Tuesday, 9 April 2013

Gangsterism di Kalangan Remaja

Berikutan tuan punya blog nak amek exam PTD Sabtu ni, dan ada esei, maka tajuk entry pon haruslah seperti esei jugak ye..

Aku dah tau dah, semua mesti dah tengok video budak sekolah kena buli tu kan. Aku takmau tengok pada mulanya, tapi bila ramai² pakat share, dan nak cari pelaku atau gangster tersebut, maka aku pon tengok. Kot² la aku kenal, leh aku repot polis. Kuangjo punya budak kecik..

Kenapa aku tak nak tengok? Aku takut, takut dengan perilaku remaja zaman sekarang yang extreme, atau over. Remaja sekarang bukan macam zaman aku dulu, mereka sekarang obses, terlalu mengikut kawan, senang dipengaruhi ke arah perkara yang tidak baik, teringin nak cuba sesuatu perkara tanpa memikirkan kesan yg bakal berlaku. Gila tak takut..

Remaja perempuan terjebak dengan kes² bohsia, ikut boyfriend, pegi sana-sini merempit, menonggek atas moto boyfrend yg akan setia hujung nyawa konon²nya. Pastu buat maksiat, bertindik, kena rogol, kena raba, jadi geng syabu dan macam² lagi. Bila keadaan tak terkawal, termengandung ke, kena tangkap polis, baru menyesal seumur hidup.

Masa ni agak² sapa yg nak dipersalahkan? Parent dorang? Yg konon²nya sibuk mencari duit, terabai, mencari kasih sayang konon²nya. Helloo, anak cikgu pon ada masuk Henry Gurney tau. Lepas tu, parent lak salahkan guru. Sebab guru kena ajar anak mereka buruk baik sesuatu perkara, kena didik sampai berjaya. Bila kejadian berlaku di sekolah, lagilah pihak sekolah kena tanggung.

Bagi aku pendapat sebagai guru, jangan salahkan guru secara terus. Sebenarnya tugas guru di sekolah mengajar muridnya menjadi pandai, disiplin telah diaturkan di sekolah. Benda ni takleh, itu takleh, dan banyak benda takleh. Dan sifat semualajadi manusia ingin mencuba sesuatu yang baru, yang belum pernah dia buat. Masa ini, jika guru sedar, maka keadaan ungkin akan lebih dikawal. Pengajaran guru di sekolah adalah terhad, sangat² terhad. Zaman sekarang rotan atau cubit pon tak buleh.

jadi, sebagai ibu pula aku rasa, kita kena lebih tegas, sangat tegas dan kena tegas dengan anak. Biar anak tu kata ibu jahat, abah jahat (macam anak aku!) tapi aku tetap tegas. Garang memang trademark aku la katumah..haha. Takkan ada oran lain yg lebih mengenal anak kita melainkan ibu & ayahnya sendiri. Tapi budak sekarang cerdik, depan mak pak solat tak tinggal, kat luar air setan pon di teguknya.

Dunia sekarang penuh pancaroba, setiap perkara yg ibu bapa buat anak² akan ikut. Macam aku suka masak, anak aku pon itkut sama mulut bunyi ceng ceng..menggoreng la kot tu. Akupotong sayur dia pon nak potong gak. jadi, anak² akan mengikut teladan ibu & bapanya. Aku garang nanti anak aku mesti garang..huhu..

Zaman sekarang semua perkara tak payah cari, nanti akan datang sendiri. Contoh bergaduh..takde pon aku bergaduh kat umah, tapi anak aku bersilat macam apa tah lagi. Sebab banyak sangat dia tengok kat tv, kartun la, filem la. Malaysia pulak sering disogokkan dengan filem² berunsurkan jenayah, pergaduhan la, dadah lagi, mat rempit, rogol, tah apa maksiat lagi.

Nauzubillah, aku mohon Allah pelihara keluarga aku, anak² aku, supaya terhindar dari perkara² dunia yang melalaikan ni. Biarlah aku segarang singa, biar nenek² dorang marah sekalipon sebab aku garang sangat, tapi aku nak yang terbaik pada anak² aku. biar mereka jadi orang yang betul² memahami kehidupan yang sempurna. Aminnn...

* Kalau nak tengok video tu leh tengok kat youtube atau FB k. aku taknak upload, takut aku tengok.

Kiri: Aqil
Kanan : Afiy
Tengah : Abah (itu aku punya!)


 Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik