Showing posts with label PETUA. Show all posts
Showing posts with label PETUA. Show all posts

Tuesday, 9 April 2013

Tips Kurangkan Keputihan

Oh em ji..

Berentry-entry dalam sehari..hehe..rasa macam banyak giler nak dikongsi kat blog, tu tak masuk lagi entry cara² nak buat sambal gesek kegemaran aku tu..hahaha.. aku memang syok sendiri kat sini, blog aku kan, suka ati aku la kan..

Memandangkan aku sangat alegik dengan keputihan, jadi aku banyak survey & praktiskan petua² untuk mengurangkan keputihan ni. Dan yg paling aku rasa sangat berkesan lah kan dengan menggunakan asam keping. Ada tak yg tak kenal asam keping? memang tak perempuan tau kalo tak kenal..hihi

Ini adalah asam keping

Bahan² yang diperlukan:
- segenggam asam keping (cuci dulu, kang bertambah gatal lak)
- air dalam setengah periuk kecik
- garam 1 sudu kecil

Cara-cara:

- rebus semua sekali sampai menggelak. 
- biarkan sejuk atau suam² kuku, pastu cuci V dengan air rebusan ni. 
- atau campurkan dengan air suam² kuku, seberapa kerap yg boleh.
- bilas dengan air mutlak sampai bersih.
- lap sampai kering. Amalkan.

Cubalah pada Cik² dan Puan² di luar sana. Just nak kongsi maklumat je, mana tau berkesan. Ada yg guna air rebusan sireh, tapi tak berkesan kat aku..huhuhu



 Photobucket

Wednesday, 27 March 2013

Aura White Gluta Collagen 400,000mg

Giler banyak sampai 400,000mg.. mungkin itu jumlah collagen kan?



Ini adalah supplement aku bulan ni.Aku rela melepaskan atau menghentikan pengambilan berkafein semata-mata Aura White. Baik kan ;p Rugilah kalo amek supplement tapi takde kesan, mahai wei, RM130 tau sebotol, aku dapat diskaun. Kalo tak RM150 tu..



Jom kita tengok apa kelebihan Aura White ni:

FORMULA LENGKAP
Diperkaya dengan antioksidan yang sangat tinggi membantu melambatkan penuaan kulit. Ia membantu menyerlahkan kecantikan kulit, mengurangkan radang serta berupaya memulihkan sel tisu.

RASA YANG LAZAT
Berperisa lemon berry bukan sahaja enak diminum tetapi membekalkan
khasiat yang tinggi untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan dalam satu masa.

TANPA BAHAN TAMBAHAN
100 % semulajadi dan selamat ,tiada tambahan gula, bahan pengawet, pewarna atau perisa tiruan. Bebas hormon,steroid dan bahan kimia oleh SGS.

KEISTIMEWAAN AURA WHITE GLUTA COLLAGEN 400,000MG

- 50% pencerahan ketara dalam masa hanya 1-2
- memulihkan kulit rosak, berparut, kusam dan bermasalah
- menjadikan kulit lebih anjal dan elastik serta lembab
- mengurangi kedutan dan garis2 halus
- mengecilkan pori2 kulit
- menguat dan mencantikkan kuku dan rambut
- meningkatkan sistem imunisasi badan
- mengurangi radikal bebas dan toksin di dalam badan
- mengatasi masalah jerawat dan jeragat
- mengurangi sakit radang/sendi
- mengandungi prebiotik dan 3 kali stem sel
- sesuai untuk ibu hamil dan menyusui bayi
- membekalkan tenaga optimum sepanjang hari
- mengurangi kolesterol
- menghapuskan parut, tumit merekah dan selulit
- meningkatkan kualiti tidur
- sesuai untuk lelaki dan wanita 



CARA PENGAMBILAN:
1) Masukkan 2 scoop ke dalam shaker dan goncang.

2) Bancuh menggunakan air mineral /air bersih biasa.. Tidak digalakkan menggunakan air panas kerana dikhuatiri zat-zat aktif akan mati dan hilang

3) Jauhi minum / makan dari sumber yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan sebagainya kerana kajian menunjukkan kafein mampu menghilangkan zat aktif dan tidak baik untuk kecantikan kulit.

4) WAJIB minum air masak / mineral /air bersih sekurang-kurangnya 3-5 liter sehari untuk kadar serapan yang cepat dan kesan yang pantas.

5) Cara yang sesuai untuk pengambilan AURA WHITE adalah semasa perut kosong. Di sarankan ambil pada waktu pagi (2 jam sebelum sarapan) dan malam sebelum tidur (2 jam selepas makan malam)

Berminat?
Boleh tengok kat sini ---> SINI

 Photobucket

Sunday, 17 March 2013

Petua Membelai Suami

Hebat tajuknye kan...hehehe..yang baik tak salah dikongsi bersama. Bukan untuk ygdah ade suami saje leh bace, yg belum kahwin pon boleh juga, membaca kan jambatan ilmu...kankan..

Petua Membelai Suami

1. Suami sentiasa mengidamkan belaian isteri. Tangan isteri mengurut manja kaki yang lenguh atau sekadar mengusap belakang atau lengan ketika menonton televisyen sudah membuatkan suami berasa sangat disayangi.

2. Belai rambut suami ketika dia sedang beristirehat, atau jika rajin carikan uban yang ada. Sudah pasti lembut hati suami dan akan timbul rasa kasih sayang yang mendalam terhadap isteri.

3. Tengok-tengokkan jari jemari suami, adakah kukunya bersih dan sudah dipotong rapi? Bagaimana keadaan kulit suami? Kalau kering sapukan losyen, kalau pening urutkan kepala. Pastikan suami dijaga rapi dari hujung rambut hingga hujung kaki.

4. Jangan menganggap dengan melakukan perkara begini akan menjatuhkan taraf isteri atau merasakan si suami perlu tahu menjaga diri sendiri. Tentu sekali mereka tahu menjaga diri tetapi dengan memanjakan suami cara ini akan menjadikan suami anda terasa seperti seorang yang sangat istimewa. Pasti dia akan begitu menghargainya.

5. Sentiasa berhias untuk suami bila berada di rumah. Mengenakan pakaian yang boleh membuatkan si suami bersemangat atau ghairah seperti pakaian yang nipis atau seksi. Walaupun malu, lakukannya kerana setiap lelaki mahukan wanita berpakaian seksi. Tambahan pula, pahala untuk si isteri hanya dengan membuatkan suami menjeling geram.

i ♥ my husband ;) 






 Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik