Tuesday, 2 April 2013

Beg & Kasut

Salam semua,

Selamat hari Rabu. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar pada minggu ini. Kelam kabut sikit2 di pagi hari biasalah kan, tambah2 ada anak2 kecik ni.

Pagi ni, aqil bangun nak ibu jirus mandi, ibu okey je. Pastu dia nangis cakap dia ngantuk, kemudian pujuk2 la suh dia tido balik masa dalam kereta, dia nangis lagi sebab dia cakap ngantuk dah hilang. Alahai anak ibu, luculah!!

Tapi aku bukan nak kisahkan tentang anak, tapi nak cerita tentang bag dan sendal aku. Cer korang tengok beg tangan aku tu ye, bukan lapis2 badan aku tu..huhuhu.. dah terkopek sana sini, dengan zip rosak lagi. Kalo time pegi bayar kat mall ni, tanggapan pertama mesti orang kata aku takde duit, beg pon koyak2.



Aku rasa beg aku ni dalam 1 tahun lebih jugak la. Macam sendal aku kat bawah ni, Crocodile je pon. Lamajuga guna, yg sebelum nu aku pakai sampai makan tapak dia, baru aku buang, tu pon sebab dah tak balance bila pakai. 


 Asyik2 nak beli je, tapi bila pi kedai nak beli, rasa sayang sangat2 kat duit tu. Sebab benda tu leh pakai lagi, leh guna lagi. Tapi aku suka dengan sikap aku yg ni. Lagi boleh pakai, kita pakai dulu, sampailah dah takleh pakai langsung baru beli baru.

Mungkin sebab aku telah dilatih dari kecik, aku selalu jarang dapat apa yg aku nak, sebab aku ada 2 lagi kakak, keluarga pulak bukan orang senang, bapak takat meniaga di pasar malam je. Bila kakak2 aku dapat, aku tumpang tengok, tumpang guna, tumpang2 je lah. Kalo tak pon aku tunggu sampai dorang dah tamau guna baru aku amek. 

Contohnya dulu masa kecik2 glamer pasal walkman. aku pon nak gak, tapi dah mak aku beli kat 2 org kakak aku, takkan aku nak merengek nak jugak, penampaq sedas laju2 baru tau. Aku tunggu je lah sampai depa takmau guna, last aku beli bateri & earfon je, haha leh gak dengar walkman.

Tak macam budak2 sekarang, nak je mesti dapat, bertuah k. Masih kat U dah leh pakai iphone latest punya. Aku dah keja ni pon nak beli smart phone ni pk sampai 50-60 kali..aduss! Susah nak cari duit ni, ingat senang orang nak bg kita free2 walaupon RM1.00.

Sekian, terima kasih.

Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik