Tuesday, 9 April 2013

Jika Ayah Tiada

Salam semua,

Harini aku nak share lagu ni yg memang aku tak pernah dengar sebelum ni sebenarnya, tapi aku amik dari FB kak ngah aku, sebenarnya dia pon ada blog juga ---> SECEBIS KENANGAN

Bila aku tengok blog dia, dia pun buat entry yg sama..hihi..tak pelah kakngah, kita kongsi ye, ayah kita kan sama..hahaha..

YES! WE MISS OUR DAD.. takde abah sebaik dia di dunia ni, tanpa aku sedar, he's my everythings. Sejauh mana pon aku pergi, aku takkan berenti merindui abah. Dua tiga malam lepas, masa tu hujan lebat. Aku pejamkan mata nak beradu, sambil hayati bunyi air hujan yg melimpahi bumi..sekali datang ingatan aku ni pada rumah kami. Rumah yg kami membesar bersama, rumah yg sentiasa aku rindu gelak tawa mak & abah yg kuat bergurau. Rindu kakak2 aku,  rindu adik2 aku yg aku selalu marah. Terbayang pada detik2 hari raya yg aku lalui selama 24 tahun di rumah tu..Ya Allah, aku rindukan semua itu..

Aku rindu limpahan cahaya pelita yg mengelilingi rumah itu, dengan lampu kelip2 yg cantik, yg paling penting kami rasa tali persaudaraan kami. Ya Allah, Kau peliharalah abahku, ibuku dan saudara2 ku..peliharalah kesihatan mereka, murahkanlah rezeki mereka. 

Ingin sekali hati ni meronta-ronta, menjerit nak bagitau semua orang yang AKU SAYANG KELUARGA AKU...

Jika Ayah Tiada - Azhary

Anakku jika kau bangun dari tidur
Kau lihat ayah tiada
Lihatlah ke dapur ibumu
Disitu ayah tingalkan kedewasan

Sayangku jika kau bangun dari tidur
Kau lihat ayah tiada
Pandanglah pada kamar lenamu
Disitu ayah tingalkan kerinduan

Manjaku jika kau bangun dari tidur
Kau lihat ayah tiada
Hadirlah ke laman mainanmu
Disitu ayah tinggalkan kemesraan

Cahayaku jika kau bangun dari tidur
Kau lihat ayah tiada
Duduklah di serambi papan
disitu ayah tinggalkan harapan

Masa depanku jika kau bangun dari tidur
Kau lihat ayah tiada
Renunglah pada rumah kita
Disitu ayah tinggalkan cinta



 Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik