidak serangup di Semenanjung. Tak taulah kenapa, mungkin dari segi bancuhan tepung, rasanya dorang hanya guna tepung gandum sahaja. Agak keras dan rangup semasa panas ja.

Lagi puas kalo buat sendiri, mula2 ingatkan encik suami tak suka, yelah ada keju2 ni kan, rupanya ini pun kegemaran dia. hahaha ;)


Photobucket

Monday 15 October 2012

Tafsir Mimpi Ular

Ini adalah berdasarkan sumber internet~

Bagi mereka yg belum berkahwin, maksud aku bujang, mungkin bila bermimpikan ular memang berita baik. Tapi bagi wanita seperti aku yg berkahwin dan beranak 2, memang kurang baik. Pehal pulak aku mimpi ular ni, aku dah kawen lerrr~ hahaha

 Aku banyak kali mimpikan ular, selalu kena kejar ular lah. Lari sampai tak cukup tanah, jaga dari tidur kepenatan. Last sekali aku mimpi ada ular hitam besar kejar aku, kejer punya kejar, ular tu patuk, tapi tak kena. Aku elak. Pastu ada 'tuan' dia panggil ular tu balik.

Tapi bila cari info pasal mimpi ular ni ada banyak firasat.  
 Jika anda seorang jejaka atau seorang gadis bermimpi melihat atau dipagut (digigit) ular, bermakna akan segera mendapatkan pasangan atau jodoh. Dan bila anda telah menikah bermimpi demikian, bermakna akan memperoleh kemakmuran hidup. Mimpi melihat ular kecil dengan tiba-tiba berubah menjadi naga, bermakna akan ada orang besar yang menolong anda. Melihat ular berwarna-warni, bersirat kebahagiaan segera terbayang pada anda. Mimpi melihat ular yang banyak sekali, bermakna akan panjang umur. Mimpi dikelilingi banyak ular, bermakna firasat akan banyak orang yang memusuhi anda.

 

 Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik