Friday 19 August 2016

[Resepi] Hokkaido Cheese Tart

Assalamualaikum wbt...

Bertemu lagi kita. Harini saya nak share lagi satu resepi baru yang tak berapa nak baru lah. Tapi super sedap sangat lah. Tengok.. sudahlah super sedap sangat lak tu.

Selalu kita tengok ramai yang buat chhese tart yang montok2, gebu gebas je kan. Sedap tu memang sedap, tapi cheese lembik. Ada yg suka ada yang kurang suka. Macam saya memang sy suka tapi lama-lama boring lah pulak.

Contoh Cheese Tart Montok dari blog Citarasawan


Jadi, ada sorang kawan sarankan masak dulu cream cheese baru bakar. Tak tercapai dek akal macamana nak buat pulak masa tu. Jadi saya try google baked cheese tart. Rupanya memang sudah terkenal di Singapore iaitu Baked Cheese Tart atau di kenali dengan nama Hokkaido Cheese Tart.

Nampak tak... lebih padat cheese dan tak leleh bila makan.

Menggiurkan jer tengok ni

Jadi iols try buat tau.. Nak jugak try. Memang tak banyak lagi resepi di blog, mungkin sebab belum viral kan. Jadi dapat ambik resepi dari youtube. Bolehla siapa yang nak cuba try lah k. Kita sama-sama try and error ;p

Resepi kulit tart / Crust :
  • 160 gram tepung serba guna
  • 120 gram butter
  • 50 gram telur (pecahkan telur, godek2 dengan garpu then timbang)
  • 30 gram gula kastor
Cara buat :
  • Satukan tepung, butter dan gula. Gaul sampai jadi serbuk roti. Pastu masuk telur dan uli sampai jadi doh. Balut dengan plastik wrap, masukkan dalam peti sejuk bukan bahagian beku selama 30 minit. Kemudian, keluarkandan masukkan dalam acuan. Bakar 175 darjah selama 20 minit atau keperangan. 
Resepi cream cheese
  • 180 gram cream cheese
  • 50 gram yougurt / fresh cream
  • 40 gram sugar
  • 20 gram butter
  • 1 biji telur (asingkan putih dan kuning)
  • kuning telur untuk sapukan atas cheese
Cara buat :
  • Dalam periuk, satukan cream cheese, yougurt / fresh cream, sugar dan butter.
  • Panaskan dengan api sederhana sehingga cair sepenuhnya dan tidak berketul-ketul.
  • Tutup api dan masukkan telur putih.
  • Kacau sehingga sebati dan panaskan sekali lagi sehingga pekat dan berkilat. Sejukkan dan masukkan dalam piping bag.
  • Paipkan dalam shell tart tadi jangan sampai muncit sangat. Sapu kuning telur atas tart tadi.
  • Bakar 200 darjah selama 15 minit atau sampai kuning terang.
  • Siap. Tunggu Sejuk baru makan.
Gambar dari Hokkaido Cheese Tart. Cantiknya kan...

Cubalah kalau berminat. Memang sedap tau. Ada juga gambar haritu tapi tak dapat nak upload. Nanti internet laju sy update k ;)


 Photobucket

Monday 15 August 2016

Kain Pasang Songket Bunga Kesuma

Salam semua,

Kain pasang SONGKET BUNGA KESUMA READY STOCK ;)

Memang laku keras ni tau. Tiap kali restock mesti cepat sold out. Kali ni restock lagi utk kali ke berapa tah ... hihi


JAPANESE COTTON 💯cotton

SONGKET BUNGA KESUMA

Sepasang 3.5 meter : RM75.00 include postage
Harga semeter : RM14.00 (Belum masuk postage)

✂️Boleh request by meter (min 2m per corak)
✂️Boleh beli 4m corak @ matching @ plain sahaja

Ciri-ciri kain cotton kami :
  • Bidang 45'
  • Kain tidak jarang, tidak mudah mengecut
  • Kain tidak berbulu selepas dibasuh
  • Mudah digosok
  • Kain lembut, warna tidak luntur
  • Kain ready stock
  • Kualiti dijamin puas hati
  • Sejuk dan selesa dipakai

✅sesuai dijadikan blouse, dress, jubah, seluar, tudung, cadar, langsir dan banyak lagi





Photobucket

Friday 5 August 2016

Kain Pasang Inspired Mystery

Salam semua,

Cepat... cepat...
Siapa suka menjahit senyum sikit ;)
Hihihi...samalah kita kan, akak pon suka betul menjahit sekarang. Tapi stop sekejap sbb mesin jahit rosak ;(

Kalau rasa nak pakai jubah glamer ala-ala cap Leeyanarahman, bolehlah buat preorder kain ni. Beli siap tak sama dgn saiz sebenar kan, kita jahit sendiri lagi senang kan, boleh buat fesyen apa yang korang nak. Lebih mudah.

KAIN PASANG MYSTERI (corak ranting)

PRE ORDER WITH FULL PAYMENT ONLY ‼️

HARGA : RM25/semeter
TIDAK TERMASUK POSTAGE
RM8 SEM/RM11 SS

HARGA 3.5METER : RM87.50/sepasang
TIDAK TERMASUK POSTAGE

✔️ada 3 warna (blue/red/black)
✔️kain ela bidang 60'
✔️sepasang 3.5m cukup sepasang baju
✔️material : satin soluna
✔️boleh request by meter minimum 2m
✔️kain lembut dan sangat selesa dipakai
✔️warna tidak luntur, mudah di iron, serap peluh

➰pre order dibuka bermula hari ini sehingga kuota habis
➰ETA END OGOS ‼️
➰POSTAGE DIJANGKA AWAL SEPT‼️




BERMINAT BOLEH WASSAP UTK ORDER YE
016-422 0626



 Photobucket

Cara Dapatkan Code Voucher Zalora

Hai semua...

Sehat dah..dah beransur Syawal pulang kan, insyaAllah tahun depan panjang umur kita jumpa lagi kan.

Baik, harini akak nak ajar kat korang semua yang suka shopping online.. haha.. bestkan. Duduk dekat rumah pon leh shopping, tambah-tambah yang dalam pantang tu, asyik google baju anak je kan... kan...kan... hihihi


First step mestilah buka website ZALORA. Atau Lazada pun boleh. Tapi harini akak highligt Zalora dulu k. Search apa yang awak2 nak cari. Macam akak contoh akak search Minaz for zalora.



Dah dapat yang dicari, then click item dan pilih color dan saiz kalau ada. Pastu, add to bag. Ingat ye, 1 voucher code utk sekali guna je. Takleh guna dua kali. Kalau ada 4 barang korang nak beli, add to bag semua. Kemudian checkout macam biasa.

Kemudian klik laman web di bawah utk dapatkan code voucher:
https://iprice.my/coupons/zalora/


https://www.picodi.com/my/zalora





Dah dapat buka web tersebut, pilih promo apa yang terbaik. Lagi tinggi percent lagi bagus. Selalu cuma 15%, 20%. Kalau dapat 50% laaagi bagus, tapi jarang lah kan.



Kemudian klik GET VOUCHER CODE. Akan keluar tab lain yg ada CODE tersebut. Cuma COPY ja code the buka balik website Zalora k.



Dekat CHECKOUT, klik pada APPLY PROMO CODE? memang ada tanda soal sana tau. PASTE kan code tersebut, kalau tak dapat paste taip je code tersebut k. Lepastu tekan APPLY.



Nampak kan lepas tolak 20% code voucher, ada less lagi kat item korang nak beli... YEAYYYY!!!! Boleh dapat murah sikit dari harga biasa. Kalau beli lebih banyak,20% dari jumlah yang kita beli akan dipotong.

Dah siap apply code voucher dan dapat less, boleh ORDER NOW macam biasa k. Ikut instruction dari website Zalora macam biasa.

Ok, selamat berusaha!


 Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik