Wednesday 28 November 2012

Cool Blog - Jom try

Salam semua,
 
Hari ni aku habiskan masa di CC, bukan sebab takde keje, sebab ada keje lah aku datang sini ok! Kalo tak takde lah aku nak lepak2 sorang tekan keyboard yg bunyi kuat macam tengah guna typewriter ni...huhu.. lantaklah apa orang lain nak kata.. 

 Eh, uols dah try Cool Blog? Ala, ice blended yg ada muka Heliza Helmi jadi duta dorang tu. Aku dah 2 kali try. Yg mula2 dulu Oreo ape tah, yg kali ni Vanilla flavor with Choc Syrup topping apple jelly. Untuk menemani aku di CC sementara menunggu encik. suami repair kereta. Harap2 janganlah sampai petang. Kalo tak memang masak aku kat sini...

Cool Blog ok lah jugak, sama je macam ice blended yg aku buat kat umah, bubble pun cam besa2 aje. Cuma flavor dia memang banyak la. Rambang mata nak pilih. Aku pun main teka ja mana aku nak, pastu aku bayar.






 Photobucket

Bercuti Kah Aku???

Alhamdulillah...
Malaysia menang semalam ;) aku tak tengok pun, dok dalam kelambu baring2 sebab badan letih, pinggang lenguh. Tah apa aku buat. Pastu ingat nak rehatkan diri, arini nak datang SP sebab nak settlekan isi markah dalam SAPS tu.. aritu dah datang ngat nak settle semua, sekali password & id tak ingat. Last sekali isi SPPBS je.

Arini dah ok, semua dah settle, harap2 SUP tak sms lagi ada keje tak siap ;p

CUTI? tak gi mana2 pun, save budget ;) Tapi ada gak la, masa pi umah kakngah, terus ke Wang Kelian, sempadan antara Perlis - Thailand. Indah khabar dari rupa. Kalo ada yg berniat nak pi sana, den nak kobar ni tak payah la poie sana. Baik pegi Padang Besar, macam2 ada ;) ini seriusss....

Sebelum pegi, budget RM450 nak spent kat Wang Kelian. Sekali tak terusik pun duit tu. Akhirnya beli gak la seluar aladdin 2 lai, skirt selai. itu je..

Petang p umah adik di Kangar, sempat lagi kami (husband & wife) merempit ke Padang Besar memborong sakan. dan tamatlah riwayat RM400 aku tu...

Hanya singgah Cave Of The Darkness (Gua Kelam) sahaja. Takde pun tempat menarik yg aku p cuti2 ni. Dok umah je, baring2, makan2, lepak2, sembang2, basuh baju, makan lagi...itu je. Internet pun takde, harap ke Ipad je, tu pun line celcom cam sengal...

Lagipun nak jimat2, insyaAllah mula 2013 nak mula business baru, jual tudung jugak jenama Ratu Syaszreen Malaysia. Dah pm2 bos besar, dia nak bagi chance aku jadi dealer untuk Sabah ;)  ok jugak, tak salah mencuba kan. Kot2 ada rezeki besar..



 Photobucket

Saturday 10 November 2012

Wayang~ Time To Enjoy

Dah banyak tahun rasanya tak tengok wayang, last tengok masa filem The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader 3D.

Kali ni teringin nak bawa anak2 tengok wayang, jadi ada film Finding Nemo 3D, ingatkan film baru tapi rupanya film lama dulu gak dorang buat 3D. Takpelah, masuk je tengok.

Sampai tu tepat2 ke 3.50, masuk panggung wayang dah mula pun, tapi terkejutnya, tak smpai 10 org. Cakap kat suami, "takde pun orang tengok?" Suami cakap, "yelah, tiket mahal kan" baru aku tau, sorang RM15 rupanya untuk 3D.

enjoy jugak sebab anak2 suka, si adik pakai spek tu sampai penyek2 batang hidung, lubang hidung tu nampak sikit je ;p tapi dia boleh pakai samapai abis cerita. Bajet handsome lah tu anak aku!

yang abg dia, memang takmau pakai, tengoklah dia cerita yg kabur2 tu..



Diorang memang enjoy makan2 dalam cinema. abis 4 ketul hotdog, 1 large box popcorn, 1 fries & ice lemon tea ;)


 Photobucket

Let's Pizza

Assalamualaikum semua,

Ada yang dah balik kampung sempena cuti sekolah ni? Yelah, cuti sekolah pun dah mula kan. Kami sekeluarga insyaAllah akan pulang ke kampung pada 13hb ni ;p gembiranya hati ini..

memandangkan hari2 terakhir sebelum meninggalkan rumah selama 1½ bulan ni, asik berkemas je. nak tinggal rumah biarla cantik2, bersih2, nanti masa balik semula takdelah rasa serabut sangat. Jadi, dengan automatiknya hal2 masak2 memasak menjadi malas. Nak beli barang dapur pun rasa rugi.

Jadi, pada Jumaat, hari last sekolah, ajak husband makan pizza ;p adik masih di nursery, jadi bawa abang je lah. Kan ada promosi sekarang, jadi nak cuba pizza yg ada chicken chop tu ;)

Sampai je order, yg ada tulis chicken chop tu kami cari dulu.



 Akhirnya jumpa juga key word yg kami cari, kami amik set Cheesy Reloaded 1 topping Cheezy 7 Chicken Chop. Pastu, cari lagi...

Nama Lime Pepper Chicken Chop. Harga RM14.90. Pedas lada hitam, sos sedap.

Yang bestnya sekarang ada promo, belanja lebih RM30, anak leh dapat makan free ;p ni yg best.

•  Every RM20 spent entitles you to 1 'Kids Eat Free' meal. Limited to 1 meal per kid
•  Valid for kids below 8 years old or below 120cm in height, whichever applicable.
•  For dine-in only.
•  Products may vary by location.
•  Not available in Pizza Hut Genting Highlands.
•  Not valid for purchase of Group Party Packages.
•  Products are subject to availability.
•  Products shown are for illustration purposes only.
•  Terms and Conditions apply.

Anak aku kan baru 4 tahun, jadi dapatlah.
We choose Kidz Carbonara.. tapi maknye yg makan sampai abes.

Jumlah semua aku pon taktau sbb masa husband gi bayar memang aku jalan dulu.. save pocket ;p

i love u darling sebab sudi belanja kami. Lain kali belanja lagi ye ;)

 Photobucket

Monday 5 November 2012

Peplum

Salam semua,

Harini nak cerita sikit trend baju zaman sekarang, org kata memang tengah 'in' skang, Peplum. Ada blouse, baju kurung, jubah, skirt, semua pattern peplum sekarang. pants je kot takde.

Aku pun rasa mcm tertarik jugak dengan pattern peplum ni. Ada beli selai maxi dress peplum dari poplook, material lycra & free size, murah je RM76.00. Tapi bila sampai, memang tak sesuai dengan aku yg comel ni. Labuh dan besar. Jadi aku jual balik. Mujur aku ramai kawan FB yg minat poplook ni, senang la nak jual.

 Baru ni ada aku order peplum blouse dari kznabihah, ada saiz yg boleh dipilih, jadi harap2 muat la untuk aku ni. tapi aku pun dah tak ingat pattern apa aku pilih, tunggu je lah sampai nanti.

 Butik KZnabihah
Price RM65+

Kalo tengok pattern baju kurung pun cantik2, saja je lah survey kot2 leh buat pakai masa adik ipar nak bertunang ujung tahun ni.. eh!aku lak over order2 baju ;p

 Butik Adamell
Price RM239+

Price RM200+

 Butik Zawara
Price RM99.00

Moddy
Price RM49.00

Kalo ada yg berminat, lehla search kat google tu, banyak pilihan dengan banyak harga ;)


 Photobucket

Saturday 3 November 2012

Tadika Pilihan Hati

Assalamualaikum ibu², bapa² dan adik² yang berminat baca blog ni ;p

2, 3 hari ni banyak masa digunakan dlm mencari tadika yg bagus untuk aqil. Tahun depan dia dah 5 tahun, rasanya dah sesuai kot dia fokus pada pembelajaran yg sesuai dengan umur dia. Mulalah aku survey tadika yg baik kat negeri Sabah ni. Tapi yg tak bestnya takdak tadika kat sini yg memenuhi kehendak dan ciri² yg aku nak. takdak yg berunsurkan islamic.

Tapi kat sini nak juga aku sertakan beberapa tadika dan yuran masuk serta yuran bulanan ikut survey aku lah;

  • Smart Reader Kids - yuran masuk RM1000 - Yuran bulanan RM270 (ada di KK)
  • Genius Aulad - yuran masuk RM788+ - yuran bulanan RM238 (takde kat sabah)
  • Little caliphs - yuran masuk RM850+ - yuran bulanan RM180 (ada kat sabah)
  • CIC - takde kat sabah
  • PASTI - Yuran tahunan RM  - yuran bulanan RM110 - (ada kat sabah)
Kalaulah ada Genius Aulad kat Sabah ni memang aku dah hantar. jadi pilihan kedua, Little caliphs lah, walaopun agak mahal tapi rasa sesuai kot dengan aqil..

Semoga aku dan suami buat keputusan yg terbaik untuk aqil dan afiy ;) aminnn


 Photobucket

Thursday 1 November 2012

Welcome November...

Alhamdulillah,
Dah masuk bulan seblas pon kan, tak lama dah nak ujung tahun. Tak tau dah nak tulis apa kat blog ni. Nak cerita atau tepek gambar raya haji pon takdak...huhu

Cerita Raya Haji
Almaklumlah, raya di perantauan... rasa macam teringin nak makan ketupat daun palas, berangan cam pandai buat...huhu..planning ngan suami, ok dia get ready semua barang on Thursday! ok, khamis dan raya Jumaat...oh, gembiranya ..hahaha. tengahari tu jugak aku buka daun palas. abis koyak rabak daun2 tu..aku memang bukan tangan melipat-lipat daun palas kot. satu pon tak jadi elok, nak amik gambo pun tak hadap...wawawa


akhirnya, aku pm @fb suami (sebab dia p keja lepas anta barang)..mesej berbunyi begini:
...abg buat ketupat na, za masak rendang..

Jam 5 suami balik, salin baju dan membuka daun palas dengan berhemahnya, semua jadi terbentuk elok, bukan cam aku buat, kemek-kemek dan bergaul jantan betina (ketupat palas ada jenis jantan & betina)..


terima kasihla encik suami kerana pandai buat ketupat. Terus sms mak:

aku : kami buat ketupat palas raya ni
mak : ha, pandai lak hg buat ketupat
aku : dak, bukan cek, asri yg buat ......jujur gilaaaa
mak : dia jugak reti, hg awat tak buat?
aku : cek buat dah, sampai abis luka tangan
mak : takdak org buka daun palas sampai luka tangan, hg sorang ja

terus aku tak reply sms mak...takut dikutuk laaagiiiii!!!!

Hari raya makan ja kami anak-beranak ketupat & rendang. kuih raya takdak, aku malas. Petang raya baru pi umah kawan kak ngah aku, nama kak asmah. Raya sebuah rumah pon jadilah, sebab hujan lebat sangat, pastu aqil lak demam....

Gambar raya posa....


 Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik