Wednesday 17 August 2011

Bila wanita merajuk

Alahai, merajuk la pulak..pehal ni tetibe jer muncung 14 inci...
mesti korang bengang kan bila tiba2 je girlfren atau wife korang merajuk takder sign pun..
Jangan kata orang, aku pon sama, seingat akulah, aku mula belajar merajuk masa remaja dulu, (sekarang pon remaja lagi, remaja purba ;p  ) time tu aku merajuk ngan mak aku, muncung tak sudah2, macam2 hal lah, kadang2 takmau cuci pinggan pun aku boleh merajuk..tak pasal-pasal..

Ada mak aku pujuk? jangan haraplah, dia tau aku merajuk tapi dia wat tak tau je..takde dia nak layan, sampai aku yang kene gtau dia, "mak, orang tengah merajuklah ni"... pastu mak aku sound, "sikit2 sentap" ;p

Perempuan nie kalau merajuk tak semestinya dia mintak dipujuk..tak caya please ask your spouse ;)
Antara sebab-sebab perempuan merajuk selalunya sebab dia ada sesuatu permintaan, tapi tak ditunaikan...betul? tak semestinya korang mesti tunaikan, at least kalau bagi harapan pon jadilah, mesti dia ok..

Isteri: i nak iphone jugak! ^%$# terus merajuk
Suami: ok, nanti kita beli, tunggu bonus ye ;)

Kan sejuk hati bila dengar macam tu walaupon korang tak beli sebab takde bonus pon.

Ada juga couple atau suami isteri yg merajuk sampai gaduh teruk2, bukannya ape tu sebenarnya your spouse yg merajuk tu tak kiralah lelaki atau perempuan just need your attention. Nak bermanja kata org tua2. Try cakap elok2, lembut2, pujuk2 sikit mesti ok. jangan pulak sorang dah merajuk, sorang lg taknak pujuk, pastu terus dia pulak yg merajuk...jangan..jangan ye..abislah meletup nanti..


 


Photobucket

Sunday 14 August 2011

Bonus 2011

Khas untuk Perdana Menteri Malaysia, 
Datuk Najib Tun Razak 
kerana menghadiahkan kami bonus untuk Hari Raya nanti ;)

:: terima kasih PM ::


Photobucket

Good bye my darling

Sayang, sampai hati kau tinggalkan aku...eh! ke kau yg ditinggalkan??? konpius...sob sob..tapi aku tetap sedih sebab lepas ni kita tak bersama lagi..setelah sekian lama menyulam kasih, berbalas rindu, akhirnya kita berpisah jua...huwaaa..

Walaupon cinta kita baru bersemi selama 3 tahun setengah, tapi pemergianmu sangat dirasai, sangat hati ini dilukai wahai sayang..segala susah senang telah kita lalui bersama, pahit getir hanya kau dan aku yg rasa, namun hakikatnya terpaksa kita terima. Yang jelas, jodoh kita tidak panjang, semoga dikau bertemu jodoh dengan kekasih baru, yang jauh lebih bertanggungjawab menjagamu, yang mengambil berat makan dan minummu, sesungguhnya aku sangat merinduimu...
















:: WAHAI MYVIKU ::

Merepekkah aku???
sebenarnya aku masih bersedih hati, walaupun aku yg suruh incin suami aku yg jual. tapi sedih pulak bila pk balik. Myvi SAA9600T, kereta pertama kami, silver color. Aku yg pandu, sejak pindah KK, stat keje kat SPR kereta nielah yg aku pakai berulang-alik meredah banjir bersama, 1 kali tayar pecah sebab pancit tapi aku tak sedar, aku drive gak sampai parking lot ;p Sebab incik suami mase tu di pedalaman, jadi 5 days aku yg drive ke sana sini. 

Pastu aku sambung KPLI, kereta nie juga yg aku drive, ulang alik 45km KK-tuaran..pancit 1 kali, kali nie aku sedar yg ianya pancit, terus aku membelok dan menalipon incik suami yang datang sebagai hero. Dan aku terus guna sehingga Julai 2011, walaupon sudah ada yang baru, namun kau tetap di hati.

Tapi kau terpaksa ku lepaskan jua,bukan kerana tak sayang, sayang beb dengan si katak ni. Tapi cd player dah rosak, bawa gi service tapi kene tukar, tayar kau dah mengaum kuat bagaikan harimau lapar tidak kekenyangan setelah diberi makan berpuluh kg daging (merepek je), sampaikan aku nak drive gi Tuaran pun kene bukan sound radio kuat2 sebab bunyi tayar kau lagi kuat dari radio tu! incik suami kata kena hantar allignment, tapi dah 3,4 kali pegi sama juga...last aku cakap tukar jelah tayar tu (dengan pandainya dan megahnya)...kahkah

kenapa kau ku lepaskan? sebab dah ada pengganti Saga FL biru, walaupun besar, lambat pick-up, takdelah aku sayang sangat, tapi ku terpaksa redha, kau dah tak selamat nak ku bawa ulang alik 90km sehari. sebab kedua, aku dah tak mampu nak bayar kau, dengan saga FL lagi, dah le minyak keta baru 2X ganda dari kau. kalau myvi tu sekali boh RM52 penuh leh pakai seminggu, incik Saga ni sekali boh RM40 penuh, seminggu 2-3 kali...mak aiii...kayalah petronas membakut cenggini ;(

Last but not least, Selamat tinggal sayangku..

Siap balut kusyen lg


My New baby at the back
with myvi


Photobucket

Thursday 11 August 2011

Kenapa perlu berdengki

Si A: ko tau, Si X jadi imam kat surau kampung seberang.
Si B: Eleh, setakat jadi imam kampung, aku pun boleh 

Dengki tu bermaksud busuk hati, dalam bahasa arab hasad tu maksudnya dengki..sebab tulah jadinya hasad dengki. Justeru itu, dengki itu membawa maksud yang negatif sahaja, tiada yang positif, sebab memang tak baik dan burok perangai.

Kenapa ada dengki?
  • sebab saya tak dapat.. jadi saya dengki ngan org yang dapat. tapi patotkah kita dengki dengan orang yang jadi imam...tak patots!!!
  • dengki ni berpunca daripada cemburu yang tidak dapat dibendung lagi, bila tengok kesenangan orang. sakit juga bila penyakit dengki melarat, berpunca dari dengkilah wujudnya penyakit seperti santau, buatan orang dan sakit hati!
  • tak boleh tengok orang lebih.. mana aci, dia ada keta, aku tadak! contohnya lah, pastu terus mengumpat pasal org tu dengan kereta dia. inilah dengki.
  • dengki adalah sifat orang munafik.
“Sebahagian besar ahli kitab inginkan supaya mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana dengki yang (timbul) daripada diri mereka sendiri setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka maafkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” – (Surah al-Baqarah, ayat 109)

Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki"
(Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi)

Huraian:
1. Hasad dengki itu adalah seumpama api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api yang membakar kayu.
2. Adanya perasaan dengki menunjukkan iman seseorang itu belum sempurna malah dengki merupakan sifat yang diwarisi daripada syaitan. Kerana dengkilah maka syaitan menggoda Adam a.s hingga terkeluar daripada syurga dan kerana dengki juga maka terjadinya pembunuhan di antara Qabil dan Habil.
3. Seorang pujangga Arab pernah berkata: "Orang hasad tidak akan senang hidupnya dan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang tidak berakhlak.
4. Dengki yang diharuskan dalam Islam hanyalah dengki yang menjadikan manusia berebut-rebut melakukan kebaikan seperti berlumba-lumba menuntut ilmu atau berlumba-lumba melakukan ibadat dan yang seumpamanya.

Hasad sangat berbahaya dan mempunyai kesan buruk antaranya :

- Sifat orang Yahudi yang dilaknat Allah, siapa yang memilikinya bererti menyerupai mereka. Allah berfirman yang bermaksud: “Ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) lantaran kurnia yang Allah telah berikan kepadanya. Sesungguhnya Kami memberikan Kitab dan hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami telah memberikan kepadanya kerajaan yang besar.” (Surah an-Nisa, ayat 54)

- Orang yang memiliki sifat hasad tidak dapat menyempurnakan imannya, sebab ia tidak akan dapat mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak sempurna iman salah seorang kamu sampai mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya.” (Hadis Muttafaqun ‘alaihi)
Bahkan lebih parah daripada itu, orang yang hasad merasa sangat gembira bila saudaranya celaka dan binasa.

- Ada dalam sifat hasad ini rasa tidak suka terhadap takdir yang Allah berikan kepadanya. Bukankah yang memberikan nikmat hanya Allah. Seakan-akan ia ingin berperanan aktif dalam penentuan takdir Allah dengan merasakan bahawa ia lebih layak mendapatkan nikmat itu daripada orang lain.

- Apabila orang lain mendapat kenikmatan, semakin besar dan kuat api hasad dalam dirinya, sehingga ia selalu kecewa dan duka serta hatinya terbakar akibat api hasad itu.
Menimbulkan sikap egois yang tinggi dan tidak menyukai kebaikan pada orang lain
.
- Hasad memakan kebaikan yang dimilikinya sebagaimana api membakar kayu yang kering. Ini yang dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Jauhkanlah (oleh kamu) dengki (hasad) kerana ia akan memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.” – (Hadis riwayat Abu Daud)

- Menyusahkan diri sendiri, sebab ia tidak mampu mengubah takdir Allah sedikitpun. Allah sudah memberikan nikmat pada orang lain dan tidak akan terhalang oleh orang yang hasad walaupun ia berusaha, ia tidak akan mungkin mengubah takdir Allah.

- Hasad mencegah pemiliknya daripada berbuat kebaikan dan manfaat. Ia selalu sibuk memikir dan melihat milik orang lain sehingga seluruh hidupnya hanya untuk memikirkan bagaimana datangnya kenikmatan pada orang lain dan bagaimana menghilangkannya.

- Hasad dapat memecahkan persatuan, kesatuan, dan persaudaraan kaum muslimin. Sebab itu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah saling hasad dan jangan mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah saling bermusuhan serta saling mendiamkan dan jadilah kamu bersaudara.” (Hadis riwayat Muslim)

- Hidupnya tidak pernah tenang dan tenteram, apalagi bahagia. Orang yang hasad selalu dalam keadaan gundah gulana dan resah melihat orang lain lebih darinya. Alangkah ngerinya bahaya dan kerosakan yang diakibatkan oleh dengki (hasad). Sebab itu sudah semestinya kita berusaha menanggalkan dan menghilangkannya daripada diri kita.

dipetik dari http://nurjeehan.hadithuna.com/2008/05/hasad-dengki-sifat-orang-munafik/

Photobucket

Doa taubat


Sama-samalah kita menghayati doa taubat yang sangat bermakna ini.
Wahai Tuhan ku Tak Layak Ke Syurga Mu
Namun Tak Pula aku Sanggup Ke Neraka Mu

Ampunkan Dosa ku Terimalah Taubat Ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun Dosa-dosa Besar

Ilaahi lastu lilfirdausi ahlan
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi

Dosa-dosaku Bagaikan Pepasir Di Pantai
Dengan Rahmat Mu Ampunkan Daku Oh Tuhan Ku

Wahai Tuhan Selamatkan Kami Ini
Dari Segala Kejahatan dan Kecelakaan

Kami Takut Kami Harap Kepada Mu
Suburkanlah Cinta Kami Kepada Mu

Akulah Hamba Yang Mengharap Belas Dari Mu

Photobucket

Kawan atau keluarga?

KELUARGA!!!
Sah...sah jawapan aku mestilah family first..sebab yang paling utama aku dah berkeluarga, ada anak.. kadang2 amik anak kat nursery terlewat walaupon baru jam 5.00 petang aku dah sedih yang teramat ;(
kenapa? sebab anak2 aku dah dihantar ke nursery seawai jam 6.30pagi, pastu kalau amik jam 5.00 petang aku hanya ada masa lebih kurang 3 jam setengah je untuk bergurau senda, bermain, bermanja ngan anak2, sebab jam 830 malam anak2 dah nak tido..sedihkan, masa dengan anak2 langsung tidak berkualiti dan kuantiti pun sedikit.. tu tak tolak lagi time masak memasak, dah tolak lagi sejam..sedeynyaa!!! cian anak2 ibu, sempat ke korang bermanja ngan ibu? mesti tak best kan, satje ;(

Tapi, it is me! a woman, a wife, a mom ;) 

Kalu korang pilih spend time lebih banyak dengan family or friend? kebanyakan lelaki lebih suka bersama dengan kawan2 kan..dan saya sangat marah dan tidak suka bila suami saya cakap,

"Abang kat kedai makan ni, lepak2 dengan kawan"

ouch!! sangat tak bagi! sangat tak boleh! hello, u dah spend at leat 8 hours with your friend kat ofis, then after office hours u continue hangout with all your friends again?? 
Your family? your anak? huh...sangat tak puas hati!
Kalau cenggini, better u kawen dengan kawan2 u, tak yah ada family and anak and so on...

Kenapa i tak suka?
  • sebab bila balik rumah jam 730, anak tido jam 830, u only have 1 hour per day to spend time with your anak at home..hello, cukup ke masa 1 jam? silap2 aribulan, ada bapa yang tanya, " eh, kenapa anak abah kurus ni?"...walhal anak dia demam dah bape hari pon tak sedar...ataupun "eh, bila anak papa boleh berjalan ni?"...walhal anak dia siap boleh berlari lagi..
Yang paling aku sedar, sape nak tolong kita time kita susah? kawan ke? atau keluarga? sapa yang kita cari.. sapa nak tolong jagakan kita kat hospital bila kita sakit? kawan kah? atau keluarga? Ada kawan yang akan bersengkang mata menjaga kita siang malam bila sakit? Bila senang ramai kawan datang mencari, tapi bila susah ada kawan menanti?


Kawan itu ada tiga jenis:
  1. yang seperti makanan, setiap masa diperlukan dan selamanya  bermanfaat serta menguntungkan
  2. yang bagaikan ubat, ada masa-masa sahaja kita perlukan
  3. yang sama dengan penyakit, semoga Allah menghindari kita darinya.
Rasulullah (saw) bersabda : Kebaikan yang paling cepat memperoleh ganjaran pahala ialah kebajikan dan silaturahim. Dan kejahatan yang paling cepat mendapat hukuman ialah kezaliman dan memutuskan hubungan kekeluargaan.
(Hadith Riyawat Ibnu Majah)

Kasih sayang suami isteri

Rasulullah s.a.w bersabda: apabila seorang suami memandang kepada isterinya dan isterinya memandang kepadanya, maka Allah akan memandang mereka dengan kasih sayang. Lalu bila suami memegang-megang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka akan berguguran melalui jari jemari mereka.
(Hadith Shahih)


    Photobucket

    Kenapa lelaki suka menipu?



    Der..der..der..lek der..jangan emo ye!!
    ini hanya pendapat semata-mata ye, pendapat dari org yang dah berkahwin bak kata orang berdasarkan pengalaman...ahaks ;)


    Firstly, kalau tanya org lelaki tu sendiri jawapan cliche yg selalu kena bagi, sebab nak jaga hati u lah, wahai perempuan! cess, memang takleh pakai. Memang dari zaman dinosor lagi inilah jawapan utama.. Hello, i tau bila u tipu i tau.

    Isteri: Nape lambat balik?
    Suami: Ada meeting tadi. Jalan Jem lak tu..
    Isteri: oooo....

    Bila isteri ajak makan...
    Isteri: Jom makan!!
    Suami: Satgilah, kalau u lapar u makanlah dulu!

    Komfim!!! Dia bukan meeting, tapi gi makan dengan kawan2..and your wife will realize that ok!

    Sebab ke-2, sebab nak selamatkan diri..bila dia dah lakukan sesuatu kesalahan, dia nak cover balik cenggini lah, dia pusing 1 malaysia, auta punya, nampak bagi real, tapi sedarlah yang your wife akan tau yg u menipu!! cuma kadang2 your wife malas layan je tu yg dia buat tak tau!

    Sebab yan ke-3, takut kena marah/kongkong.  Hello, kalau u menipu, bukan je lagi kena marah, lagi sakit hati tau tak!

    Isteri: Kawan u tu dah kawen ke belom?
    Suami: Dah kawen, ngan polis.
    Isteri: Dah ada anak?
    Suami: Takdak lagi..

    Hello!! cakap jelah kalau kawan ko tak kawen lagi, ini menipu lak..Dah memang sah kat facebook orang tu letak status SINGLE, ko nak tipu lagi..u can use this method if your wife buta IT or buta huruf k...

    Sebab yang lain, kalau cakap takut tak bagi.. apa masalah?? pelik, ni bukan takut tak bagi tapi EGO! ada masalah, nak mintak tolong tp berlagak..so dengan cara lain kelentong lah..kalau cakap benda sebenar pun, marah kejap je ;p

    Kepada lelaki2, jangan marah ye, kalau nak reveal banayak benda boleh keluar..tapi yang penting just be honest.. untuk para SUAMI, takde ape yang diharapkan oleh isteri anda melainkan KEJUJURAN


    Photobucket

    My Wedding

    Daisypath Anniversary tickers

    Happy Birthday Aqil

    Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

    Happy Birthday Afiy

    Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

    Jom Klik