Monday 30 September 2013

[Resepi] Kek Lapis Cadbury

Assalamualaikum wbt

Dalam sibuk² ni, sempat lagi aku buat kek kan. Sebenarnya banyak btul draft dlm ni, tapi tak terbuat. Kadang² semangat naktaip, internet pulak slow. Nak buat macam mana, di sabah pon sekarang cuaca tak berapa elok, dalam tengah dok panas tu hujan lak turun. Kuasa Allah..

Hari ni aku nak share resepi kek lapis yg aku buat hari Jumaat malam Sabtu lalu. Semangatnya lain betul, sebab ada kawan di sekolah bawak, tapi masak secara kukus. Ramai cakap senang je buat. Aku terusa, terus search.

Sebenarnya nak buat kek lapis ni, bahannya mudah sangat. Kalo rajin mengukus lagi mudah kan. Tapi kadang² renyah sket kukus ni, nak kena tambah² air, dahla periuk kukus ku 22cm je, tak muat loyang 4 segi. Alu pon bakar je, risau jugak sebab takut hangit bahagian bawah, rupanya tidak.


  Takdelah cantik mana pon, Baru pertama kali buat kan. Nampak macam comot, tapi sebenarnya aku potong masa panas² lagi ni..hihi..tak sabar nak rasa sebab 1st trial ;p teruja melampau! kalau tahan sket lagi kan, masuk freezer baru potong, lagi cantik.
Tips membakar Kek Lapis:
Untuk layer pertama, bakar gunakan kepanasan 160 darjah api atas dan bawah selama 7-10 minit ikut kepanasan oven masing². Untuk layer seterusnya, gunakan api atas sahaja, kurangkan kepada 150 darjah. Baru tak hitam.



Bahan² :
  • 450g mentega berkualiti tinggi *aku guna 454g mentega fernleaf
  • 120g tepung hong kong / tepung gandum *aku guna 120g tepung gandum sahaja
  • 220g gula halus *aku guna 180g gula castor
  • 10 biji telur *aku guna gred C
  • 100g tepung biskut marie *blend sampai halus dan tapis
  • 65g serbuk horlicks *tapis
  • 50g serbuk santan (1 peket)
  • 300g susu pekat manis
  • 2 bungkus kepingan coklat Cadbury
  • pewarna kuning, merah dan hijau


Cara²:
  1. Putar mentega dan gula sehingga putih.
  2. Masukkan telur dan putar hingga sebati
  3. Masukkan tepung, horlicks dan tepung biskut merie. 
  4. Kacau hingga sebati.
  5. Mulakan dengan baca bismillah
  6. Masukkan 4 sudu besar adunan, layerkan nipis sebagai lapisan pertama. Jangan risau bila adunan nampak tak sekata, nnt dah masak nampak smooth je.
  7. Pada layer ke-3, susun coklat cadbury secara rawak atau susun dengan cantik. Ulang sampai abis adunan.
  8. Untuk layer terakhir, gunakan api atas bawah, bakar selama 10 minit.
Photobucket

Saturday 14 September 2013

Kek Cheese Lapis Biskut

- Assalamualaikum wbt -

Selamat menyambut Hari Malaysia!!

Semalam ada rumah terbuka penjara Kota Kinabalu, jadi encik husband aku dah kuar rumah dari jam 6.30 pagi lagi...sibuk betul lah dia kan, jadi aku pon menyibukkan diri petang semalam buat kek keju lapis biskut ni. Senang sangat dan superb kesedapannya tau..

Sebelum tu nak cerita la sket, aku ni takde lah nak sangat meniaga kan, tapi kadang² bila aku buat kek pastu kawan² nak order aku terima je. Yang aku nyampahnya, bila kita jual kawan² cakap 'bagilah resepi, taknak beli!'..

Ini bukan kedekut ilmu, bila kita kawab, akak cari je kat internet kak, banyak betul. Dia boleh jawab, 'malasla mas, mas je lah bagi!!!'  aku rase org² macam ni takde kesedaran sivik, tak pon kesedaran diri. Yelah, ko taknak beli ade aku kisah, tapi usaha lah sendiri kan. Aku pun usaha cari kat internet, poyo² menyalin bagai. Try and error tak leh kira ngan jari dah, yg humban masuk ciktong pon lambak².

Dah puas aku luah perasaan ;) kalo uols ni kawan² sekampung tu, haraplah memahami ye ;p

Baik, dah ramai yang buat kek cheese ni sebenarnya. Tapi resepi asal adalah menggunakan biskut salted cheese keluaran Kong Guan. Tapi, hanya terdapat di Sarawak sahaja. Jadi, aku dah cuba buat menggunakan biskut Jack n' Jill, yang nipis tu, tapi tak jadi. Aku rasa mungkin sebab biskut tu tak serap air, jadi keras. Kebetulan tume ni aku jalan² di Parkwell Likas, terjumpa plak biskut ni. Imported jgak aku rasa. Harga RM5.99 sebungkus, agak besar la. Sangat sedap biskut sugarfree ni, korang pernah rasa bila kita makan biskut yang rangup dan panas²  dalam mulut tu. 


Inilah biskut tu, nama Soda Cracker. Makan macam tu je pon sedap. Tambah² bila buat cheese cake ni, lagi lah sedap. Rasa melting je tau. Baik bahan² nye ialah :

Bahan² (untuk buat loyang 4 segi sederhana kecik) :
  •  1 bungkus biskut *guna dalam 3/4 je
  • 250g cream cheese
  • 1/2 tin susu pekat
  • nestum
  • secawan susu segar / bancuhan air susu
========================
- putar cream cheese sampai creamy, masukkan susu pekat.
- lapiskan loyang dengan plastik wrapping
- celup biskut dalam susu segar atau bancuhan air susu, dan susun dalam loyang.
- sapukan cheese nipis², tabur nestum
- ulang sampai habis cream cheese.
- sejukkan dalam freezer lebih kurang 1 hari
 

Sebenarnya aku tak letak nestum pon, sbb tak beli. Masa layer pertama baru ingat nestum, dah malas nak gi kedai, layer je lah sampai abis. Next time buat lagi baru tambah nestum kan ;)

Cara potong kek cheese ni agak rumit kan, salah potong terus berserungaih* (comot).
Jadi, aku nak bagi tips sket, mula² panaskan pisau dalam 5 saat, baru mula potong. Baru lah kek tu tak comot².. hihi, alkisahnya aku nampak husb aku potong kek ni guna spatula aku tadi...bhahaha.. tapi salah aku jgak, apesal tak tolong dia potong kan!! hihi

SELAMAT MENCUBA!




 Photobucket

Wednesday 11 September 2013

5th Years Old Boy

Alhamdulillah..
Syukur sangat pada Yang Maha Esa, diberi kekuatan dan semangat yg sangat kuat untuk hadapi liku² hidup ini. Bahagianya seorang wanita apabila berada dalam sebuah keluarga, mempunyai suami yang baik, dan dikurniakan anak² yang sangat comel ;)

Intro yang sangat feeling! hihihi

Tanggal 11 September, anak sulong aku dah berusia 5 tahun. Alhamdulillah.. dah semakin besar anak ibu. Dah semakin tinggi, handsome, sweet je. Anak aku memang sweet, manis je bila dia senyum. Macam aku. Abah dia comel ;p kihkih

Aku pon plan la nak buat kek, dah memang hobi aku kan. Jadi, lepas balik jaga exam UPSR, singgah kedai beli telur, tepung gandum, tepung jagung dan susu. Plan nak buat kek karamel & juga kek birthday. Pesan lagi kat husb belikan gula kastor.

Plan pertama menjadi, kek karamel sedap dan cantik macam biasalah kan..huhu.


 Lebihan bancuhan tepung, mungkin loyang kecik, jadi aku buat cupcake 


Plan ke-2, buat kek birthday Aqil. Jadi, aku dah search nak buat checkered cake, jadi masa pukul marjerin+gula castor+telur, adunan pecah minyak! Aku pon pelik takkanlah jadi macam ni, takde pon aku menumis. Tapi azam yg kuat aku teruskan juga dengan hati yang resah.

Masa bakar, naik elok. Tapi tekstur kasar. Hati tetap rasa tak sedap! Gagahkan jugak, teruskan misi, pukul whipping cream sampai kental, masukkan pewarna hijau. Cantik je kan, dah melayer, tak perasan kek tu betul² di penjuru meja. Sedar² je dah kat lantai kek tu! Patut la aku rasa tak menjadi dari awai lagi. Rezeki ciktong la nampaknya!

Kebetulan hari ni, aku jaga exam cuma 1 paper, sampai jam 9.30 pagi je. Terus p kedai kek, beli sebijik, hantar kat tadika dia. Kesian sangat, dia tagih dari malam lagi. Siap cerita, dia dah bagitau cikgu dia nak bawa kek. Hihihi..



Time flies so fast you have become a lot bigger and a lot stronger. But no matter how big or strong you become, you will always be my baby. But since it’s your birthday, - See more at: http://happy-birthdaywishes.com/BirthdayWishesforSon.html#sthash.AIy9kZd5.dpuf


Time flies so fast you have become a lot bigger and a lot stronger. But no matter how big or strong you become, you will always be my baby. But since it’s your birthday,

SELAMAT HARI LAHIR ANAK, SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH!


 Photobucket

Tuesday 3 September 2013

Bread Pudding Choc Chip with Sos Custard

Assalamualaikum semua,

Wah, dasyat tak, 3-4 entry sehari ;p Banyak sangat draft dalam list ni, tapi tak terbuat la rasanya.. pemalas yg tahap ultraman mebius dah ni.

Kelmarin, Selasa 3.09 aku puasa. Baru hari ke-5 ganti puasa, lagi 2 hari...lambatnyaaa ^_^
Aku rasa macam meleleh-leleh air aku ni nak makan makanan manis tau, godek punya godek jumpa roti potong yg dah nak expired. Terus masa pegi amik afiy, aku pi kedai beli susu cair.

Jadilah bread pudding yang superb sedap ni, setelah di ejas bahan2 nya. Sebelum ni aku penah parut keju cheddar atas roti, sedap sangat makan masa panas, rangup betul. Tapi bila dah sejuk terus liat2.

Jadi kali ni aku guna chocolate yg diparut, aku beli kat bakery dah berbulan lah. Jadi aku habiskan je semua. Giler sedap!!!


Dah siap buat puding, aku buat sos kastard lak, kali ni memang sedap. Mungkin sebab keikhlasan yang sangat tinggi..bhahaha!!

Resepi Bread Pudding:
8 keping roti potong * potong 4
  Susu segar
--------------------------------------------------------
Rendam roti dalam susu sehingga meresap
--------------------------------------------------------
2 biji telur
2 sudu gula
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar mentega *dicairkan
-------------------------------------------------------
Pukul semua bahan menggunakan whisk.
Tuang pada roti yang direndam tadi.
Bakar pada suhu 180 darjah, api atas bawah
selama 30-40 minit.

Resepi sos kastard:
1 tin susu cair
1/2 cawan air 
2 sudu tepung kastard
1 sudu marjerin

 Tips:
Untuk menentukan puding dah masak atau belum, sila goyang loyang anda.
Jika tengah2 puding masih bergoyang, sila tambah masa membakar anda.

Photobucket

[Resepi] Japanese Cotton Cheese Cake

Assalamualaikum wbt..

Akhirnya korang tau tak, terhasil jugak kek yg aku dok terliur-liur ni.. ingatkan susah sangat nak buat, rupenye senang je.. aku buat kek ni semalam, kemudian bawa gi sekolah sikit harini atas alasan² yang tertentu ;p

Kek ni menggunakan cream cheese yang dimasak dengan susu segar. Masa aku masak cheese tu aku rasa pelik gak apesal la cheese aku liat. Aku dah masukkan dalam mangkuk adunan, tapi bila aku tengok balik bungkusan rupaya aku terbeli mozarella cheese. Patutlah cheese aku melekat. Jadi atas azam yang kuat, aku guna cream cheese utk kek yg kak dayang pesan ;)


Japanese Cotton Cheese Cake

Bahan²:
A
160g cream cheese
25g butter  *1 sb marjerin
120g susu segar

B
60g tepung gandum
20g tepung jagung
Secubit garam *tak guna

C
4 biji kuning telur (Gred A) - pukul dengan garpu

D
4 biji putih telur (Gred A)

100g gula kaster


Cara-cara:
Step 1
- Masak cream cheese, susu segar dan butter dengan menggunakan double-boiled sampai cair semuanya. Biarkan sejuk

Step 2
- Pukul telur putih sehingga berbuih
- Masukkan gula kaster dan pukul lagi hingga bertanduk

Step 3
- Masukkan tepung ke dalam adunan cheese, masukkan kuning telur dan meringue
- Gaul sebati

Step 4
- Bakar secara double-boiled pada suhu 160 darjah api atas bawah sampai masak.



Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik