Wednesday 20 June 2012

Cara Eksport/Import Data e-laporan j-QAF

Alhamdulillah,
Sampai juga masa kitorang hantar data e-laporan jqaf untuk Jun.


Dan aku adalah orang yang paling tension kerana 2 hal:- pertama, aku masih tak berapa sehat, nak duduk pon takleh, cemana aku nak p sana. Kedua, aku tak reti eksport/ import data..huwaaa

Akhirnya, hasil aku mmenggugel dan berusaha, aku dapat juga setelkan problem ni. Aku sms JU gtau tak dapat p dan dia cakap ok! emelkan je...tq tq..

Untuk yg masih terkial-kial nak buat eksport/import data ni, meh aku tolong sikit :-
  • Masukkan data murid dalam esatu - eenam kalau ada menggunakan format e-laporan versi v12 (maklumlah tukar versi tiap2 tahun)
  • untuk EKSPORT, buka new file di dekstop
  • buka ESATU (sampai eenam step macam ni ye) klik MEMASUKKAN DATA MURID TAHUN 1
  • tekan MENU (kat atas nama murid, tepi utama)
  • tekan EKSPORT (kat kotak menu tu)
  • Keluar mesej “Anda pasti eksport data”, klik OK
  • Keluar mesej “Peringatan untuk pindah data”, klik OK
  • Taip nama fail, contohnya: TAHUN 1 dan save as type “excel 97-2003 workbook” dan simpan
  • Keluar mesej “Data telah dipindahkan”, klik OK
  • Klik UTAMA
  • Klik KELUAR & SIMPAN
  • buat step ni sampai eenam kalau ada
 Buka ESEKOLAH
  • isi maklumat sekolah kat atas sekali
  • tekan IMPORT
  • tekan KELAS JUN, OK
  • ambik data yang ustaz/ustazah save tadi, tekan YES
  • buat tiap2 kelas sampai eenam
  • dah siap import semua kelas, tekan RUMUSAN
  • tekan ADA IMPORT TERBARU, KEMASKINI SEMUA DATA
  • sangat lama, bergantung pada laptop masing2.
  • Dah siap proses, tekan EKSPORT
  • tekan ke PPD JUN
  • save menggunakan filename kod dan nama sekolah sendiri
  • tamat
Kalau tak jadi jangan tanya saya, saya bukan JU. tanya JU masing2 ye!!

Selamat beramal =_=

** Boleh juga rujuk sini ;-
http://e-laporan.blogspot.com/
http://skjpbgipohjqaf.blogspot.com/
 Photobucket

No comments :

Post a Comment

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik