Monday 29 April 2013

Hadiah Pertama Aqil

Salam semua,

Selamat menyambut Hari Pekerja..

Cepat masa berlalu dah masuk bulan Mei kan, lagi 2,3 minggu dah cuti sekolah. Plan nak pi Brunei, terus masuk Miri, harap² tertunailah. Tapi nak gi Tawau lagi, melawat kawasan Lahad Datu tu...hehehe

Dua tiga hari lepas, anak² aku ada ikut abah dorg gi kedai, jadi dah balik tu afiy biasalah bawa cekeyat, aqil dengan feberet dia kotak yg ada gift tu. Membazir tul, tapi bila pikir² balik, budak² memang mudah tertarik dengan benda² jajan cam tu. Aku dulu pon kalau gi kedai mesti beli Tora, Ding Dang, atau Alibaba. Tapi masa tu 30-50 sen je. Sekarang ni Tora tu dah RM1.20, kalo kotak² gambar Ultraman, Robot tu lagi lah sampai Rm3-4.. Kena keja keras la ibu camni beli mainan kat anak²..huhuhu..

Berbalik pada cerita aku tadi, excited aqil balik, lepas 5 minint dia datang panggil ibu kat dapr, dia cakap ada hadiah untuk ibu.

"Nah, ni hadiah untuk ibu. Aqil bagi..."

Oh sooooo suwiiiittt handsome boy ibu, aqil bagi rantai dengan loket lagi kat ibu. Dia sarung kat kepala ibu, pastu cakap, "oh! tak muat, mungkin kena letak di tangan"...hahaha



 Gambar yg aku post dalam instagram ;p thank you sayang! At least aku tau yg anak aku tu dah belajar cara menghargai orang di sekeling. Alhamdulillah...

p/s : pening dok pikir hadiah apa yg sesuai untuk suami tercinta sempena birthday beliau..huhu
 





Photobucket

Saturday 27 April 2013

The Most Beautiful Woman 2012

Salam semua,

Sempena Iron Man 3, korang tau tak actress Gwyneth Paltrow telah dinobatkan sebagai The Most Beautiful Woman by People magazine. Pada 2012 juga, People magazine juga memberi gelaran The World's Best-Dressed Woman. Walupon Gwyneth Paltrow telah berusia 40 tahun dan mempunyai 2 orang anak, tapi tetap cantik kan. Jadi, wanita-wanita Malaysia, umur bukan menghalang untuk seseorang kelihatan cantik ye!

Jom layan gambar Gwyneth.





p/s : Jom tengok iron man 3 ;)

 Photobucket

Sunday 21 April 2013

Gwiyomi Kiyomi

Good Morning Monday!

Gwiyomi? ape tu? nak tengok ahkak ni buat gwiyomi tak? huhuhu.. kalau ahkak buat pon untuk tontonan diri sendiri je lah, dari dapat ribu² dislike di youtube..

Gwiyomi tu lebih kurang macam tarian comel la, asal dari Korea. Hanya gerakan tangan dengan aksi² wajah yg comel.. tak taulah comel ke tak..untuk budak² sekolah mungkin rasa sangat comel la kot, untuk org² dewasa ni mungkin tidak lagi comel. Aku nak tunggu si Bobo ni buat Gwiyomi, comel ke tak..

Gwiyomi dari Wawa Zainal

Yang ni pon best

 Cute kids.

Nak belajar cara-cara nak nari Gwiyomi ni, jom belajar sini.


 Photobucket

Tuesday 16 April 2013

Tips Pemilihan & Penggunaan Syampu

Salam semua,

Kadang² aku pk maksud wordless wednesday tu..adakah kita kena kurang bercakap di hari Rabu? aku paling suka ni hari Rabu, enjoy je depan leptop ;)

Sempena hari Rabu yg best ni, aku nak kongsi dengan korang beberapa tips untuk memilih & cara penggunaan syampu yg betul? Bersediakah anda semua??? Yeahhhh!

Tips² ini sangat sesuai untuk mereka² terutamanya kaum Hawa sama ada yg berhijab atau free hair ok. Haa, nak pilih syampu bukan kerana jenama tau, ada yg pakai syampu cap ayam je, tapi sesuai dengan rambut. Kalau tersalah pilih, kang nanti makin teruk masalah rambut. Makin mengerbang pulak...hehehe..


Tips 1 : Pilih Syampu Ikut Jenis Rambut

Kalau jenis rambut yang tebal dan kasar, pilih syampu yang sesuai untuk rambut yang tebal, atau yang sesuai untuk kulit kepala berminyak. Sebabnya rambut yang jenis tebal lebih mudah untuk memerangkap minyak dan kotoran yang terlekat di kepala.

Untuk yang gatal-gatal, atau yang selalu stress atau migrain, sesuai ambil syampu yang ada "cooling effect".





Tips 2 : Pilih Syampu Yang Menggunakan Bahan-Bahan Semulajadi

Bila kurangnya penggunaan bahan-bahan kimia, rambut kita ni lebih sihat dalam jangka masa yang panjang. Pilih syampu yang ada bahan-bahan semulajadi seperti aloe vera (lidah buaya), lavender, minyak kelapa dara dan sebagainya, yang digunakan juga dalam rawatan rambut tradisional.


Tips 3 : Syampu Untuk Kulit Kepala, Perapi Untuk Rambut

Kalau yang nak pakai syampu dan perapi (2 in 1), anda disyorkan pakai bagi jenis kulit kepala dan rambut yang normal. Kalau yang nak pakai syampu dan perapi asing-asing, sesuai untuk rambut yang jenis kasar dan tebal.


Tips 4 : Cuci Rambut Setiap 2 Hari Sekali

Cuci rambut setiap 2 atau 3 hari sekali dah memadai. Sebabnya rambut kita ni ada "minyak semulajadi" yang buatkan rambut kita tampak licin dan bersinar. Kalau dicuci setiap hari, lama-lama nanti minyak ni akan berkurangan dan buatkan rambut jadi kusut dan tak bermaya. Kalau betul-betul kulit kepala berminyak, boleh syampu sehari sekali.
Kalau yang nak cuci rambut sebelah pagi, boleh cuci 2 jam sebelum pakai tudung, biarkan rambut betul-betul kering.

Cuci rambut sebelah petang atau malam seeloknya, selepas balik kerja atau outing siang hari




Tips 5 : Syampu Rambut Ikut Cara Yang Betul

Okay yang ni ramai tak tahu macamana nak guna syampu dengan betul. Mula-mula basahkan rambut dalam seminit. Gunakan air suam, tak terlalu sejuk atau tak terlalu panas. Letakkan syampu pada tangan, ratakan pada kulit kepala, kemudian boleh urut gunakan jari dalam bulatan. Selesai bersyampu, boleh bilas rambut dan kulit kepala. Mudah kan? :-)
 


 Photobucket

Little Party for Afiy

Salam semua,

Sempena birthday afiy yg ke-3, kami anak beranak gi sambut kat Secret Recipe. Yg lawaknya, amik afiy terus gi SR, kat nursery bg pakai baju buruk² je, pastu mak die lupa bawak baju comei cam kak ton..hahaha

Bila tanya dia nak hadiah apa, dia cakap nak hadiah cekeyat (coklat)..huhu..save duit mak kau dik..tapi maknya tak kedekut sangat, beli gak la mainan telefon² tu, sesuai la ngan umur dia..

Mengepaw poket encik abah ;p jangah marah ye abah, setahun 4 kali jer ;p aku order Frosty Lemon Tea..abah punya Apple juice kot.. Pastu dengan excitednya aku order 3 Cheeses Spinach Lasagna.. puii, tak sedap langsung. Gila tekak belacan aku nak makan vegetarian food. Sayur pon kuis tolak tepi piring, ada hati nak makan sayur-sayuran.. 

Terpaksa aku cedok sikit² Spaghetti Aglio Olio encik abah ye..hehe..dengan udang besar, sotong besar, pedas² lagi..sedap ;) Untuk kek lak kami amik sepotong ja iaitu, Durian Cheese. Memang rasa durian sangat sampai geli tekak, sebab durian + cheese weh... terasa lagi kegelian kat tekak aku ni..

Untuk budak² ni aku order dan encik abah bayarkan Mini Burger For Kids.. dorang tak makan sangat pon, aku je yg over..
Birthday boy
Wajah 3 Cheeses Spinach Lasagna
Amboi,..gelak besaq ko dik!!
Abang aqil dengan aksi ninja..hensem anak ibu

** Happy birthday utk adik. Ramai lak yg lahir 15/4 ni, panjanglah doa mak ko nanti. Sama ngan hari lahir anak Fasha Sandha, birthday Zizan lagi. Semua retis ye.. 

Photobucket

Mati Awal Jika Kerja Jauh??

Salam semua,
Sambil melayan blog hiburan Beautifulnara tadi, tentang Zizan dah ade buah hati, abesla wanita² dan gadis² yang menaruh harapan tu...hehehe.. nampaknya takde harapan la ko Zizan nak menang ABPBH tahun depan, rating jatuh la. Lari semua gadis² yg termimpikan Zizan tu..

Takde aku kisah, lantaklah artis² ni nak kawen dengan sesaper pun, asalkan aku dan laki aku bahagia... tapi bukan aku nak criter pasal Zizan, aku nak kongsi sesuatu yg aku dapat dari FB aku tak sat je. tajuk besar² tulis:

"MATI AWAL JIKA KERJA JAUH"


Gilos tak terkejut..aku ulang alik dari rumah ke sekolah (tempat keje) hampir 100km sehari tau. Pi 49km, balik 49km kadang² lebih sebab singgah pasaraya la, beli nasi kerabu la.. tulah tahun ni aku mintak tukar, moga² murah rezeki aku, teringin jugak nak antar anak gi kelas mengaji, aku ni nak ajar dorang malas sesangat. Main² je depa, kang aku cubit la tu.

Difokuskan kat keratan akhbar tu, mereka yg ulang-alik jauh akan mudah kena tekanan darah tinggi, jantung dan tekanan perasaan. Juga boleh memberi kesan pada hubungan kekeluargaan terutamanya pekerja wanita. (akulah tu!!!)

Namun,haaa...nasib baik ada namun.. kajian ini menyatakan masalah ini lebih banyak terjadi pada wanita yg berpendapatan rendah atau berpendidikan rendah.. Wooo..nasib baik aku berpendidikan tinggi..hahaha..cehh, perasan & berpendapatan tinggi tapi kurang cukup ;p

Kenapa wanita? Dinyatakan kerana wanita mempunyai tanggungjawab yg lebih berta berbanding wanita, kerana lepas kerja ada tanggungjawab di rumah pulak. Kan kan...hehehe
 
Photobucket

Saturday 13 April 2013

Berkongsi itu Nikmat

Salam semua..
Ada x yg amik exam PTD mcm aku tadi? Ada yg tnya aku nak tukar profesion ke? Hehe..sebenarnya tak berniat pon, tapi kalau ada rezeki alhamdulillah. . Ianya lebih kepada memberi cabaran pada diri sendiri.  Memang mencabar gak tadi, seksyen A tu aku takde langsung yg aku yakin, pengetahuan am aku memang ke laut.  Kalo ada soklan pasal cuci piring ka, blog ka, resepi kek ka, mungkin aku lulus kot..hehe. tu je lah yg aku expert.

Bahagia kan bila kita boleh buat apa yg kita suka kat dunia ni. .hmmm..

Manusia ni lemah, kadang2 apa yg kita suka buat tak semestinya orang suka. Sebab tu lah Allah tetapkan kita bertemu jodoh dengan org yg boleh menerima kelemahan kita. Kalo tak dapat terima memang susahla kita nak bahagia.

Mcm aku suami isteri,  aku hormat apa yg laki aku suka. Dia suka main game di iphone & ipad, aku paham sbb aku pon suka. Aku terima bila dia suka beli gold, dan pada masa yg sama aku harap dia redha dgn ketakjuban aku pada tudung Fareeda.  Sekarang je pon, tu pon sbb anak2 dah besar, gaji dah naik sikit. Dulu dusah, rasa mcm nak buat entry pasal kesusahan kami dulu..nantilah..

Aku pon tak kisah dgn hobi laki aku, contohnya main bowling. Bila free kami pegi main sama2 bawa budak 2. Enjoy sama 2. Kadang dia p tournament, aku ok ja. Kot2 la balik bawa hadiah. Bila aku tak kisah dgn hobi dia, aku pon harap laki aku tau apa hobi aku. Contoh tulis blog.  Aku tak suruh pon nuffnang bayar aku ribu2, cukuplah aku dpt isi masa lapang aku dari dok tidoq saja. Aku tau laki aku tak baca pon blog aku ni, dan aku tau dia mmg tak baca. Aku cepat lupa, jadi bila tulis di blog, leh la aku ingat kisah hifup aku time tua2 nnti. Sekarang ni pon aku x yakin aku boleh temsn laki aku dak main boling,  tangan kanan ni mcm ada masalah, lenguh ja. Beru2 ni sakit sampai efect belakang, solat pon payah. Doktor cakap masalah muscle, ntahla harap takde apa la. Nak guna lg tangan ni.

Pikir2 risau gak, nnti sapala nak dukung anak2 ni. Nak angkat aqil lg nnt dua balik sekolah tidoq lan keta. Adui...

Pointnya di sini, berkongsi itu satu nikmat. Tambah lagi kalo kita kongsi dengan org yg kita sayang. Belajar terima jika itu keistimewaan atau kelemahan masing2.

Masa Susah Dulu

Hidup ni ibarat roda, sekejap di bawah sekejap di atas. Tak selalu kita di tempat yg sana dkm satu masa. Namun, tak semua dapat menerima dengan redha masa susah yg datang. Percayalah, susah itu sebenarnya sangat manis.

Aku dan suami pon penah susah. Sangat susah. Tahun 2008 aku datang Sabah. Pregnant 3 bulan bawa bagasi lebih dari 30kg naik bas dari KL Sentral sorang2. Tabah k, aku bg semangat sirang2. Transfer dari KL sbgai kerani N17, gaji dalamRM920 kot basic.  Cukup masa tu, syukur.

Tahun 2009, dah bersalin dlm 4 bulan dapat offer jadi cikgu. Syukur..dapat elaun Rm1200 sebulan. Bila mula kerja, aku sedar semua ni tak cukup. Dengan gaji tu nak bayar loan RM300, nursery RM300, kereta dan minyak lagi. Kos sara hidup suami yg jauh di pedalaman.

Defisit ok, negative. Tapi orang x nampak, orang tak tau. Nasib baik myvi save minyak. .huhu..bahet RM50 ja ye untuk minyak ulang alik kk-tuaran. Aku bajetla, kalo rasa tak cukup aku skip la 1 hari, ponteng hari Khamis arau Jumaat. 

Orang cakap belakang,  aku tau. Macam2 tapi redha je lah. Nsb baik GB ok. Nak suh aku mintak duit kat family aku? Ego beb...haha. aku tau rezeki itu akan datang, kalau tak datang aku cari lah.

Bukan tak penah aku jual rantai kaki aku yg dah putus tu, dapat RM300..masa tu Jumaat. .ingat nak bagi husband sikit, isi minyak sikit. Susah tau..tambah2 masa Aqil 7 bulan aku pregnant..rancang yg tak menjadi...huhu

Pernah aku & suami rasa mcm tak nak lagi, tapi teringat kata kawan aku dulu, jadi teruskan je melahirkan dia. Alhamdulillah baik anak aku ni. Sopan je dengar kata.

Jadi nasihat aku, jgn sedih bila kita susah, insya Allah akan datang senang di kemudian hari. Walaupun tak melimpah ruah, cukuplah sekadar mencukupi. .

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik