Tuesday 28 August 2012

Aidilfitri 1433H

Assalamualaikum wbt...

Ramai dah yg update pasal raya masing² kan, aku je yg lambat. Bukan nya apa, aku ni beraya di kampung, leptop di bandar, takdenye nak hapdet ape² pon, ritu hapdet ucapan raya pon dari ipad, tu pon stress sebab sangat lambat. Takat dapat edge je, tunggu balik bandar jelah. 

Alhamdulillah, Aidilfitri kali ni sangat best. Rasa macam persiapan tahun ni lebih sempurna dari tahun² lepas, mungkin disebabkan Pak Lah dengan baik hati memberi bonus 1/2 bulan pada aku ;p

Jom layan gambar aku dengan family yg meriah & ceria di Hari Raya ~



 Kesian Aqil demam di hari raya, tapi tetap enjoy!

 Si kenit yg sehat memang jadi tumpuan ramai

 Posing si abang

 Posing si ibu
 Kami 1 family

 Suami isteri


with mom in law




SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI SEKELUARGA

 Photobucket

Saturday 18 August 2012

Selamat Hari Raya

Sedihnya, Ramadhan dah berlabuh.. Nikmatnya Ramadhan, bulan yg dipenuhi dengan pahala yg melimpah ruah.. Setiap perkara yg kita buat ada pahala, tidur pun dapat pahala tau, apatah lagi masak utk berbuka, bangun sahur, belum masuk lg amalan2 mulia dan ibadah di bulan Ramadhan..

Syukur alhamdulillah, Ramadhan kali nie berjaya dipenuhi dengan puasa, takde lobang2 ye..hehe.. Penuh 29 hari tau..takpayah pikir ganti2 lagi..

Sekarang, riuhnya Syawal dah bermula, sebulan berpuasa, sebulanlah Hari Raya...kan kan ;)

Pada semua Muslimin dan Muslimat seluruh dunia, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maafkan segala salah dan silap, kunjung mengunjung adat kita orang Malaysia, jadi jemputlah datang ke rumah ;)

Selamat Hari Raya


  Photobucket

Saturday 11 August 2012

Lagu Raya Kegemaranku

Assalamualaikum~

**ini entry penuh emosi

menjelang Hari Raya ni, seronok kan dapat dengar lagu raya, tapi kalo pasang mp3 tak feel, kalo dengar dari radio, uih sangat menusuk kalbu.. seriusss

aku pon ada lagu feberet gak, bila dengar lagu ni, rasa nak menitis air mata. setiap bait dalam lagu ni, macam penulis lirik dia tulis apa berlaku dalam hidup aku masa raya. atau mak aku train kami dari kecik ikut macam lagu ni, kan kan...
============================
Junainah M. Amin

Suasana Riang Di Hari Raya

Marilah adikku marilah bersamaku
Ku tukarkan bajumu yang baru
Ramailah kawanmu yang telah menunggu
Cepatlah siap adikku

Panggillah kawanmu duduk keliling meja
Makanlah ketupat kuih-muih yang ada
Jangan rebut-rebut makanlah dengan tertib
Itulah pesan ibu

( korus )
Kalau sudah makan jalan ramai-ramai
Bersama kawanmu semua
Bersalam-salaman bermaaf-maafan
Di hari bahagia ini

Alangkah girangnya di hari yang mulia
Kita semua berhari raya
Dengan hati ikhlas zahir batin sekata
Selamat hari raya

( ulang dari korus )=============================

inilah apa yg berlaku dalam hidup aku & adik beradik masa raya...
pagi2 lagi mak dah kejutkan, mak tak taulah bangun kui berapa, mesti lagi awai. malam siap pakai inai lagi, syok rasa makan ketupat daun palas dengan inai di jari...hahaha

kami mesti ada beberapa pasang baju baru, dalam 2-3 pasang, abah dah peruntukkan RM100-RM150 untuk anak2 dia, zaman sekarang tak dapatla nak beli 3 pasang bju raya dengan jumlah tu!

Pastu, bila geng mai umah, jemput masuk dulu, makan2 pastu jalan ramai2 satu kampung. seronoknya hari raya zaman kanak2~

Dah remaja sikit, kalot pi semayang raya, tak jalan2 dah, dok umah ja, layan tetamu, kelai sapa nak basuh pinggan, sapa serve makanan, bancuh ayaq...macam2 kami adik beradik. itupon nak kelai.

Rindu zaman2 ni, i always pray, if there any miracle, and everything totally changed to be better. i will always pray, and forever pray for our family's happiness~


My dearest families member ever after, but we missing some one. Miss him, and i know everybody miss him too ~

from left:
adeq, mak, kak long, abg zul, wan, deq ah, abg wan (belakang), kak ngah, syakila, aku dukung hafiy, incik suami. depan: hiqmah, nisa, darwisy, ain, hakim. aqil tidoq lam keta
  Photobucket

Wednesday 8 August 2012

Adam & Hawa

Ada tak kat sini pembaca tegar novel² cinta di Malaysia ni? mesti ramai kan..
Dulu masa zaman muda-mudi, kat universiti dulu, ada gak la baca 2,3 buah novel, tu pon dah tak ingat novel apa.

Bila glamernya cerita Adam & Hawa ni yg di'drama'kan, aku rasa macam penah baca, tapi ingat² lupa atau baca skip² ~ besalah tu, org pemalas baca buku cam aku ni, mula² baca intro, pastu baca bab last sekali, pastu baru baca balik dari depan. tu pos langkah² 20-30 helai, tang mana bab² yg tak best tu tinggai ja. tak tahan ngadap novel kecik tet, nak baca selai², rabun aku nanti camana??? (sebenarnya malas baca)



Eksaited gila aku nak tengok drama ni, katanya 80 episod, aku pon teruja, sebab mula² kata nak tayang kat astro Bella, sekali pihak astro umum tayang kat channel Mustika HD, diulangi Mustika HD..yg screen leper, piring astro hitam tu.. TV umah aku bukan yg slim melim tu, takkan nak boh HD lak, satgi tengok sama ja, wat rugi..

Takpalah tokey astro, tak dapat tengok pon takpa, takat nak tengok muka Aaron Aziz tu, mana² pon ada lah. Lama² tayang gak la tu kat prima ka, Ria ka...kan kan

Pada yg berminat, silalah like page Adam & Hawa ini, banyak gambar² dorang kat situ~
pada yg TV ada HD tu, selamat menonton drama 80 episod ini, sila jangan malas dan boring dan hangat² taik ayam macam saya menonton drama bicara hati...huwaaaa


  Photobucket

Tuesday 7 August 2012

Separuh Ramadhan Dah berlalu..

Alhamdulillah, syukur pada-Mu ya Allah, aku diberi kesempatan menikmati Ramadhan untuk kali yg ke 29..


Bila dah separuh bulan berlalu, masa ni sepatutnya kita hitung, berapa juzu' al-Quran yg kita dah khatam, sempat ke habiskan 30 juzu' dalam masa tidak sampai separuh bulan lagi ni... macam tak dan je aku ni, tapi aku tetap akan berusaha...

Bagi yg berkeluarga, ibu², bapa², masa ni lah kalut cari baju² untuk anak², ye dak? sesungguhnya mereka yg paling gembira pada hari raya adalah kanak²~

Aku pon tak terkecuali, baju raya anak² dan abah dorang, dah dibeli. Baju aku pon dah beli, kasut² pon dah ready, duit raya pon dah ditukar, langsir pon dah siap jahit, tinggal pasang je.. melampau kan, sampai langsir pon nak ditukar.. tapi langsir rumah aku ni dah 5 tahun tau tak bertukar, basuh pon baru sekali!! Tapi, kita sunat menghias diri dan rumah pada hari raya, tapi janganlah sampai over budget..

Aku sangat mengharap dan mendoakan Syawal kali ni membawa makna yg sangat tinggi, kebahagiaan keluarga aku, kegembiraan suami dan anak², kami dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, dan semoga perjalanan kami KK-kedah bagus,  harap semua berjalan lancar.. insyaAllah


  Photobucket

Nuzul Quran 17 Ramadhan

Salam Ramadhan semua,

Alhamdulillah, walaupun dah berlalu 17 Ramadhan, namun ingin juga saya kongsi kat sini tentang Nuzul Quran.. sama²lah kita merenungnya~



" Pada 17 Ramadan 2011M ini, umat Islam memperingati tepat ulangtahun ke 1401 Malam Nuzul Quran yang berlaku pada 610M. Nuzul Al-Quran adalah salah satu rahmat Allah swt yang terbesar buat umat manusia sejagat. Ia mempunyai ingatan dan pengajaran yang besar kepada kita pada hari ini, bahkan kepada kesemua bani insan hingga ke Hari Kiamat. Nuzul Quran bererti “Penurunan Al-Quran” oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw melalui Jibril pada malam 17 Ramadan tahun 610M di Gua Hirak, di puncak bukit Jabal Nur, Makkah Al-Mukarramah. Ketika nabi Muhammad saw sedang mengasingkan diri dari kekufuran dan kemaksiatan kaumnya di Mekah, datang Jibril menyampaikan 5 ayat pertama Surah Al-Alaq (Iqrak, bismirabbaikalladzi khalaq …) sekaligus terlantiklah Nabi Muhammad saw sebagai Rasul Allah yang terakhir dan Nabi Akhir Zaman.
Diantara pengajaran-pengajaran Nuzul Quran ialah :
(1) Allah swt memilih para rasulnya dikalangan mereka yang memiliki peribadi yang mulia. Jika kita hendak mewarisi peranan para Anbiyak ini, maka kita juga seharusnya memiliki akhlak yang luhur, keikhlasan yang tinggi dan ketabahan yang tidak berbelah bagi.

(2) Walaupun belum dipilih menjadi Nabi dan Rasul, Nabi Muhammad saw telah dapat menilai keburukan tingkahlaku kaum Quraisy yang telah menjadi adat kebiasaan turun temurun seperti minum arak, zina, membunuh anak, riba, menipu dalam timbangan, menindas orang lain, membezakan manusia berdasarkan warna kulit dan sebagainya. Kesemua ini menyebabkan Baginda saw mengasingkan dirinya di Gua Hirak. Oleh itu diantara pra-syarat utama bagi seorang daie (pendakwah) ialah kebencian hatinya terhadap keruntuhan yang sedang berlaku didalam masyarakatnya, walaupun ianya telah nampak biasa dan menebal serta menjadi lumrah dalam masyarakat. Jahiliyah hari ini tidak kurang parahnya seperti arak, zina, buang anak, rasuah, kezaliman ke atas orang lain dan sebagainya. Persoalannya, adakah kesemua ini menyebabkan seseorang itu insaf keadaan tersebut, luluh hatinya mengenangkan nasib umatnya dan bertekad bersungguh-sungguh untuk merubah keadaan tersebut ? Atau saban hari dia membaca akhbar dan mendengar berita yang menyedih dan menjijikkan, namun kesemua itu tidak mengesani jiwanya dan menggerakkan anggotanya untuk berdakwah?

(3) Membaca atau “Iqrak” mempunyai peranan yang sangat penting kepada masyarakat Islam dan diantara sebab utama dalam merubah nasib mereka. Hampir ianya menjadi salah satu ciri umat di Barat yang memimpin dunia hari ini. Adapun di Dunia Islam, minat kepada membaca masih belum melata dan menebal.

(4) Betapa hebat dan kuatnya jiwa Rasulullah saw dalam bukan sahaja menerima ayat-ayat Al-Quran tetapi juga menerima bebanan Dakwah yang terkandung didalam ayat-ayat tersebut. Baginda saw hanya menggigil ketakutan tetapi tidak binasa jiwanya. Sekiranya pada malam itu Al-Quran diturunkan bukan kepada Baginda saw, tetapi kepada Gua Hirak atau Jabal Nur itu sendiri, nescaya akan pecah bukit tersebut lantaran tidak tertanggung amanah yang diberikan oleh Allah swt. “Kalau Kami turunkan Al-Quran ini keatas bukit, nescaya engkau akan melihatnya tunduk dan pecah kerana takut kepada Allah. Demikian perumpamaan Kami berikan kepada manusia supaya mereka berfikir” (Al-Quran). Alangkah jauhnya ramai umat Islam zaman kini yang tidak membaca Al-Quran. Jika membacanya, ramai pula yang tidak memahaminya. Jika memahaminya, ramai pula yang tidak takut, tidak kecut, tidak mengigil kerana takut kepada Penurunnya dan kepada amanah-amanah yang terkandung didalamnya yang mesti dilaksanakan !!

(5) Tidak lengkap mengingati malam Nuzul Quran jika tidak menyebut nama Khadijah ra, isteri tersayang Rasulullah saw. Ketika Rasulullah saw mengigil ketakutan, Khadijah ra tenang lagi menenangkan suaminya !! “Aku takut akan diriku (akan ditimpa musibah dek jembalang tersebut)”, sabda Rasulullah saw, ketika menceritakan pertemuannya dengan makhluk yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. “Kalla !!! Ma yukhzikallahu abada !!!” (Sekali-kali tidak !!! Allah tidak akan membuat sesuatu yang buruk kepada kamu !!! Sesungguhnya engkau menghubungkan Silaturrahim, menyumbang kepada orang yang tidak mempunyai harta, memikul bebanan (orang yang memerlukan bantuan) … “, tegas Khadijah ra dengan penuh kasih sayang yang yakin akan latarbelakang suaminya yang bersih, tidak mungkin sebersih itu Allah swt akan mendatangkan suatu yang buruk kepada insan yang sebegitu dikenalinya. Rasulullah saw beriman dalam keadaan menggigil dan ketakutan yaitu ketika bertemu dengan Jibril. Khadijah ra pula beriman dalam keadaan kasih dan yakin yaitu ketika bertemu dan mendengar apa yang diceritakan oleh suaminya, Rasulullah saw. Khadijah bukan sahaja beriman tetapi menTasdiqkan imannya. Tasdik lebih tinggi dari Iman. Tasdiq ialah membenarkan kepercayaan (Iman) dengan amal perbuatan dan pengorbanan. Khadijah ra membenarkan Imannya dengan memberi dorongan kepada Rasulullah saw dalam berdakwah, menghulurkan harta kekayaannya demi kemajuan dan memberi lonjakan kepada Dakwah Islam lebih-lebih lagi di Tahun-tahun Pemboikotan yang zalim. Oleh itu Jibril telah memaklumkan kepada Rasulullah saw bahawa satu rumah di Syurga telah dibina untuk Khadijah ra. Nabi saw pula bersabda bermaksud, ‘Demi Allah !! Allah belum pernah menggantikan untuk aku isteri yang lebih baik dari Khadijah. Dia beriman kepada aku ketika manusia lain mengkufuri aku. Dia membenarkan aku ketika manusia lain membohongi aku dan tidak mempercayai risalah yang aku bawa. Dia memberi aku akan harta-hartanya ketika manusia lain mengenakan pemboikotan kepada aku …”. Selama 23 tahun Nabi saw berdakwah yang penuh dengan peperangan dan penekanan, namun hanya tahun kematian Khadijah ra Nabi menamakan tahun tersebut ‘Aam Al-Huzn’ (Tahun Kesedihan).

(6) Penurunan Wahyu dan berhubungnya Langit dengan bumi melalui perantaraan Wahyu adalah suatu nikmat yang hanya dirasai oleh para Sahabat ra dan mereka yang memahami Al-Quran dan merasai kemanisannya. Ummu Aiman adalah seorang sahabiah yang hidup panjang di zman Nabi saw dan Khulafak Rasyidin. Di zaman Khulafak Rasyidin, pada suatu hari para Sahabat ra melihat beliau menangis, lalu berkata, “Kenapa menangis wahai Ummu Aiman, bukankah Rasulullah saw kini berada ditempat yang lebih baik?”. Ummu Aiman ra menjawab, “Saya mengetahui bahawa Rasulullah saw kini berada di tempat yang lebih baik, tetapi yang menyebabkan saya menangis ialah kerana Wahyu kini telah terputus (tidak seperti di zaman Nabi saw masih hidup)”. Apakah nikmat yang lebih hebat dari menerima kalam Allah swt yang turun dari langit, menerang dan membimbing, menegur dan memberi amaran, mendidik dan menguatkan jiwa hingga mereka menjadi Khaira Ummah Ukhrijat linnas (Umat yang terbaik yang pernah dikeluarkan untuk manusia). (rujuk kitab tafsir Fi Dzilalil Quran oleh Asy-Syahid Sayyid Qutb, surah Al-Alaq).

Tiada kesejahteraan dan kejayaan bagi masyarakat dunia dulu, kini dan akan datang melainkan hidup berpandukan Al-Quran yang diturunkan oleh Tuhan Maha Pencipta lagi Maha Bijaksana. Itu adalah keyakinan orang-orang yang beriman. Bahkan itu adalah kesimpulan orang-orang yang berpengalaman melihat dan mengamati kesudahan mereka yang engkar dan membelakangi undang-undang Al-Quran samada dikalangan orang-orang kafir atau mereka yang mengaku Islam.“Berjalanlah kamu dimuka bumi dan lihatlah kesudahan orang-orang yang mendustakan (Al-Quran) …” (Al-Quran).




  Photobucket

Kemalasan Tahap Gaban



GABAN?
Alamak, ape tu? mungkin adik² yg lahir 90-an tak tau, tapi kalo tanya yg lahir tahun 80-an mesti tau kan..laki ke pompuan sama je, dengan satria baja hitam lagi..


Sejak masuk bulan Ramadhan yg mulia ni, tahap kemalasan aku nak update blog semakin kurang, sebab busy kan, dengan masak² lagi sepetang, bangun sahur masak lagi, tangan ni dah tak daya nak menaip, makan daya la..

Pada yg berjaya memenangi 1st Giveaway by Purple-mommy tu, separuh hadiah dah di pos, ada lg beberapa org termasuk yg belum bagi alamat tu, sabar ye..

tengoklah, kalo rajin melampai, ai update lagi ye..

Papai

  Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik