Monday 23 January 2012

Sepilok - Ranau

Salam T__T
Malas giler de nak taip writer ni..
takpelah, enjoy this photo ok, i'll tell you what's going on later rite..
muaks manyak-manyak!






Photobucket

Thursday 19 January 2012

Aku sangat malas

Tak taula apa penyakit mai menyerang la ni, awat la segan sangat tak tau. blogshop aku pon tak bejalan, bukan sebab takdak stok, tapi mai penyakit segan tahap gaban sedang mengamuk!!! ayyyakkk....

Yang aku rajin hanyalah sapu sampai, mop lantai, memasak, mungkin ciri² ibu mithali dah menyerap ke naluri ku dan ciri² businesswoman aku telah hanyut oleh air laut semporna...huaghrrhhh... apa aku merepek ni...

Sekarang i enjoying cooking, i baked moist chocolate cake, really love sotong butter milk, and minum minuman sejuk sebab panas sangat²² sampai 22 kali T__T

Apapon, hopefully semuanya akan kembali seperti biasa sebab i really love my life, and i want my life back like usual...

Cuba layan mutiara kata di bawah --->

Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk
;( aku terasaaaaaa 

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan

Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.

Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.
 Kata-kata yang paling berkesan untuk my job (cikgu)

Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…

Pesanan untuk my incik suami:
psssttt...i love you ^_^


Photobucket

Thursday 5 January 2012

Semporna

Salam semua, 
Dalam entri lepas saya ada cerita pasal Tawau kan, kali ni adalah tentang Semporna. 
Sebelum ni selalu dengar tentang Semporna, a place with beautiful island, and i agreed ^_^ Lautnya memang awesome gila, tak leh nak gambar macam mana, apa yg anda tengok di TV, majalah, atau google (yg macam selalu aku buat), it is exactly the same. 

And talking abaout people there, pernah tengok citer Duyung?sama ja macam apek tu, tapi yg monyet tu takde ler..itu korang kena pergi zOo la ;p 
Sampai je Semporna, jarak dari Tawau dalam 100km, jalan cantik dan tak berlobang-lobang, dan dihiasi pokok kelapa sawit sepanjang jalan, sekejap je, dalam 1 jam setengah dah sampai tempat dituju. Kitorg terus gi check in hotel, Dragonn Inn Hotel..obviously beautiful places. 

Bayangkan hotel yg dibina atas air laut, berasaskan kayu kayan yang nampak sempoi giler. Hotel ni je yg pertama kitorg jumpa, so takde la pk other choice. Kebanyakan penduduk Semporna adalah bangsa Bajau Laut, jadi tak heranlah mereka berkulit hitam, sebab pekerjaan utama mereka menangkap hasil laut, tapi tak semua mereka buat rumah atas laut, jangan tak percaya kalau korg jumpa rumah banglo yg besar agam...mak aiiii! Terkojut den tengok.
Tak banyak aktiviti jalan2 boleh buat di Semporna ni, sebab supermarket pon ade 3, tu pon giant, milimewa dan ape tah lagi 1. Kitorg plan nak juga pergi pulau, incik suami pon call pusat diving Tu, untuk ke pulau mabul harganya RM100++ untuk seorang. Untuk kids bawah 7 tahun free je. Ingat nak pegi jugak, sebab kami 2 org dewasa, then bawak budak kecik free je, tapi anak aku kan kategori baby lagi, boleh ke dia naik bot 45 minit untuk ke pulau mabul? Pikir punya pikir, tak jadilah sebab kesian pulak, nangih nanti haru.. 

Jadi kami pon pusing2 pekan Semporna ja, ada 4-5 round, sampai cemuih. Cuaca elok, nak mandi pantai pon tadak, jadi lepak2 dalam bilik dan pi makan. Sebelah malam try cari kat google tempat menarik di Semporna, terjumpa lah pulak blog ruggedmom, Dia tulis tentang Semporna Holiday Resort, terletak di kg tampi-tampi, tempat cerita Duyung tu. 
Esoknya kami p, hujan lak. Tapi tempat dia memang superb cantik, macam dalam filem gak. Ada chalet, pon murah, paling mahai pon RM120, rugi tak tau awai2..tok Lebai pon kata, "sini lagi best" nak buat camna nak balik baru tau. Siap check in dapat free fishing and swimming lagi tau. Kalau ada yg nak pi Semporna, tempat ni memang aku suggest la. Tapi kalau takut dilambung ombak, jangan ler tido sini ye ^_* 

Ok, malaih taip panjang2, Just enjoy the pict...

Menanti mr. bos, gi amik barang di kereta. Entrance of Dragonn in

Siyes kecik gambar aku, sebab snap time ujan ;p (pulun sangat aihh)






 


orait, gambar ni memang real ye!
Photobucket

World less Friday

Selamat bersolat Jumaat bagi kaum Adam di muka bumi Allah.
Tingkatkan amalan mu wahai umat Islam sedunia.





Photobucket

Monday 2 January 2012

Tawau The Long Journey

Assalamualaikum..
Penat giler travel ni..tapi kalau naik flight takder la rasa sangat, yelah org yg tolong bawak kapal, bila sampai terus turun amik beg ;p
Kali ni, bila travel naik kereta, drive sendiri (ops, husband la drive) dengan karenah anak2 yg kecik comel plus active ni, rasa tersangatlah penat.. pastu esok lusa dah nak start keroje ;)

Ok, travel pertama kitorang setelah anak kedua, Muhamad Adham Hafiy bolah jalan (sebelum ni gi Kudat, tapi tak tidor sana)..kali ni percutian kitorang adalah ke Tawau, Semporna dan Lahad Datu.

Perjalanan dari KK ke Tawau ambil masa hampir 10 jam, menaiki kereta ye! Kami bertolak jam 10.30 pagi, singgah makan di Inanam,then meneruskan perjalanan direct ke Tawau..ada juga berhenti isi minyak ngan bancuh susu budak2.
Kami sampai Tawau tepat jam 11.00 malam (^_^) Lenguh giler bontot duduk lama2, taktaula perasaan anak2 kecik tu yg mesti boring tahap gaban tapi tatau macamana nak ekspresi kan ;p
sampai je dengan selamat terus cakap kat suami,
"Nak peluk abg kuat2 la sebab bawa kereta dengan selamat sampai Tawau"

10 jam tu tanpa co-driver ;) aku tidor jer

Sampai je terus pusing2 Tawau mencari hotel, sia2 je surf internet sedangkan tak update pon hotel kat internet, kena cari 'manual' jugak. Last dapat Hotel King Lee, best jugak sebab nampak cam baru lagi dengan price yang berpatutan.


Bilik kami Family package, ade 2 katil King size, TV LCD, air-cond, bilik air yang super canggih, sampai anak aku balik2 ulang masuk bilik air, just tengok2 je. Pastu kalau org masuk just cuci botol susu pun  dia tanya,"Ha, tu buat apa lagi tu?"...kepoh tul.


Sian, takde tepon ni kat umah ;) masing2 berebut

Lift di reception
 Tengok, Fatimah Abu Bakar pon ade ;p

 Si kecik dok kat tingkap je, tingkat 5

Pemandangan dari bilik hotel

 aqil yang excited

Esoknye, kami pusing2 bandar Tawau. Mula2 gi makan, apa nama tah kedai tu, semua pekerja perempuan berumur, pastu orang ramai, langsung tak layan kami. Orang kat situ pon pandang2 je, dorang tau kami outsider. takdan 5 minit, terus blah. pegi kedai lain lak.

Masuk kedai lain tu, cepat kemain budak tu amik order. Kami makan nasi campor je, yang aku hangin, tengah aku makan, dia pulak pegi tanya, itu apa? daging ke? itu ikan kering ke? tak penah aku jumpa orang kedai camtu, ko yang juai takkan tak tau! pastu cakap cam tak reti buka mulut, aku yang tak tahan lastly sound juga, " boleh tak cakap Bahasa Melayu, kami orang semenanjung. Ada nak tanya apa lagi?"
Terus budak tu geleng..sekeh pala baru tau! Mungkin dia failed Bahasa melayu kat sekolah dia. dan aku agak bahasa rumah dorang adalah Bajau atau lain2, sebab tu dia pon tak paham aku =)

 Kemudian pegi Pasar Tanjung Tawau. mula2 teruja gak nak pegi, terus naik tangga pegi second floor. Sekali takder apa langsung juai di atas, cuma orang tidor bergelimpangan walaupon hari dah mencecah tengahari buta! terus turun ikut tangga sebelah. Taik kucing bergelimpangan...apa la dorang ni..

Takda apa yang menarik, cuma aku nak cari tikar getah yang untuk budak2 tu. Murah, cuma RM19 untuk bergambar (kami amik upin ipin pink kaler) dengan plain RM14 (merah hati)

Nak cari kuali yang tak melekat tu, tapi takde, periuk banyak, tamaula buat penuh bonet. Aku bukan p naik lori. kendian, ikan masin dan keropok2 Sabah macam amplang, kuih cincin, belinjo yang aku boleh dapat di KK ni. dan juga ikan masin.
 
Last singgah tepi laut sat, tengok kapal2 je. takde mende pon kat situ just nak amik gambar bolehla. tapi takla cantik sangat biasa2 je.



Sebenarnya banyak lagi tempat yg korang boleh pegi contohnya macam;
Cocoa Village - dekat je ngan pekan, tapi anak dah lena dalam keta tak dapat melawat
Pulau Sibuan - antara pulau yg tercantik, tapi malas sebab ada baby =)

Entry selepas ini Dragonn Inn Floating Hotel ^_^

Photobucket

Sunday 1 January 2012

Riview Dermacolor Comouflage

Assalamualaikum..
Selamat Tahun Baru semua ^_^
Alhamdulillah, bersyukur pada Allah, Tuhan semesta alam, dengan limpah kurniaNya dapat kita meneruskan kehidupan di muka bumi ini lagi. Semoga nikmat ini sentiasa diberkati, dan dipanjangkan umur selalu.



Ingat tak saya pernah tulis tentang Dermacolor foundation, dari Kryolan yg mendapat sambutan hangat dan dikatakan menjadi pilihan ramai wanita masa kini? Wah, panjangnya soklan ^_*

Dah 2 hari saya menggunakan Dermacolor, dan hasilnya memang sangat sepadan dengan rega tau!!!

Krim agak pekat dan kesat bila sapu, tapi lembut pada kulit. Just dap dap dan tarik je. Takyah tonyoh bagai nak rak kat muka tu. Hanya selapis dah nampak perbezaannya tau. Cuma warna nampak macam gelap sikit, tapi cik Abg kata ok, so okla ;)

gambar tak mekap. di kampung. cantik kan?
Gambar touch up sket without editing

Kesannya sangat sekata, nampak natural dan gebu jer tau! Sangat sesuai untuk kulit berminyak. Sebelum ni saya pakai faoundation Kryolan stick dan supracolor, sedikit berminyak tapi cun jugak. Tapi Dermacolor lagi BEST SANGAT!!!

P/s saya masih lagi tak puas hati dengan blog ni. Macam dah cantik template tapi tak leh tukar dia punya Font Pulak...ayyyakk!!!



Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik