Tuesday 16 April 2013

Tips Pemilihan & Penggunaan Syampu

Salam semua,

Kadang² aku pk maksud wordless wednesday tu..adakah kita kena kurang bercakap di hari Rabu? aku paling suka ni hari Rabu, enjoy je depan leptop ;)

Sempena hari Rabu yg best ni, aku nak kongsi dengan korang beberapa tips untuk memilih & cara penggunaan syampu yg betul? Bersediakah anda semua??? Yeahhhh!

Tips² ini sangat sesuai untuk mereka² terutamanya kaum Hawa sama ada yg berhijab atau free hair ok. Haa, nak pilih syampu bukan kerana jenama tau, ada yg pakai syampu cap ayam je, tapi sesuai dengan rambut. Kalau tersalah pilih, kang nanti makin teruk masalah rambut. Makin mengerbang pulak...hehehe..


Tips 1 : Pilih Syampu Ikut Jenis Rambut

Kalau jenis rambut yang tebal dan kasar, pilih syampu yang sesuai untuk rambut yang tebal, atau yang sesuai untuk kulit kepala berminyak. Sebabnya rambut yang jenis tebal lebih mudah untuk memerangkap minyak dan kotoran yang terlekat di kepala.

Untuk yang gatal-gatal, atau yang selalu stress atau migrain, sesuai ambil syampu yang ada "cooling effect".





Tips 2 : Pilih Syampu Yang Menggunakan Bahan-Bahan Semulajadi

Bila kurangnya penggunaan bahan-bahan kimia, rambut kita ni lebih sihat dalam jangka masa yang panjang. Pilih syampu yang ada bahan-bahan semulajadi seperti aloe vera (lidah buaya), lavender, minyak kelapa dara dan sebagainya, yang digunakan juga dalam rawatan rambut tradisional.


Tips 3 : Syampu Untuk Kulit Kepala, Perapi Untuk Rambut

Kalau yang nak pakai syampu dan perapi (2 in 1), anda disyorkan pakai bagi jenis kulit kepala dan rambut yang normal. Kalau yang nak pakai syampu dan perapi asing-asing, sesuai untuk rambut yang jenis kasar dan tebal.


Tips 4 : Cuci Rambut Setiap 2 Hari Sekali

Cuci rambut setiap 2 atau 3 hari sekali dah memadai. Sebabnya rambut kita ni ada "minyak semulajadi" yang buatkan rambut kita tampak licin dan bersinar. Kalau dicuci setiap hari, lama-lama nanti minyak ni akan berkurangan dan buatkan rambut jadi kusut dan tak bermaya. Kalau betul-betul kulit kepala berminyak, boleh syampu sehari sekali.
Kalau yang nak cuci rambut sebelah pagi, boleh cuci 2 jam sebelum pakai tudung, biarkan rambut betul-betul kering.

Cuci rambut sebelah petang atau malam seeloknya, selepas balik kerja atau outing siang hari




Tips 5 : Syampu Rambut Ikut Cara Yang Betul

Okay yang ni ramai tak tahu macamana nak guna syampu dengan betul. Mula-mula basahkan rambut dalam seminit. Gunakan air suam, tak terlalu sejuk atau tak terlalu panas. Letakkan syampu pada tangan, ratakan pada kulit kepala, kemudian boleh urut gunakan jari dalam bulatan. Selesai bersyampu, boleh bilas rambut dan kulit kepala. Mudah kan? :-)
 


 Photobucket

No comments :

Post a Comment

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik