Thursday, 11 April 2013

Tips Kurus Tanpa Ubat

Uii na! Banyak betul sekarang ubat²untuk kurus ni. Tu tak termasuk lagi vitamin² yg dijual dalam peket sendiri² tu. Korang percaya tak ubat² cenggitu? Aku bukan nak kata ubat tu fake, tapi jika ada nombor siri KKM, sijil lagi, iitu oklah kan. Mungkin di pasaran terbuka juga banyak.

Yang aku musykil tentang keberkesanan ubat² tersebut. Serius aku tak penah beli. Takut lak aku rasa. Takut ada efek lain terutama pada organ dalaman kita. Jadi untuk semua, semak betul², jangan beli di sembarangan tempat ye!

Tapi aku ni kalo aku gemok atau naik badan sikit, mulalah aku terfikirkan plan² yg memungkinkan aku leh kurus dalam masa 24 jam. hahaha..takdelah, gurau je. Aku tak takot gemok pon sebenarnya, mak aku pon gemok, kakak aku pon gemok, okey ja. Tapi rasa macam tak sesuai la kalo aku gemok. Dengaan ketinggian atau lebih afdhal disebut kerendahan aku yg 153cm ni atau 5 kaki ni, kalo berat dah mencecah 50kg++ aku dah gelabah bewak tahap lari laju langgar pokok dah.

Gila tak risau, mesti aku nampak macam penguin sedang berjalan² di mall dengan keluarganya...hahaha.. Untuk mendapatkan berat badan asal, atau berat yg lebih sesuai dengan ketinggian aku, aku lebih suka mengamalkan beberapa petua ini. meh aku share dengan korang ye!



TIPS KURUSKAN BADAN
  1. Baca bismillah & doa sebelum makan supaya syaitan tak bisik suh tambah lagi ;p
  2. Minum air sebelum mula makan, supaya rasa cepat kenyang. Jangan sampai satu jag kang tak makan langsung lak.
  3. Jangan makan berulamkan air, maksudnya tengah makan ko minum lak, no no no ye..
  4. Makan 1 senduk nasi sahaja, yg sederhana la, kalo kecik sangat besar sudu sekali suap dah abis.
  5. Kunyah dengan banyak, ikut sunnah 40 kali kan, tapi 20 kali pon ok.
  6. Suap sikit² supaya lambat abis, rasa macam makan banyak je kan.
  7. Berhenti makan sebelum kenyang.
Itu je lah, takde pon lari berkilo², atau menari-nari bak Hanis Zalikha, aku malas. Cer try, hehe. Tapi manusia ni, yg sedap itu kan nikmat (^_^)


 Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik