Showing posts with label FOUNDATION. Show all posts
Showing posts with label FOUNDATION. Show all posts

Wednesday, 28 August 2013

MC Collection - Cover & Treatment Foundation

Salam semua,

Korang nak tau tak, semangat kan aku guna mcm² produk supaya aku cun melecun comei lote bila balik raya ritu kan, tapi dengan gembiranya jerawat² batu naik kat muka aku 5-6 biji. Tu tak termasuk lagi jerawat² kecik yg bersuka ria tumbuh tau. Geram ai!! Tapi apakan daya, aku redha! Mekap sedozen la raya ritu.

 Gambaq ni masa kat airport, baru nak balik Kedah. Tanpa guna Perfect365, tetap licin gebu dengan menggunakan Kryolan TV Paint Stick aku tu. Sampai je kampung dah tak gebu ;(


 Tengok, ni masa raya kedua, berbintik-bintik muka aku ni tau. Sabar²...

Jadi, lepas diselidik, aku rasa muka aku mula berjerawat sebab foundation aku dah expired la. Tekaan aku la, sebab bila naik jerawat, aku cover ngan foundation, naik makin banyak lak. Nak tempek bedak sejuk berkilo-kilo kat muka, malu la pulak, satgi mak mertua aku terkejut lak tengok aku bangun sahur dengan muka putih melepak!


Jadi, aku ambil keputusan nak beli foundaton lain, bukan sebab yg lama tak bagus, tapi tak elok pakai alat solek dalam jangkamasa yg lama, rasanya dah nak 3 tahun aku pakai, tu pon masih ada lagi tau. Dan sekarang, aku dah beli cover face baru dari Azwa Kryolan, foundation MC Collection dari Meiko jugak. Kira setanding la dengan Naturactor &  Octard.



InsyaAllah, nanti sampai lehla aku wat review ye.

p/s : TQ sis Azwa Kryolan, siap kenal dah aku ni, terkojut den. Dia cakap selalu baca blog aku! hihi..malu² lak rase.. Nanti baca lagi ye kakwa! Lebiu..

p/s : Gambar diambil dari website http://meikocosmetics.com.my/




Photobucket

Thursday, 2 May 2013

Tips Cara Pemakaian Foundation

Hari ni, ahkak yg bukan jurumekap ni, over tau nak juga kongsi cara2 nak oleskan foundation atau alas bedak di wajah mulus korang tu. Senang je sebenarnya, cer tengok kat you tube tu, tonyoh2 je pastu cun melecun..hehe..


Tapi tonyoh bukan sebarang tonyoh tau. Tak gena gaya bertukar jadi tepung gomak lak. Sebelum tu nak gitau uols lah kan, nak pilih foundation ni biar kena ngan warna kulit kita. Nak2 lagi kalo beli online. Cara senang nak pilih warna yg sesuai ialah macam ni.



Tipsnya, untuk kulit yg cerah/ putih, pilih foundation yg tone light. Tone medium sesuai dengan mereka yg berkulit sawo matang. Manakala wajah yg cenderung kepada gelap lebih sesuai memilih tone deep. Warna yg dikatakan selamat bila kita memilih warna natural.



CARA APLIKASI FOUNDATION



Bagi mereka yg menggunakan foundation jenis cream atau stick, lebih baik menggunakan span ketika memakai foundation. Span yg berbentuk segitiga sama ada span latex atau yang bersesuaian.

Bagi yg menggunakan liquid foundation, penggunaan berus adalah digalakkan. Gunakan berus yg sesuai iaitu berus foundation supaya tidak bercapuk. Jika anda menggunakan foundation
blending brush untuk meratakan foundation yang telah disapu, kesannya lebih bagus serta kompleksi wajah juga terserlah. Tak percaya cubalah.
Berus untuk foundation



 Photobucket

Wednesday, 1 May 2013

Tips Memilih Foundation

Salam semua,

Hari ni aku nak kongsi sikit tentang foundation. Sebab ada sesetengah org tersalah anggap tentang foundation ni. Aku memang tiap hari gunakan foundation, jenama Kryolan. Ada banyak lak tu, aku ada jenis stick, supracolor, dermacolor, oxtard, maybelline yg jenis liquid dll. manyak tul..hehe..tapi bukanlah sekali pakai aku tempek semua ni, tiap hari tukarlah, kang membazir lak..

Kawan aku ada cakap, dia taknak pakai foundation, sebab org kata macam pakai topeng, dan nampak berat. Dan hanya sesuai untuk event sahaja, mcm mekap pengantin. Sebenarnya depend pada org, kalo ko pakai 4 layer yelah ko rasa berat, macam pakai topeng kalo salah pilih warna foundation tu. Aku share sikit ye tips pilih foundation ni.




TIPS 1 : PILIH FOUNDATION SESUAI DENGAN WARNA KULIT


Bila nak beli foundation ni, cuba test dulu padan atau tidak dengan kulit uols. Test di bahagian rahang atau yg paling dekat dengan pipi. Pilih foundation yg paling dekat dengan warna kulit, supaya tak nampak macam pakai topeng. Jika warna foundation lebih gelap, jadi bercapuk pulak nanti. Jangan test di atas tangan kerana warna tangan lebih gelap dari wajah.


TIPS 2 : KENAL PASTI JENIS KULIT ANDA


Ada pelbagai jenis foundation yg dijual, jenis cream, mousse, stick, liquid dll. Jenis² foundation dan kesesuaian kulit seperti di bawah :

Liquid : jenis cecair, biasanya dibuat dari air atau minyak. Bagi liquid foundation yg berasaskan air lebih sesuai untuk kulit wajah berminyak atau kulit sensitif. Manakala bagi liquid foundation yg berasaskan minyak sesuai untuk mereka yg berkulit kering.


Cream / mousse : berbentuk krim, senang disapu pada wajah. Lebih sesuai untuk mereka yg berkulit normal hingga kering. Mampu menyamarkan garis² halus pada wajah.



Powder : berbentuk bedak tabur atau bedak padat, sesuai untuk kulit normal hingga berminyak.


Stick : foundation yg sangat padat dan mampu bertahan lama pada kulit. Sesuai untuk kulit normal atau kering, mampu menyamarkan noda pada wajah.

Sheer : Foundation jenis ini biasanya mengandung silikon sehingga mudah untuk diaplikasikan, dan tetap tampak alami tanpa terlihat berminyak.


Oil-based : Foundation ini tepat digunakan bagi Anda yang memiliki kulit kering. Sebelum menggunakan, goncang terlebih dahulu agar semua formulanya larut dengan sempurna.



Matte : Sangat cocok untuk kulit berminyak karena tidak mengandung minyak. Namun ingat, matte foundation juga cepat kering. Oleh kerana itu jangan pernah mengaplikasikan foundation jenis ini terlalu tebal.


TIPS 3 : MENGIKUT KESESUAIAN AKTIVITI/ TEMPAT


Jika uols bekerja luar, pilih foundation yg mempunyai SPF atau yg serap peluh.


TIPS 4 : TAHU CARA SAPUAN YG BETUL


Tak perlu profesional, yg penting kita tahu cara apply foundation pada wajah dengan betul. Caranya berbeza untuk tiap jenis foundation, salah sapu foundation akan menyebabkan bedak bercapuk atau bertompok-tompok.



 Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik