Tuesday 22 October 2013

[Resepi] Pecan Pie


Assalamualaikum wbt kawan² ku sekalian

Tajuk entry kali ni agak kebaratan kan..hehe. Setelah sekian lama tak share something kat sini, akhirnya ada jugak entry baru.


Ceritanya begini, sedangkan saya dan encik suami sedang menonton rancangan Food Network di channel #727, ada pulak dorang makan² di kedai pai. Tau je lah kan, negara omputeh ni memang terkenal dengan pelbagai jenis pai, terbit lak pulak di tv tentang PECAN PIE. Iaitu, pai yang dibuat dengan berintikan kacang pecan. Aku pon tak tau lah melayu ni panggil kacang ni apa…



Untuk menyediakan pecan pie ni sangat mudah, mula² buat pie crust dulu ye sebab kulit pie ni kena simpan dalam freezer dalam sejam atau paling lama 2 hari.

PIE CRUST
(adunan hanya untuk sekeping kulit pai)

1 ½ cawan tepung gandum
¼ sudu garam
1 sudu gula
8 sudu pastry marjerin
4-5 sudu air sejuk



Cara-cara
- Gaul tepung, garam, gula dan marjerin dengan hujung jari hingga menjadi seperti serbuk roti.
- Masukkan air sudu demi sudu bermula sudu pertama hingga ke-4 atau ke-5.
- Balut gunakan plastic wrapping, simpan dalam freezer selama sejam.

PECAN PIE

2 sudu marjerin *cairkan
1 cawan brown sugar
1 cawan syrup (golden syrup/ maple syrup / corn syrup) * saya guna golden syrup
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 ½ cawan kacang pecan

Cara-cara:
· Panaskan oven pada suhu 170⁰
· Satukan brown sugar dan telur, pukul dengan sudu atau whisk hand sehingga sebati.
· Masukkan syrup, esen vanilla dan marjerin yg telah dicairkan. Kacau sebati.
· Masukkan pecan pie.
· Ambik adunan pai tadi, canaikan nipis pada Loyang pai.
· Masukkan adunan kacang pecan dan bakar di tengah oven api atas dan bawah selam 60 – 70 minit.


Pecan pie yang belum dimasukkan ke dalam oven
 
Nak tahu masak ke tidak, semasa bakar inti akan naik macam separuh bola. Cuba tekan dan kalau dah jadi macam spring tu tandanya dah masakla tu.. sejukkan dan boleh makan. Memang sedap, manis dan lemak² kacang pecan tu. Boleh juga kurangkan gula, untuk kurang manis. Syrup tu boleh juga digantikan dengan air biasa, tapi mungkin kejadiannya lain sikit kan.



Selamat mencuba!




 Photobucket

Tuesday 1 October 2013

Cuti-cutian di Lubok Merbau

Assalamualaikum wbt

Gambar ni masa cuti sekolah lepas. Masa raya kedua atau ketiga kalau tak salah. Seronoknya bukan kepalang, bercuti di kampung tok & wan, di Lubok Merbau. Yang bestnya, rumah dorang ni dikelilingi dengan pokok² buah, ada rambutan, cempedak, dokong, petai dan lain² la. Paling best petai la sebab besar² dan gmuk²..


Time nak balik dah ni, pakat² kutip buah rambutan untuk dibawa balik.

Kak Long dan Hafiy. Anak kak long la yg aku selalu buli, Awisy..yg selalu aku suruh menjerit tu

Adham Hafiy
Over tak aku???

Baju kurung peplum yg aku beli dari website We Luv Peplum
Dah 2 pasang kurung peplum aku beli dari sini, lagi satu pattern ada button, sesuai untuk mereka yyg menyusu.

Aku punya yg warna hijau tu ;)

Anak² aku dengan anak² kakak aku. Luqman Haqim dan Umar. Panjang nama Umar ni, aku pon tak ingat. Ada Ramadhan lagi nama dia.

Aku dengan mak aku. semua org cakap aku gemuk, sampai aku boh dlm fb org komen, 
"za peknen ke?"
Slumber ja aku jawab, taklah..aku gemuk!

Oh my awish!! ibu chik rindu awisy!!!
Photobucket

Jalan-jalan di Taman Prince Philip, Tanjung Aru

Assalmualaikum..

Minggu lepas kami anak beranak ada pergi Taman Prince Philip, Tanjung Aru. Sempena dengan Karnival Penternak dan Peladang negeri Sabah. Teruja jugak anak² aku tu, maknye pon lebih kurang je.

Best jugak pegi karnival ni, orang punya ramai. Tapi takla seramai sambutan Hari Malaysia ritu. Macam² binatang ternakan kita boleh tengok, dan ada juga yg dijual. Contohnya macam sesi melelong lembu & kambing.

Arnab kacukan. Saiz lebih besar dari arnab biasa tu.


Keterujaan Hafiy memang tak terkata la. Yang dia excited nak bagi makan pada arnab² tu. Risau aku, kang mati aku gak kena bayar.


Burung unta, saiz biasa² je.

Yang ini kerbau kacukan. Aku tengok lebih kecik, tapi lebih gemok.


Selain dari haiwan ternakan, ada juga pameran tumbuh-tumbuhan, macam cendawan ni. Ada juga madu lebah, beras, getah, semua yg ditanam lah.

-Sweet memories-
Bila tengok pokok getah, macam² aku ingat. Dulu masa di Kg Banggol Lalang, pokok getah ni lah yg aku selalu kerjakan. macam jantan kan! tak tau lah mak aku tau ke tak. Kawasan rumah kami, ada kebun getah, org kampung punya. Petang² musim motong getah, aku pegi curi getah kering di pokok orang, lilit²sampai banyak, aku buat bole. Pastu main la tuju kasut ka, tuju tin ka. Budak² zaman dlu kreatif, banyak akal. Budak² sekarang main tuju tin pun dalam ipad. Kesiannn...

Aku ingat lagi, yg susu getah tu aku ceduk isi dalam tempurung buah getah yg kering tu Dah beku kasi keluar, main masak². Melingkupkan getah orang ja kan.

Jangan tak tau, aku dulu kecik² cita² nak jadi penoreh ja tau. hahaha...

Rumah bajau. Selain tu ada gak rumah² bangsa lain.

Kugiran pon ada. Dorang nyanyi² lagi. Ada juga lagu favourite aku, Kau Ilhamku.

 Yang ini pulak anak ayam, dijual kat sini, seekor RM3. Aqil punyala merayu-rayu nakkan natang ni. Bukan aku kedekut, tapi mana la aku nak letak dengan rumah flet cam aku ni. Sabarla nak ye, kita balik kampung nnt kita beli k.

Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik