Wednesday 16 March 2011

BLOG TUTORIAL (FAVICON)

Nak jadi cekgu online lak harini ye..madam pelangi tak lah pandai sangat tapi takat nak boh favicon tu tau lah ye..jom kite kongsi-kongsi k

Baik, kita akan belajar macamna nak buat favicon atau icon di sebelah alamat blog kita ye..contohnya macam ada icon love gerak2 di sebelah blog address tu k~ 

Cenggini caranya~
Contoh blog yang ada favicon (klik untuk besar)
Kemudian, klik sini untuk dapatkan pelbagai animated icon untuk blog u all k..


Klik untuk besar
Klik pada icon seperti gambar di atas:

Klik untuk besar
 Copy html tersebut, pergi balik ke blog u all, then go DESIGN, amik EDIT HTML
Tekan ctrl + f 
paste kan perkataan ini k

  </head>

 Betul2 atas perkataan tersebut pastekan html yg korang copy tadi k
Klik untuk besar
 Dah siap paste, klik pasa SAVE TEMPLATE

Dah siap favicon cute di blog u all kan...

BOTOL SUSU BPA FREE

Dah heboh 1 Malaysia kan, mulai tahun depan kerajaan telah mengharamkan penggunaan botol susu polikarbonat atau yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012. Kenapa? sebabnya ialah tiada bukti saintifik yang kukuh menyatakan bahawa botol susu yang mengandungi BPA selamat digunakan oleh kanak2 dan bayi.

Apa itu polikarbonat?

  • Polikarbonat adalah suatu kelompok polimer termoplastik, mudah dibentuk dengan menggunakan panas. Plastik jenis ini digunakan secara luas dalam industri kimia saat ini. Plastik ini memiliki banyak keunggulan, yaitu ketahanan termal dibandingkan dengan plastik jenis lain, tahan terhadap benturan, dan sangat bening. Dalam identifikasi plastik, polikarbonat berada pada nomor 7.
  • Digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' iaitu bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.

Apa itu BPA?
  • Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi. 
  • Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin. 
Kesan BPA
  • BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. 
  • Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.
  • Janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pemakanan anda) dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.
  • Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom. 
Tip Mengelakkan BPA
Memang suah nak hindar terus barang2 yang mengandungi BPA ni, tapi kita boleh kurangkan penggunaan dengan cara-cara ini:
  1. Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus.
  2. Kurangkan pengambilan makanan dalam tin, pilih yang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilih dalam botol kaca.
  3. Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas.
  4. Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adalah polikarbonat (elakkan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin).
  5. Jika mahu membungkus sup atau air panas dari penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri.
  6. Jangan membiarkan air di dalam botol air mineral terjemur di dalam kereta, dan kemudian meminumnya.
Tip Mengelakkan Penggunaan Botol Susu BPA
  1. Gunakan botol susu daripada gelas atau plastik yang bebas BPA. Elakkan polikarbonat. Sebaliknya pilih polietilena, polipropilena atau poliamida.
  2. Jika anda menggunakan juga botol polikarbonat, pastikan ia tidak dijemur, tidak dipanaskan dan tidak dimasukkan air panas menggelegak ke dalamnya.
  3. Elakkan calar dengan menggunakan berus yang lembut daripada plastik dan span, bukan berus daripada dawai untuk membasuh botol susu bayi.
  4. Gunakan sabun yang sesuai untuk mencuci botol bayi.

 Menteri Kesihatan kita menyarankan ibu bapa di Malaysia ni menukarkan penggunaan botol yang mengandungi BPA kepada botol BPA free secara perlahan-lahan. Mungkin kepada yang kurang mampu, sempat lagi mengumpul duit tiap2 bulan sampai ujung tahun depan terus beli pukal botol BPA free nie ye..

Antara Botol Susu Yang Bebas BPA (BPA free)

Philips Avent 

  Linkungan Harga125 ml RM39.90
Bumblee Bee
 Lingkungan harga RM33.90

Dr. Brown
 Lingkungan Harga RM50.30
Evenflo
 Lingkungan harga RM39.90

MAM
 Lingkungan harga RM30.90

Medela
 Lingkungan Harga RM35.90

Nuby
 Lingkungan harga RM36.90


Safety Plus
 Lingkungan Harga RM33.90

The First Year
Pigeon
 Lingkungan harga RM30.00

NUK
 Lingkungan harga RM39.90

Takdela mahal sangat kan, tapi kalau ada anak 4 orang, pastu semua masih minum susu botol, terpaksalah yang dah besar sket guna cawan jelah kan, at least boleh tran anak2 kita say no to bottle..biar yang kecik je..jadi plan dari sekaran, beli sebulan sebotol, sampai tahun depan dah 12 botol, cukup sangat la tu..

Lagipun sejak menteri announce hal tu, dah banyak baby store jual botol susu yang BPA free ni, senang sangat nak cari tau.. Kalo nak beli online (kadang2 lagi murah) boleh tengok kat sini k~


Nak survey harga lagi, boleh tanya cikgu google ye, macam2 adaaa...hihii


Monday 14 March 2011

KEK BATIK BISKUT MERIE

Yang nie, memang simple, tapi ada macam2 version, ada yg yg susah, ada yg senang..tapi madam malas,  makan nak sedap ;) jadi yg selalu madam buat resepi yang ini ye:~

Bahan-bahan ( loyang 7/8" )

  • 1 bungkus (350g) biskut marie
  • Setengah buku butter
  • 2 biji telur
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn milo
  • 1 cwn air
  • 3/4 cwn gula(optional je ni)
  • ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara

  1. patah2kan biskut
  2. dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
  3. masukkan butter,kacau sampai butter cair
  4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
  5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
  6. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang

AKSESORI KERETA

Sape kat cni yang suka dengan aksesori kereta yang cumel2, contoh macam penyendal kepala (yeke nama mcm tu?hentamlah), sarung stereng, pembalut cermin pandang belakan, pembalut hand-break dan gear, juga kat tali pinggang...

Memang comel wa cakap lu, 2 minggu lepas madam rembat 1 set, niat di hati nak cari FROG, walaupon geli, tapi anak2 suka..tapi takder la pulak frog, yang ade kura-kura atau nama katunnya kuma-kuma...Cantik, warna ijau, semua lengkap..cam nie haaa...

Juga ada alas tempat duduk depan tau...memang comelll la...

Sape2 yang nak pesan boleh emel madam ye..
Harga 1 set = RM200.00/ RM250.00/RM380.00
Design yg ade = pooh, mickey, minney, otomen, hello kitty..mcm2 lagi la...request je ye..

ICE BLENDED SPECIAL

hehehe...ini keje merosakkan blender, tapi  sehingga kini blender madam pelangi masih lagi elok la. ini resepi kegemaran anak madam yg sulung..suke bebenor dengan ice blended ni, senang nak buat, ikut suka hati nak perasa apa..selalu madambuat chocolat atau mocha ye...senang jer..

Bahan2:
  1. ais kiub setengah blender
  2. milo atau coklat 2-3 sudu
  3. gula (optional)
  4. susu sejat 1 sudu (tak payah boh gula lagi ye)
  5. nescafe (untuk mocha)
Cara-cara:
  • satukan semua, kemudian blender sampai hancur
  • masukkan dalam gelas letakkan krim, tak letak pon sodap yer

PUDING ROTI MILO

Yummy...yummy
madam pelangi kalo dengar yang milo2 ni, memang feveret lah...gerammm i..hihihiii
selalu kita dengar org buat puding roti kan, tapi yg ini puding roti milooooo...
best sedap ada milo tabur kat atas, dia punya bahan2 pun sonang yang teramat lah...nak tau resepi...ha ni dia...cuba jangan tak cuba, komfim jadi tau!

Bahan2:
  1. Roti putih 10 keping (dipotong 4)
  2. Telur 2 biji
  3. Esen vanila (kalau tak letak pun takpe)
  4. Gula setengah cawan
  5. Susu cair 2 cawan
  6. sedikit mentega
Cara-cara:
  • Pukul telur dengan gula, madam blender je asal hancur gula tu ye.
  • masukkan esen vanila
  • masukkan susu cair
  • panaskan pengukus, sapukan mentega pada loyang
  • masukkan bahan yang diblend tadi
  • masukkan roti sedikit demi sedikit, pastikan roti diserap air sepenuhnya (jika tidak puding kamu keras nanti ye)
  • kukus 30-40 minit atau sehingga masak.
  • lepas je masak tabur milo...
  • yummyyy...sedap tau..cubalah..

APAM DOT DOT

Fuiyoo!! nama je dah very surprising kan..
Apam ni memang istimewa,tau kenapa? sebab apam ni design comel, macam cupcake, ada dot2 (titik2 colorful) kat permukaan apam, pastu ada inti lak tu...sedap komfim la tambah2 untuk bebudak ni...madam pelangi dah buat, tapi baru sekali ;p


Nak tau resepi? kat bawah ni ye..

Bahan-bahan ( 45 biji Cup Sederhana Besar )

  • 3 biji telur
  • 275 gm tepung gandum
  • 200 gm gula halus
  • 150gm susu segar (fresh milk) . Boleh juga ganti dgn susu sejat
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh ovallete
  • Filling blueberry/ coklat secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna & Esen Vanilla

Cara-cara

  1. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa
  2. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  3. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. madam guna acuan tart , kawan saya guna acuan apam..boleh je mana2..asalkan berlapik
  4. Picitkan filling secukupnya
  5. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan(boleh juga buat huruf ye)
  6. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
  7. Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah
  8. Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.
  9. Selamat Mencuba :) 
  10. Gerenti sedap!!
p/s boleh juga tengok di sini ye...ada gambar, madam takdan hamek gambo, skali ngadap abess licin!!

http://www.myresipi.com/top/detail/12445

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik