Tuesday, 2 July 2013

Resepi Chocolate Lava Cake

Assalamualaikum wbt

Lama rasanya tak bersiaran kan. Sibuk dengan macam2 hal..ambil upah assignment orang, buka leptop hari-hari, tapi tak sempat update apa2.

Masterchef selebrity pon dah abis kan, semangat aku tiap2 hari Sabtu-Selasa, jam 9.00 malam je depan TV..dengan suami. Sampai anak pon dah tau, aqil mesti tanya, "ibu nak tengok cerita chef ibu?" hehehe..Tahniah pada Syura!

Kemudian terngiang-ngiang je masa tengok masterchef tu, masa Celina buat dessert Chocolate Lava. Aku pon ape lagi, menggugel je terus. Senang sangat resepi dia rupanya, tapi tak terbuat. Kemudian husband beli pulak chocolate lava ni di Secret Recipe, best gilerrr! Tapi mahal la, sebiji saiz cupcake tu harganya dah RM7.50. Beli 2 biji RM15.00, kongsi lak tu ngan anak2, mana cukup kan. Jadi, semangat kan diri buat sendiri, hehe.



Rupa chocolate lava yg super duper yummy!

 Memang rasa coklat yang kuat, dengan luar cek yg lembut, dalam kek yang penuh dengan lava coklat. sedap sangat2 ye!

Resepi nak buat pon senang, banyak versi sebenarnya, tp yg ini yang saya dah ejas sikit2 ye, untuk standard saiz cupcake 10 biji.

Resepi Chocolate Lava Cake:
  • 200g coklat masakan
  • 100g unsalted butter 
  • telur 4 biji saiz A
  • 6 sudu gula kaster
  • 6 sudu tepung gandum (ayak)
  • 4 sudu serbuk koko
  • 1 sudu chocolate emulco *saya tambah
  • 1 sudu coffee paste *saya tambah
Cara-cara:
  • Cairkan butter dan coklat masakan menguunakan kaedah double-boiled sehingga cair
  •  Masukkan serbuk koko, kacau sampai larut
  • Dalam mangkuk lain, pukul telur dan gula sampai gebu dan warna kuning pucat
  • Masukkan adunan coklat, tepung, chocolate emulco dan coffee paste. Kacau sampai sebati dan adunan menjadi likat.
  • Sudukan dalam acuan cupcake atau cawan ramekin
  • Sejukkan dalam 30 minit.
  • Panaskan oven 180 darjah selama 10 minit api atas bawah
  • Bakar 15 minit.
  • Bahagian luar akan nampak seperti kek biasa, tapi bila tekan macam kek kurang masak.
  • Boleh tabur gula icing sebagai hiasan.

Cawan ramekin



 Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik