Wednesday 25 December 2013

[Resepi] Fettucini Carbonara Homemade

Assalamualaikum.

Sekarang kan musim hujan petang-petang kan, jadi rosak diet i tau. Diet kunun-kunun namanya. Haha...kata diet tapi makan banyak! huhu~

Alkisahnya, i ni memang suka western food. Dari chicken chop, beef chop, hash brown, french fries, burger dll lah. Semua aku rembat. Jadi, tetibe rasa macam nak makan carbonara lak. Jadi, aku pilih nak buat Fettucini Carbonara.

Ini adalah fettucini
 Mula-mula, aku buat sos carbonara menggunakan sos prego sedia ada. Bahan-bahannya:-
  1. 1 tin carbonara sos Prego
  2. 6 stick isi ketam
  3. 6 ketul cendawan butang
  4. 1 keping cheddar cheese
  5. serbuk lada sulah, lada hitam, oregano
  6. 2 ulas bawang merah dan putih dipotong dadu
  7. 2 sudu minyak masak
Cara-cara:
  • Rebus fettucini sehingga lembut
  •  Panaskan minyak, masukkan bawang
  • masukkan isi ketam, goreng hingga masak
  • masukkan sos prego, cheddar cheese, serbuk lada hitam, lada sulah dan oregano dan cendawan butang.
  • masak hingga pekat.




Pada paginya pulak, aku buat lagi sebab fettucini ada lebih, dan sos prego dah abis. Jadi, aku guna je bahan-bahan sedia ada di rumah.

Homemade sos Carbonara;-

  1. 2 sudu minyak
  2. 2 ulas bawang putih dan merah dadu halus
  3. isi ketam, kepingan isi ayam
  4. 6 biji cendawan butang dihiris nipis
  • panaskan minyak, goreng bawang hingga wangi. 
  • masukkan isi-isi tadi, dan juga cendawan butang. Masak dalam 5 minit.
  1. 1 sudu butter
  2. 2 sudu tepung gandum
  3. 2 cawan susu segar
  4. 1 cawan air
  5. 1 kiub ayam
  6. serbuk lada sulah, lada hitam dan oregano
  7. 1 keping cheddar cheese
  • panaskan kuali, masukkan butter, masak sampai cair
  • masukkan tepung gandum, goreng jangan sampai garing
  • masukkan susu, kacau hingga sebati, masukkan air dan kiub ayam
  • masukkan cheese, lada dan oregano
  • masukkan bahan goreng tadi dan masak sehingga pekat.

 Western sangat lah kan, pastu aku terliur tengok laki aku makan nasi goreng dengan sambal belacan. huhuhu...

Photobucket

Sunday 22 December 2013

Bilik Tidur Impian

Hampa tau dak, nak habaq ni..rumah kami hat kat kedah tukan dah siap dah. Syok la, tapi tak tau bila buleh dok. La ni dok KK lagi, tak dapat pindah lagi. Ingat nak renovate skit² dulu, tambah dapoq dulu, tanam rumput hat elok² sket, bagi nampak cantik rata gitu.

Pastu aku ppon dok berangan la nak design rumah aku tu nanti macamana.. hikhik. Nak kena cari tema ni. Tapi aku berkenan sungguh design bilik ni, aku dapat dari designer terkenal iaitu encik gugel.

Cantik kan warna ni, aku pon tak tau nak klasifikasikan warna apa. Hijau ka, atau warna mint kan. Spring green rupanya.

Purple pon cantik, tapi mesti laki aku tak nak warna camni.

Merah pon awesome! Ni laki aku suka.

Hitam itu sangat menawan dan masuk dengan semua warna.

Nampak soft sangat warna ni kan.

Banyak design kita boleh buat contoh kan. Harap² semuanya berjalan lancar dan berjaya...hikhik.

Dream as if you'll live forever. Live as if you'll die today.

  Photobucket

Bila Loghat Kedah Di KL Kan

Serius aku menyampah betul bila jumpa kawan² aku yg asal usul tok nenek moyang orang Kedah tapi buat² tak ngaku. Mula² dulu jumpa kawan sekampung, p raya rumah dia, pastu tengah bersembang aku pk, "awat pelik sangat kawan aku cakap ni" Dia ni kawan sekolah rendah aku dulu.

Bila aku dengar baik² dia cakap gini:

"Aku balik semalam, tadi kawan² datang. Depe dah balik dah"

La, rupanya dia telah meng'KL'kan depa tu, jadi depe..huhu..aku nak tergelak tapi cover.. hhaha..

Jiran aku dulu pon sama, baru 6 bulan p KL, balik comfirm la cakap KL. Sekali mak dia gtau jiran², "Dia dok KL tak cakap Kedah, tu yg tak reti dah la ni cakap Kedah lagu mana"..

Aku rasa nak muntah pon ada, 6 bulan ja dok KL hampa dah tak tau nak cakap loghat Kedah yg hampa guna dari lahir..penipu!

Baru² ni pon, aku jumpa sorang makwe ni di LCCT, baru balik dari Beijing, p satu family. Dahsyat!! Keja bank. Aku sembang punya sembang, bila dia tau aku orang Kedah, dia pon cakap dok Kedah. Ingat nak speaking la, jumpa orang kampung, tapi dia masih cakap KL. Aku follow. Sebab dia jenis pindah randah, sekali mai adik dia cakap pelat Kedah pekat punya, yg aku pon terkejut.. dan kakak dia still cakap KL, dgn menggunakan depe ;)

Wake up Kedahan!! Proud of you! i'm proud to be Kedahan. Tak semua orang 'lepas' cakap Kedah tau!



 Photobucket

Bilik Lama Nampak Baru...weehuu

Salam semua,

Fuhh..lega semua dah selesai. Tiba² ja aku aritu, cakap kat suami kat asingkan tempat tidur anak² aku. Yelah, tahun 2014 nanti aqil dah masuk 6 tahun, afiy dah 4 tahun. Dua² lelaki lak tu, takkan nak berkepit tidur ngan mak ayah lagi kot. Kalo sekarang x biasakan depa, bila lagi kan.

Jadi, aku cakap kat hasbend, jom pi tengok katil, kot² ada murah, skang kan hujung tahun, selalu ada YES. Rumah aku ni apartment 2 bilik ja, jadi bilik utama mestila tempat tidur 4 orang kami, tempat ada almari baju aku, baju laki aku, rak² baju anak, bakul baju kotor dll. hahaha...nampak, sangat multifunction tau bilik kami. Disebabkan terlalu multifunction, maka terjadilah mcm ni.

Sumber google
Jadi, kami pon p la kedai perabot, dgn harapan mencari katil bajet yg boleh..hahaha..Nasib baik, YES ada. Dapatla beli katil anak bujang aku saiz queen, harga RM288 dan katil aku harga RM188. Disebabkan dapat katil under bajet, aku dgn riang menambah item almari dapur jugak RM199. Untung mak jem tau..



 Dalam dok kata cukup tu, aku p tengok almari dan terbeli la pulak almari 6 pintu lagi..hamek kau! Gantikan almari baju aku yg 3 pintu tu. Jadi, dapatlah aku minima kan rak² baju anak² aku.Jadi sekarang baru la nampak bilik kami da ruang sikit..

Lupa pulak aku nama kedai perabot tu, tapi memang bestla, sebab semua murah² dan free delivery ;p insyaAllah next month bajet meja makan lak. Nak tukarkan meja jepun kami tu pada meja makan sebenar.. yehuuu!


 Photobucket

Friday 20 December 2013

Jalan-Jalan Tanjung Dawai & Pantai Merdeka

Assalamualaikum semua,

Korang pernah dengar tak Tanjung Dawai dan juga Pantai Merdeka? Bagi org Kedah, memang dah biasa la kan dengan tempat ni, tp bg negeri lain, bolehla datang jalan² sini.
 
Tanjung Dawai terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Sungai Petani berada di Kawasan Parlimen Merbok iaitu bagi Daerah Kuala Muda di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. merupakan kawasan yang terkenal dengan makanan laut. Antara kawasan yang terdapat di Tanjung Dawai ialah Kampung Bagan Belat, Kampung Sungai Pial, Bagan Asam, Kampung Nelayan, Telok Bala, Kampung Segantang Garam dan lain-lain lagi. (sumber wikipedia)
 
Tapi, kami dari Sedaka, jadi perjalanan lebih dekat, dalam 30 minit dah sampai sini. Apa yg ada? Sumber laut macam keropok, ikan kering, udang, sotong dan banyak lagi.

Tengok, di antara pusat borong makanan laut, macam-macam ada.

 The girls in the house...girl lah sangat. Tudung oren tu biras aku, kenduri tahun lepas. Dorang dah saling kenal-mengenal sebab sama sekolah dulu.

Kat Tanjung Dawai juga ada sediakan bot tambang untuk ke Pantai Merdeka, tak mahal pon. Cuma RM2.00 sekepala. Dekat je sebenarnya, dalam 5 minit dah sampai seberang sana.

 OK, ini suami isteri. Belum pon setahun kahwin, jadi mesti jalan kepit². Yang baju biru tu aku, dah bertahun-tahun kahwin, nak jalan berkepit-kepit dah tak dapat, kat tengah² nanti datanglah kedek² 2 orang budak kecik tu.

 Baik, ini anak² dara iaitu adik² ipar aku, kena jalan kepit² dengan mak tau. Jangan jauh²..

 Ini aku, amik gambar full kaki kena silang dan kepit macam tu. Supaya kelihatan lebih kurus dan kegemukan peha dapat disembunyikan...bhaha...berat naik mencanak weh..

 Dalam bot nak balik Tanjung Dawai dah, aku mestilah sentiasa senyum semanis mungkin sebab nak kejar laki aku. Dia kan juru gambar kami.. huhuhu


 Adik² ipar perempuan ni kembar tak seiras.

 Artis ni.. sebot ngan kami pulakk.. hikhik

 Ini suami aku, janggut tu aku suruh potong, sebab nanti risau perempuan² kat luar tu terkejar-kejar lak nak jadi isteri keempat, dorang ingat ustaz azhar idrus lak..

Photobucket

He's My Abah..


 Aku pon dah tak ingat bila kali terakhir bergambar dengan abah. 

Dear abah, i'm glad when i see u there, hear your laugh, hear your voice. Awesome guy that i've ever had. Thanks abah, for being my abah, forever and ever.. love u so much

Abah,
A great many thanks for all you have done
Without you my life would not have begun
You have been there when I most needed you
You have helped to guide me my whole life through
We have shared both the good times and the bad
But most of all, thank you for being my abah
I love you
Sincerely love,
-Your grow up daughter-

 
Photobucket

Thursday 19 December 2013

Suka Hatilah Ape Korang Nak Komen

Hai semua!

Tajuk entry kali ni panjang sket ye, selalu pendek dan padat. Sebenarnya aku ni takdelah selalu check sangat komen² kat entry aku ni. Tadi baru je terbaca, dan aku rasa korang ni kelakar dan menyeramkan betul.

 Komen ni aku copy dari ruang Tentang Saya iaitu biodata aku. Ko nak buat apa dik copy mende tu? umur pon aku belum edit, ko dah nak copy. Tunggu akak copy dulu ye.

Pada adik ni, kalau tak tahu nak copy, cer search di google. Dan sebagai wanita dewasa, ehem ehem.. aku nak cakap sketlah, harap² ko ni bukan orang Melayu, sebab orang Melayu penuh adab dan budi bahasa, kalau tak tahu kena tanya, kalo malu tanya ko taip.



 Photobucket

Wednesday 18 December 2013

Melawat Snowalk, I-city

Assalamualaikum

Bertemu kembali! Selamat datang ke blog saya ni.. hihi..baru ada kesempatan nak update, sambil anak² berlari ke sana-sini..huhu.

Alhamdulillah, cuti ni berkesempatan singgah sebentar di KL, bawa anak² jalan. Takdelah jalan banyak pun, cukup sekadar melawat Aquaria & I-city, Shah Alam. Tu pon, terpaksa cover 2 tempat ni dalam masa 1 hari. Fuhh...penat!

Kami naik komuter dari KL Sentral ke Padang Jawa, kemudian amik teksi ke I-city, tambangRM15.00. Pemandu teksi kata, kalau amik teksi I-city pon ada, tapi harga mahal sikit la, dalam RM30 gitu. Jadi, kami ambik ja nombor telefon pacik tu.

Harga tiket dewasa = RM25.00
Harga tiket kanak-kanak = RM20.00



Masa entrance, teruja giler anak² aku nak masuk. Aku? Lagilah teruja, sebab percutian kat sini aku lah yg rancang dan paksa laki aku menuruti kemahuan aku ni..bhaha..

Kami sampai dalam jam 3.00 petang, jadi tak berapa ramai orang sangat, ramai orangkata p icity ni sangat cantik bila malam, tapi ada aku kesah! Kalau nak tengok lampu² di pokok tu kat Perdana Park pon ader.. Masuk perkarangan icity adalah percuma ye, tapi kalau nak masuk setiap tempat tu kena bayar tiket la.
 

Baju jaket memang disediakan free of charge je kat luar, locker jugak disediakan. Aku nasihatkan korang siapkan barang² yang nak dimasukkan ke locker ni siap², contoh bayarkan dulu duit sewa kasut, RM20.00 setiap pasang, dan akan dipulangkan RM10.00. Kiranya caj sewa RM10.00 la sepasang. 

Macam aku, kan ke 1st time, jap² aku mintak buka, amik duit. Pastu dia kata 2 hinggit! Eh, aku cakap kan ke laki aku dah bayarkan. Dia cakap tiap kali bukak 2 hinggit! bongok tul, kalo 4 kali buka RM8.00 kan..

Tengok keterujaan muka aku. Yelah 1st time pegi tempat sejuk. Selalu pegi kundasang angin je sejuk. Kasut tu aku punya sendiri! Kalau korang tak tahan ais batu, silalah sewa, tahan sikit, leh dok lama² dlm tu. Ini kalau pakai kasut macam aku, konon² tutup tapi masuk juga ais batu sagat tu, beku kaki aku.

Sarung tangan juga ada disewa, tapi aku type kedekut, aku beli untuk aku dan anak² aku kat Daiso, sepasang RM5.00 jadi save sket kan. Lepas ni boleh pakai lagi!

Aqil, anak sulung aku excited nak main salji. Sekali masuk dalam dia takmau duduk, dia cakap takleh nafas, hidung beku. Dia tak tahan sejuk rupanya. Dalam 15 minit ja dia dah keluar, aku masih lagi bawa Afiy jalan² sambil amik gambar.


Adham Hafiy steady der!!


InsyaAllah,  lepas ni ada kesempatan boleh pegi lagi. Seronok juga tengok² tempat orang, macam pelancong pulak aku kan. hihihi..kalau korang nak tau, aku ni memang kuat jalan², kalo husband ajak pusing² Kedah tempat lahir aku tu pon aku teruja! 

* Aku dalam proses menurunkan berat badan sekarang sebab BMI dah lari, berat dan 56kg! Tunggu progress aku ye kalo menjadi.
** psst...aku tengah merawat kulit wajah aku ni dengan pemakaian Tabita Skincare, baru 2 minggu lebih, kalo jadi cun nnt aku buat testimoni ek!! hikhik
Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik