Thursday 28 February 2013

Restoren Kampung Nelayan, Kota Kinabalu

Ada yang penah sampai Restoran Nelayan? Dekat Taman Tun Fuad Stephen, Bukit Padang. Kalau sebelah siang memang ramai dengan org yg berlari kat sini, tempat joging dan jalan2.

Tapi, sebelah malamnya pulak, ramai dengan foreigner, dari Korea, China, omputeh pon ramai. Bas bersusun kat luar. Sebab tempat ni sangat ekslusif, penuh dengan etnik kaum Sabah, disaji dengan pilihan makanan laut, ikan2 yg sangat fresh. Masa makan pon dihiburkan dengan penari-penari kebudayaan, macam2 lagu dorang menari, ada lagu bajau, dusun, kadazan dan lain2 lagi.

Eh, macam karangan pulak! bhaha

Aku dengan laki aku pon berangan la nak pi makan kat sini, asyik lalu je berjuta kali, sebab memang laluan utama aku nak p keja ;p

Pada suatu malam yg sepi pi pi, (macam lagu zaman kanak2 dulu lak, main tepuk2 tu).. aku dengan husband nak p AA Stationary, jadi gi berdua ja, anak tinggal kat mak. Malangnya kedai tu tutup lak.

Jadi masa balik lalu depan restoran ni, aku cakap kat laki aku, "Jom bang, singgah makan sini. Lapaq ni"

Laki aku pon masuk dan cari parking. Tempat ekslusive, kami pakai track bottom ja, tshirt besa2 ja ngan jeans lembik aku tu. bedak secalit pon takdak, untuk menunjukkan eyebag aku yg comel.

Dengan rakus kami pesan:
  1. Nasi 2 pinggan
  2. snapper fish masak thailand saiz kecik (melayu dia aku taktau)
  3. ketam masak telur masin 2 ekor
Sedapla, dengan nasi dari beras wangi memang best. Layanan pon bagus, kalo piring ko dah penuh ngan tulang atau kulit ketam, kang dia hantar lagi piring. Takut korang letak tulang tu kat alasmeja dorang. Air basuh tangan suma siap, kang penuh alas meja ngan cap tangan customer ;)

Aku ckp aku nak belanja. ingat bajet2 dalam seratus lebih je, sekali pegi bayar...erm, nasib baik cukup

RM230.25


Lain kali pegi Frappeni Thai je, sama gak sedap, walaupon takde piring extra, alas meja pon takde, makan sampai tumpah2 pon tak heran. 

- Apa pon tak boleh -
 
Photobucket

Wednesday 27 February 2013

Pavlova

Selepas beberapa kali buat pavlova, ada yg jadi, ada yang tak jadi, kali ni buat alhamdulillah, jadi jugak..dapat jugak aku jamu cik abg makan.Ni salah satu favourite dia..mcm scha al-yahya lak...huhu

Resepi leh google je, semua dah buat. Tapi aku boh gak sini untuk ingatkan diri sendiri.

RESEPI PAVLOVA

4 biji telur putih sahaja (pastikan takde kuning langsung)
3/4 cawan gula caster
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil vanila
1 sudu kecil cuka epal

Cara-cara:
- pukul putih telur pada kelajuan tinggi sampai gebu
- masukkan gula castor, tepung, esen vanila dan cuka
- pukul sampai kental dan bertanduk
- sediakan baking paper, bakar pada suhu 100 darjah, api atas bawah sampai masak.

Topping:
1 Cawan Whipping Cream
Buah-buahan segar


Photobucket

Tony Moly City Mall, KK

Hari yg best ^_^

sebab Rabu selalu kelas takde, pastu internet di sekolah lak line clear, kat bilik ICT je lah ai arini. Pastu balik, singgah City Mall, ingat nak pi giant beli lapik iron, macam iklan kat tv tu. beli shower gel, sebab lifebuoy kat umah tu, si Aqil boh air penuh sebotol..anak sorang ni..

Kemudian, terus ke kedai Tony Moly, banyak gak produk. Yg mana ada online tu semua ada situ, tapi reganya leh tahan mahai.. Selalu tony moly magic lip tu harga online RM15 je, kat situ sampai RM39.90. Tak jadi beli. Pusing2 cari lipstik, belila yg paaaaling murah RM29.90 color pink. Walaupun baru gaji aku tetap kedekut ;)

Semua mahal la situ, kemudian aku beli mascara sebab mascara aku dah keras berketul-ketul. Harga RM39.90.. Dapat less dua banyak sebanyak 20%.. oklah, jimat gak sikit.

Tuesday 26 February 2013

Tips Kebahagiaan Rumahtangga

8P tip kebahagian rumahtangga

1. 'Puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. ‘Peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. ‘Penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. Perhatian’ yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. Persefahaman’ kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. Pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. Percutian’ di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. Permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ust. Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

 Suami & isteri versi kembang setaman ^_^


 Photobucket

Monday 25 February 2013

Bestnya guna ipad

Orang lain dah lama taip sambil jalan2 kat mall lagi, aku baru tau leh guna ipad taip2 pastu post kat blog...bhahaha..cerdik pandai tul...

Ok lah, seronok gak taip2 ni, mudah kan, tapi takleh bold, italic, fancy color font..girlish gitu...heheh..nanti edit je kat leptop ;)

Pastu gambo takleh selit2, kena boh kat bawah je..asalkan ada gambo kan.. Jomlah guna ipad tulis blog ;) kehkeh.. (ayat takde idea dan takde motivasi)





Resepi Trio Snow Cheese Cake

Salam semua,

Kali keempat buat kek baru menjadi..fuhhh! Hehehe..sebenarnya baru nak try tulis entry guna ipad, ntah jadi ke tidak ni, macam best lak. Tapi takde pun leh klik besarkan font ke, tukar color2 font ke..takpelah asalkan boleh tepek gambar.

2 kali aku buat snow cheese cake tak jadi. Jadi tu jadilah, tapi jadi bantat ;( nyampah aku, mula2 derhakakan resepi, masuK 5 biji telur, tak jadi. Aku pikir2 mungkin telur tak cukup, buat lagi sama resepi cuma tukar telur jadi 6 biji.. Sama gak bantat. Kuang ajo, abis telur 1 tray besar yg aku plan nak buat nasi lemak tu. kali ke 3 aku buat kek kukus, Choc moist with cheese..menjadi, tapi makan tak abis, buang je. Jadi aku cuba untuk kali ke 4 buat kek ni, menjadi lak.

Aku nak kongsi lah resepi yg mudah, tapi jangan riak masa buat kek ye, sebab nnti kek bantat..bhahaha..

Riview : kek ni sangat lembut, moist, melting in mouth ;) yummy

RESEPI TRIO SNOW CHEESE CAKE
125g gula caster
100g tepung hong kong, superfine atau self rising (aku guna self rising)
20g tepung jagung (dalam 2 sudu gitu)
1 sudu kecil baking powder
4 biji telur
10g ovelet (dalam 1 sudu kecil)
40g air
60g minyak masak*

CARA-CARA
- masukkan semua sekali dalam mangkuk kecuali minyak masak
- pukul dengan mixer sampai adunan bertukar warna putih
- masukkan minyak masak
- gaul guna spatula, jangan guna mixer
- bahagikan kepada 3 bahagian
- masukkan pilihan perasa dan warna kegemaran
- bakar setiap adunan dalam masa 10-15 minit, api atas bawah, suhu 130-150


RESEPI CREAM (pertama)
- 250g cream cheese (lebih atau kurang pon takpe)
- 250ml whipping

Resepi kedua
- 250ml cream cheese
- setengah tin susu pekat

CARA-CARA
- pukul whipping cream sampai kembang
- pukul cream cheese hingga jadi lembut

Atau

- pukul whipping cream hingga lembut
- masukkan susu, pukul lagi hingga jadi krim

* lapis setiap layer dengan cream
* tabur CHEDDAR CHEESE BLOCK yang telah disagat halus

-









Saturday 16 February 2013

Skincare

Salam Ahad semua,

Selamat berhujung minggu. Pagi ni bangun awal skit dari kelmarin, usai solat Subuh terus tak tido dah..bagusnnya tiap2 hari cenggini ;p hari2 bekerja memang sama juga, kalo hari minggu/ hari cuti best sungguh bangun tengahari...hahaha

Seminggu dua yg lepas, berlakulah conflict skincare kat aku..eh! ada  pulak camni.. sebenarnya aku dah tak tau nak pkai skincare ape, mula2 rasa cam..Erm, takyah la pakai apa2, guna sabun beras je dah la.. Pahtu terbaca la pulak yg kulit muka wajib pakai toner, moisturiser, sunblock, etc...utk mengelakkan dari sunburn ke ape tah..

Aku pon beriya tiap2 ari nak pegi farmasi.. sekali tu pegi guardian, pusing punya pusing, jupa product Cosmoderm. Selalu gak terbaca kat blog2 tentang produk ni, aku pon beli Vitamin E Facial Cleansing Foam with Rosehip Oil. Tengok cam bagus je, tapi toner takde. dah aku tanya kat jurujual tu, dia kata memang toner takder. kemudian aku beli Vitamin E Oil 15,000 I.U. with Rosehip Oil.  Dah, 2 tu je ada, moisturiser pon ada, tapi sengaja tak nak beli, sebab  sebelum ni pakai moisturiser vit E muka aku naik ruam yg terlalu banyak dan menggerutu ;( so sad...

Tapi baru 2 hari pakai rasa cam tak lengkap lak. Yelah, takkan pagi2 cuci muka, tanpa toner dan sunblock, atau moisturiser, atau make-up base, terus tonyoh foundation kat muka aku ni? errk, cam tertinggal sesuatu lak, macamana kalo nanti foundation tu menutup lobang pori-pori aku? kemudian jerawat naik..oh, tidak!!!

jadi aku pegi watson lak, ingat nak cari toner dan lain2 lak.. tapi takde juai kat watson KK..OMG!!
Terus aku ronda2 Watson, dan terjumpa product NUTOX. Ada kawan aku cakap adik ipar dia guna nutox abis muka naik jeragat.. erm, aku tak kira, aku beli gak Nutox, tapi tak semua la aku beli. Next time gaji, baru nak beli semua. 

Product Nutox yg aku beli :


 * Wrinkle Away Cleanser
*  Ageless Eye Refiner
 * Solar Block SPF45PA++

* Skin Refining Astringent

Ok. Ni je aku beli. Next time nak beli Moisture Emulsion SPF25PA++, dengan Supernatural Night Repair. Kot2 le kulit leh jadi gebus cam Fazura ke..hahaha

Saper yang berminat nak beli Cosmoderm, boleh beli online kat sini ---> Cosmoderm 

 Photobucket

Thursday 14 February 2013

150 Juta

Aku nak abadikan lagu ni dalam blog kesayangan ni, sebab aku tak nak lupa. Aku rasa lagu ni sweet sangat.

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu


“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”


Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”


Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua



 Photobucket

Selamat Datang 30

Assalamualaikum wbt

Dah lama tak mencoretkan rasa di blog sendiri, sibuk dengan kehidupan dunia, yg penuh tanggungjawab, aktiviti dan amanah yg perlu dilaksanakan. Tanggungjawab juga terbahagi kepada beberapa bahagian, tanggungjawab pada keluarga, suami, anak-anak, kepada kerja, dan tak lupa juga pada diri sendiri.

Sesungguhnya, manusia memerlukan rehat..biarpun sikit atau banyak, rehatkan minda, rehatkan jasmani, rehat dari kesibukan duniawi. Jika badan kurang rehat, pelbagai masalah boleh timbul. Badan jadi cepat lemah, sakit datang menghinggap, letih, penat..semua ada. Yang penting doktor cakap, umur2 kamu ni perlu tidur 8-10 jam sehari ;) umur???

Alhamdulillah, harini 14 Februari genap usia aku 30 tahun. Terasa diri begitu dewasa, begitu matang, begitu berpengalaman. hehehe.. Syukur, dengan usia 30 tahun, aku telah berkahwin, ada seorang suami yg sangat comel, dua orang anak lelaki yang kiut miut... mungkin perlu ditambah anak perempuan yg rupawan persis si ibu ^_^ awwww..

Impian? memperbanyakkan jumlah simpanan dalam bank mungkin. Untuk masa depan anak2, penting juga menanti tibanya hari tua..

Ada juga terbaca fakta, "Seseorang itu akan kaya semasa umur 33 tahun" betul ke?

atau fakta yg ni, " Seorang wanita akan nampak kecantikannya semasa umur 35 tahun"...hehehe

Tak tau la betul ke tidak.

Yang pasti, umur hanyalah angka...

Welcome 30 to my life~



 Happiness can be found, even in the darkest of times, if one only remembers to turn on the light.

 Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik