Showing posts with label Resepi kek. Show all posts
Showing posts with label Resepi kek. Show all posts

Saturday, 14 March 2015

Banoffee Pie Sedap & Lazat

Assalamualaikum wbt..

Ya Rabb, lama betul tak kongsi resepi dgn kengkawan kat sini kan. Yang mana menyinggah tu mesti cakap, "erk! bosan gila blog manusia ni!"

InsyaAllah, kalo berkesempatan lepas ni sy cuba try test menaip tiap² hari kunun².. chaiyok!

Ok, baik. hari ni aku nak kongsi satu resepi yg ala² desert gitu. Mula² aku stalk org yang jual benda alah ni di instagram. Sekali gugel dah berlambak-lambak kan orang buat. Aku ja yg baru tau. Sekarang aku banyak join vendor butik. Setakat ni baru 2 butik aku join, utk makanan kering jer. Kemudian baru nak berjinak-jinak nak buat utk chiller dorang pulak. Tapi no idea lah.. banyak kat sini semua buat berasakan cheese. Aduyaii!!

Takpe, sekarang kita tengok² dulu bahan² utk menyediakan Banoffee Pie ni ye. Aku punya resepi ikut Nigella Lawson. Kemudian refer blog² tah sape². Asalkan jadi...


Bahan-Bahan:
1 bungkus biskut merie (kalau ada biskut digestive pon boleh)
3 sudu butter yg dicairkan

Step pertama (pastikan buat yg ni dulu!!! Ingat tau, sebab kalo buat karamel dulu nanti keras)
Hancurkan biskut. Kalau ikut perangai aku, masukkan biskut dlm blender basah tu, aku press sambil goyang² blender sampai jadi serbuk roti. jgn buat depan mak mertua ya, huduh sangat mak mertua nampak ;p

Gaul biskut dan butter, kemudian tekan dlm loyang yg disukai. aku buat dalam loyang pai je. Dah siap tekan, masukkan dalam freezer. Kasi beku sekejap.

Step kedua:
1 tin susu pekat
2 sudu butter

Masukkan susu dan butter dlm periuk, kacau dengan api sederhana sampai jadi warna coklat karamel. Masak dalam masa 15-20 minit. Memang lambat betul susu nak bertukar warna, tapi pastikan kacau jugak, kalau tak nanti naik kerak. Jadi hitam²..

Dah jadi warna coklat, tuang dalam base biskut tadi. Jangan biar sejuk, nanti keras.

Step ketiga:
Pisang emas 4 biji

Potong bulat² kemudian susun cantik² atas karamel tadi tau.

Step keempat:
250ml whipping

Putar whipping sampai kembang. Picitkan atas pisang tadi.. Kemudian tabur dengan serbuk koko sikit² ja. Baru western ;)



Masukkan dalam freezer bagi sejuk sket, baru sedap.





 Boleh jugak buat dalam cawan cenggini. Comel kan. Sedap!

Jadi, jangan lupa cuba yer semua. Karamel susu pekat tu liat² sket tapi sedap. Rasa kenyal² yg lembut. Eh??? Ntahla, korang kena buat dulu baru tau. Jumpa lain kali ye. Nak tidor dah, sebab esok nak gi Kota Belud ;)

 Photobucket

Monday, 30 September 2013

[Resepi] Kek Lapis Cadbury

Assalamualaikum wbt

Dalam sibuk² ni, sempat lagi aku buat kek kan. Sebenarnya banyak btul draft dlm ni, tapi tak terbuat. Kadang² semangat naktaip, internet pulak slow. Nak buat macam mana, di sabah pon sekarang cuaca tak berapa elok, dalam tengah dok panas tu hujan lak turun. Kuasa Allah..

Hari ni aku nak share resepi kek lapis yg aku buat hari Jumaat malam Sabtu lalu. Semangatnya lain betul, sebab ada kawan di sekolah bawak, tapi masak secara kukus. Ramai cakap senang je buat. Aku terusa, terus search.

Sebenarnya nak buat kek lapis ni, bahannya mudah sangat. Kalo rajin mengukus lagi mudah kan. Tapi kadang² renyah sket kukus ni, nak kena tambah² air, dahla periuk kukus ku 22cm je, tak muat loyang 4 segi. Alu pon bakar je, risau jugak sebab takut hangit bahagian bawah, rupanya tidak.


  Takdelah cantik mana pon, Baru pertama kali buat kan. Nampak macam comot, tapi sebenarnya aku potong masa panas² lagi ni..hihi..tak sabar nak rasa sebab 1st trial ;p teruja melampau! kalau tahan sket lagi kan, masuk freezer baru potong, lagi cantik.
Tips membakar Kek Lapis:
Untuk layer pertama, bakar gunakan kepanasan 160 darjah api atas dan bawah selama 7-10 minit ikut kepanasan oven masing². Untuk layer seterusnya, gunakan api atas sahaja, kurangkan kepada 150 darjah. Baru tak hitam.



Bahan² :
  • 450g mentega berkualiti tinggi *aku guna 454g mentega fernleaf
  • 120g tepung hong kong / tepung gandum *aku guna 120g tepung gandum sahaja
  • 220g gula halus *aku guna 180g gula castor
  • 10 biji telur *aku guna gred C
  • 100g tepung biskut marie *blend sampai halus dan tapis
  • 65g serbuk horlicks *tapis
  • 50g serbuk santan (1 peket)
  • 300g susu pekat manis
  • 2 bungkus kepingan coklat Cadbury
  • pewarna kuning, merah dan hijau


Cara²:
  1. Putar mentega dan gula sehingga putih.
  2. Masukkan telur dan putar hingga sebati
  3. Masukkan tepung, horlicks dan tepung biskut merie. 
  4. Kacau hingga sebati.
  5. Mulakan dengan baca bismillah
  6. Masukkan 4 sudu besar adunan, layerkan nipis sebagai lapisan pertama. Jangan risau bila adunan nampak tak sekata, nnt dah masak nampak smooth je.
  7. Pada layer ke-3, susun coklat cadbury secara rawak atau susun dengan cantik. Ulang sampai abis adunan.
  8. Untuk layer terakhir, gunakan api atas bawah, bakar selama 10 minit.
Photobucket

Saturday, 14 September 2013

Kek Cheese Lapis Biskut

- Assalamualaikum wbt -

Selamat menyambut Hari Malaysia!!

Semalam ada rumah terbuka penjara Kota Kinabalu, jadi encik husband aku dah kuar rumah dari jam 6.30 pagi lagi...sibuk betul lah dia kan, jadi aku pon menyibukkan diri petang semalam buat kek keju lapis biskut ni. Senang sangat dan superb kesedapannya tau..

Sebelum tu nak cerita la sket, aku ni takde lah nak sangat meniaga kan, tapi kadang² bila aku buat kek pastu kawan² nak order aku terima je. Yang aku nyampahnya, bila kita jual kawan² cakap 'bagilah resepi, taknak beli!'..

Ini bukan kedekut ilmu, bila kita kawab, akak cari je kat internet kak, banyak betul. Dia boleh jawab, 'malasla mas, mas je lah bagi!!!'  aku rase org² macam ni takde kesedaran sivik, tak pon kesedaran diri. Yelah, ko taknak beli ade aku kisah, tapi usaha lah sendiri kan. Aku pun usaha cari kat internet, poyo² menyalin bagai. Try and error tak leh kira ngan jari dah, yg humban masuk ciktong pon lambak².

Dah puas aku luah perasaan ;) kalo uols ni kawan² sekampung tu, haraplah memahami ye ;p

Baik, dah ramai yang buat kek cheese ni sebenarnya. Tapi resepi asal adalah menggunakan biskut salted cheese keluaran Kong Guan. Tapi, hanya terdapat di Sarawak sahaja. Jadi, aku dah cuba buat menggunakan biskut Jack n' Jill, yang nipis tu, tapi tak jadi. Aku rasa mungkin sebab biskut tu tak serap air, jadi keras. Kebetulan tume ni aku jalan² di Parkwell Likas, terjumpa plak biskut ni. Imported jgak aku rasa. Harga RM5.99 sebungkus, agak besar la. Sangat sedap biskut sugarfree ni, korang pernah rasa bila kita makan biskut yang rangup dan panas²  dalam mulut tu. 


Inilah biskut tu, nama Soda Cracker. Makan macam tu je pon sedap. Tambah² bila buat cheese cake ni, lagi lah sedap. Rasa melting je tau. Baik bahan² nye ialah :

Bahan² (untuk buat loyang 4 segi sederhana kecik) :
  •  1 bungkus biskut *guna dalam 3/4 je
  • 250g cream cheese
  • 1/2 tin susu pekat
  • nestum
  • secawan susu segar / bancuhan air susu
========================
- putar cream cheese sampai creamy, masukkan susu pekat.
- lapiskan loyang dengan plastik wrapping
- celup biskut dalam susu segar atau bancuhan air susu, dan susun dalam loyang.
- sapukan cheese nipis², tabur nestum
- ulang sampai habis cream cheese.
- sejukkan dalam freezer lebih kurang 1 hari
 

Sebenarnya aku tak letak nestum pon, sbb tak beli. Masa layer pertama baru ingat nestum, dah malas nak gi kedai, layer je lah sampai abis. Next time buat lagi baru tambah nestum kan ;)

Cara potong kek cheese ni agak rumit kan, salah potong terus berserungaih* (comot).
Jadi, aku nak bagi tips sket, mula² panaskan pisau dalam 5 saat, baru mula potong. Baru lah kek tu tak comot².. hihi, alkisahnya aku nampak husb aku potong kek ni guna spatula aku tadi...bhahaha.. tapi salah aku jgak, apesal tak tolong dia potong kan!! hihi

SELAMAT MENCUBA!




 Photobucket

Tuesday, 19 March 2013

Strawberry Cheesy Cheese Cake


 Selamat petang semua,

Hari ni nak kongsi resepi yg asalnya diinspirasikan dari sebuah blog, tapi lain lak jadi kek tu, tak naik pun. Jadi, ejas sikit sana-sini, hasilnya cengginilah..

Pastu pandai2 boh nama kek ni Strawberry Cheesy Cheese Cake

Sebenarnya, ini resepi kek span biasa, kemudian dilayerkan ikut tone warna merah, setiap layer dilapis dengan cream cheese, kemudian tabur cheddar cheese kat atas. tu ygenak & lazat ;)

Resepi kek (untuk 7" loyang" :
  • 160g gula castor
  • 130g tepung self rising
  • 25 g tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 5 biji telur
  • 1 sudu kecil ovalet
  • 50g air
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil ovalet
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 80g minyak jagung
Cara-cara :
  • Ayak tepung dan baking powder.
  • pukul semua bahan kecuali minyak sampai adunan bertukar warna putih
  • masukkan minyak, kacau dengan spatula.
  • bahagikan kepada 4 adunan, warnakan ikut tona yg kita nak.
  • bakar setiap lapisan dengan suhu 150 darjah, selama 10-15 minit atau sehingga masak.

Cream Cheese frosting
  • 250g cream cheese
  • 250ml whipping cream
  • perahan lemon atau lemon paste
  • filling strawberry
  • cheddar cheese block
Cara-Cara :
  • Pukul whipping hingga kental
  • pukul cream cheese hingga berkrim
  • masukkan lemon paste, kacau hingga sebati
Kemudian, lapis macam biasa, setiap lapisan diletakkan flling strawberry, Tutup seluruh kek dengan cream cheese, tabur cheddar cheese yg telah disagat halus.



Photobucket

Wednesday, 27 February 2013

Pavlova

Selepas beberapa kali buat pavlova, ada yg jadi, ada yang tak jadi, kali ni buat alhamdulillah, jadi jugak..dapat jugak aku jamu cik abg makan.Ni salah satu favourite dia..mcm scha al-yahya lak...huhu

Resepi leh google je, semua dah buat. Tapi aku boh gak sini untuk ingatkan diri sendiri.

RESEPI PAVLOVA

4 biji telur putih sahaja (pastikan takde kuning langsung)
3/4 cawan gula caster
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil vanila
1 sudu kecil cuka epal

Cara-cara:
- pukul putih telur pada kelajuan tinggi sampai gebu
- masukkan gula castor, tepung, esen vanila dan cuka
- pukul sampai kental dan bertanduk
- sediakan baking paper, bakar pada suhu 100 darjah, api atas bawah sampai masak.

Topping:
1 Cawan Whipping Cream
Buah-buahan segar


Photobucket

Monday, 25 February 2013

Resepi Trio Snow Cheese Cake

Salam semua,

Kali keempat buat kek baru menjadi..fuhhh! Hehehe..sebenarnya baru nak try tulis entry guna ipad, ntah jadi ke tidak ni, macam best lak. Tapi takde pun leh klik besarkan font ke, tukar color2 font ke..takpelah asalkan boleh tepek gambar.

2 kali aku buat snow cheese cake tak jadi. Jadi tu jadilah, tapi jadi bantat ;( nyampah aku, mula2 derhakakan resepi, masuK 5 biji telur, tak jadi. Aku pikir2 mungkin telur tak cukup, buat lagi sama resepi cuma tukar telur jadi 6 biji.. Sama gak bantat. Kuang ajo, abis telur 1 tray besar yg aku plan nak buat nasi lemak tu. kali ke 3 aku buat kek kukus, Choc moist with cheese..menjadi, tapi makan tak abis, buang je. Jadi aku cuba untuk kali ke 4 buat kek ni, menjadi lak.

Aku nak kongsi lah resepi yg mudah, tapi jangan riak masa buat kek ye, sebab nnti kek bantat..bhahaha..

Riview : kek ni sangat lembut, moist, melting in mouth ;) yummy

RESEPI TRIO SNOW CHEESE CAKE
125g gula caster
100g tepung hong kong, superfine atau self rising (aku guna self rising)
20g tepung jagung (dalam 2 sudu gitu)
1 sudu kecil baking powder
4 biji telur
10g ovelet (dalam 1 sudu kecil)
40g air
60g minyak masak*

CARA-CARA
- masukkan semua sekali dalam mangkuk kecuali minyak masak
- pukul dengan mixer sampai adunan bertukar warna putih
- masukkan minyak masak
- gaul guna spatula, jangan guna mixer
- bahagikan kepada 3 bahagian
- masukkan pilihan perasa dan warna kegemaran
- bakar setiap adunan dalam masa 10-15 minit, api atas bawah, suhu 130-150


RESEPI CREAM (pertama)
- 250g cream cheese (lebih atau kurang pon takpe)
- 250ml whipping

Resepi kedua
- 250ml cream cheese
- setengah tin susu pekat

CARA-CARA
- pukul whipping cream sampai kembang
- pukul cream cheese hingga jadi lembut

Atau

- pukul whipping cream hingga lembut
- masukkan susu, pukul lagi hingga jadi krim

* lapis setiap layer dengan cream
* tabur CHEDDAR CHEESE BLOCK yang telah disagat halus

-









My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik