Tuesday 13 March 2012

Di Belakang Tabir Zary Collection

Ini gambar masa photoshoot tudung untuk website ye, owner takder bajet lagi nak amik model, jadi terpaksalah interprem senirik!!

 Nampak tak kepala anak i nak bergambo jugak!


Sompat laie, udah namanya emak orang, ini lah kejenye ;p

Photobucket

Cheese Cake Simple

Salam semua,

Ini adalah resepi paling senang tau untuk buat kek keju ni, sangat mudah dan sedap!  Rupa pun cantik ;)




Bahan-bahan:
500g cream cheese - saya guna tatura
1/2 cawan gula castor
250ml whipped cream - saya guna all purpose cream Nestle
1 sudu kecil gelatin - optional (saya tak guna pon)
1 sudu kecil lemon paste - optional
Biskut tiger coklat 250g atau sebungkus besar
susu segar yg dipanaskan

Cara-cara:
  • pukul cream cheese sampai lembut atau creamy
  •  masukkan gula, pukul lagi
  • masukkan lemon paste, tak nak pon tak pe
  • masukkan gelatin, taknak pon takpe, sebab kalo letak kek jadi keras la walaupun pada suhu bilik, kemas dan cantik.
  • masukkan whipped cream, atau Nestle cream
  • sendukkan selapis adunan ke dalam loyang
  • celupkan biskut tiger dalam susu, jangan lama sangat nanti lembik
  • lapiskan pada cheese...
  • sendukkan lagi selapis cheese, selang seli dengan biskut sampai abis cheese
  • masukkan dalam freezer 6-7 jam
  • potong dan makan
 ** untuk bahagian atas, biskut tiger di blend halus, then ayakkan ke atas kek tadi..

-Nestle cream yg saya guna -






Photobucket

Ais Krim Goreng

Entry kali ni memang khas untuk orang kurusss ...hihihi...lawak je.. untuk penggemar ais krim memang takkan berenti makan.

Rasa memang sangat sedap, sebab rasa luar ais krim yg crunchy, panas danisi di dalam yg lembut, sejuk memang best giler!!!


Bahan-bahan:
1 bungkus roti potong (gardenia atau lain2) - sebiji ais krim goreng menggunakan 2 keping roti
Ais krim
Mug atau mangkuk saiz kecik

Cara-cara:
  • Cedukkan ais krim dan letakkan atas sekeping roti
  • Letakkan sekeping lagi roti, buat macam sandwich
  • Tekap atau pekup dengan mug sehingga bercantum kedua-dua lapis roti
  • potong dengan pisau bagi kemas.
  • Masukkan dalam freezer dalam 6-7 jam
  • panaskan minyak untuk menggoreng, pastikan betul2 panas
  • goreng hingga kekuningan
  • boleh terus makan
 Maklumat tambahan ^_*
Jumlah kalori dalam makanan:
*Aiskrim 2 skop= 390 kalori
*Sekeping roti potong= 69.4 kalori

Jadi, beringat semasamakan tau!

 Photobucket

Kek Karamel Pelangi Lagi

Salam semua,
Sekarang saya tengah crazy of Caramel Cake...hahaha..itu omputehnye, nama sebenarnya ialah Kek Karamel, kendian saya tambah pelangi kat belakang..memandai jer..

Sebenarnya resepi ni memang dah femes kalo siap rajin godek google dan cari resepi.. saya sendiri pun amik kat website je, cer klik sini.

Kat sini pun ade ----> SINI

Just nak tepek hasil kek ni untuk kedua kalinya >_<

- Gula ditabur dalam loyang sebelum dimasak atas api -

 - Hasil gula hangus -

 - Bancuhan karamel -

 - Putih telur yg telah diputar sampai gebu -

- Sebelum dibakar -


Maafla, gambar setelah siaptak sempat snap sebab terus ngap ;)

Selamat mencube!!


 Photobucket

Saturday 3 March 2012

Kek Karamel Pelangi

Ewahh! Nak bagi resepi macam pandai masak sangat >_<

Ini first trial buat kek karamel design pelangi tau, karamel sedikit nipis, dah kek pon comot2 sikit., 1st time la katakan. jadi ada yang bertanya resepi, saya bagi ikut sukatan cawan ye, sebab yg saya dapat dari internet pon guna gram, memandangkan takder alat penimbang, gunalah cawan.

Resepi Kek Karamel Pelangi (sukatan cawan) 

Bahan-bahan
Loyang saiz 22 cm
(A) - Bahagian Gula Hangus
2 sudu besar gula (utk buat gula hangus)
*tabur gula dlm loyang & masak atas api perlahan..biar gula hancur & warna tukar jd perang, jangan sampai hitam nanti pahit. Ratakan ke seluruh loyang.

(B) - Bahagian Atas (Karamel)
1/2 tin susu cair, akan jadi nipis macam dalam gambar. Boleh letak 1 tin untuk lebih tebal.
3/4 cawan gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
 * Optional 1 sudu besar tepung kastard

(C) - Lapisan Kek 
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
3/4 cawan gula kastor
3 biji kuning telur
135ml air biasa
45ml minyak masak

(D) - Cara Buat Merinque
6 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)



Sukatan gram
Bahan-bahan:
Loyang saiz 22 cm
(A) - Bahagian Gula Hangus
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang) biarkan dia sejuk after dah perang.

(B) - Bahagian Atas (Karamel)
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk (kita guna minyak mazola)

(D) - Cara Buat Merinque
6 biji putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara membuat:
  1. Untuk bahagian karamel, kacau semua bahan sampai sebati. jangan bagi berbuih, nanti tak cantik karamel.
  2. Tapis dan tuang dalam loyang berisi gula hangus. Tak payah bakar, biar je.
  3. Untuk lapisan kek, pukul telur, gula, air dan minyak sampai gula hancur.
  4.  Ayak tepung dan baking powder, masukkan dalam adunan. pukul/ kacau sampai sebati. Ketepikan.
  5. Untuk meringue, pukul telur putih sampai jadi foam, ringan dan bila terbalik tak jatuh. masukkan krim tartar, pukul sebentar.
  6. masukkan gula, pukul sampai hancur.
  7. Masukkan meringue ke dalam adunan kek tadi. bahagikan pada beberapa warna.
  8. Sendukkan tiap warna 1 senduk berulang-ulang sampai abis.
  9. Panaskan oven 160 darjah, bakar secara double-boiled/ water bath selamat 50-60 mintit.
  10. Dah masakkan, sejukkan dalam oven selama 10 minit. Biarkan tepi loyang sedikit jarak.
  11. Terbalikkan, dan lap air lebihan dari karamel supaya tak diserap kek.
  12. Sejukkan lagi sedap.
More info:
  • Untuk meringue, jangan campur bahan2 tersebut sekaligus, kalo tak pukul 14jam pon takkan kembang2 (berpengalaman)..
  • Water bath ialah cara membakar dalam oven dengan mengisikan sedikit air dalam bekas letak loyang, ataupon masukkan air dalam loyang lebih besar, then letak loyang kek. paham ke? cam gelong2 je info ;p
  • jangan riso bila nak masukkan adunan kek dalam karamel, sebab adunan tepung akan terapung dengan sendiri tau. decorate je ikut kreativiti masing2, tak tepek2 je ke, pelangi ke, memanjang ke... ape2 pon boleh.
 Photobucket

Rahsia hati guru kecil

Assalamualaikum wbt

Lama giler tak update blog, rasa macam malas je lagipon sibuk dengan kerja-kerja sekolah. Sebut je sekolah teringat keje yang berlambak-lambak. Bukan hal2 ngajar murid, tapi hal lain-lain.. contohnya fail tak buat lagi, fail tak update lagi, tak isi online lagi, macam2 benda kena isi sampai tak ingat, tu tak masuk lagi hias2 bilik khas, dapat gaji bukan sebab nak beli untuk anak2 tapi buat bajet rega cat nak kena beli nak cat macam2 bilik...adusss!

Bajet sekolah ciput, nak benda settle havoc! kadang2 terpikir, kalau kita bagus, semua job bagi kat kita, baik buat cincai je, takde org nak bagi ape job.

Seriusly, itulah yang aku kena. Kena bagi SPBT, dapat bilik kecik ciput, dengan cat putih yg bertompok2 dengan lumut2 dan burok. Aku siap cat dengan cat kilat lagi, pasang langsir, tapi nak susun  buku tak dapat, sebab rak takde. Pastu kena bagi lagi Pusat Sumber, GILA! Langsung aku tak menapak pusat sumber tu.. status aku tidak layak memegang sebarang bilik khas di sekolah, tapi kena bagi jugak. kadang2 cam nak tukar sekolah. Kesian budak2, pusat sumber tak berurus, tapi aku sebenarnya tunjuk perasaan ;(

And this year, pusat sumber not under my name anymore. Just SPBT, tu pun dah bising penyelia SPBT PPD, dia cakap aku takleh pegang, tapi dapat boss yg tak pernah mengerti masalah orang. Orang dia, semua senang, bukan orang dia keje sampai mati pon get nothing!!


 Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik