Sunday 17 June 2012

Contoh Surat Rayuan 'Blacklist' PTPTN

Wah!! Ayat gempak ;)

Aku tau memang ramai kan cari yang ni, ha tambah2 yg nak pi oversea tu, tapi lom bayar PTPTN lagi..huhu..
Samalah kita, bayangkan dari graduated tahun 2006 aku tak bayaq lagi, bukan takmau, tapi dapat keja lambat. Sekarang dah steady, baru boleh go on bayar hutang .. wajib beb bayaq hutang!

Okey, kalo korang kena blacklist, mula2 kena:-
  1. Semak jumlah pinjaman di website ptptn 
  2. Semak jumlah tunggakan 
  3. Buat penjelasan tunggakan 
  4. Buat surat rayuan pembatalan blacklist
----> CONTOH SURAT RAYUAN <------



Nama,

Sabah.

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan, Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur.                                                                                                                                      Jun 2012

Tuan/Puan,

RAYUAN PEMBATALAN SENARAI HITAM

Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2.            Terlebih dahulu, ingin saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak tuan kerana telah meluluskan pinjaman pendidikan saya berjumlah RM XX,XXX.00 pada tahun 2006 dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat.

3.            Di sini juga saya mengakui gagal menjelaskan pembayaran balik pinjaman tersebut selepas tamat pengajian.  Ini kerana saya mengambil masa yang lama untuk mendapat pekerjaan yang tetap. Kini saya telah bekerja sebagai kakitangan awam dengan gaji pokok RM XXXX.XX selama  1 tahun 8 bulan.

4.            Namun demikian, disebabkkan pelbagai perbelanjaan sara hidup dan komitmen terhadap keluarga yang perlu dilunaskan, saya telah mengabaikan tanggungjawab saya dalam menjelaskan hutang PTPTN. Dan disebabkan hal itu, nama saya telah disenarai hitamkan di Jabatan Imigresen.

5.            Bersama-sama ini saya lampirkan slip bayaran tunggakan dan penjelasan awal sebanyak RMXX,XXX yang telah dibuat melalui Info Centre PTPTN, Kota Kinabalu. Saya telah memilih untuk membayar yang selebihnya melalui perbankan internet Maybank sebanyak RM250.00 setiap bulan.

6.            Diharap permohonan saya dapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

----------------------------



Ha, kan! Puas hati uols? Amiklah, jangan lupa format surat rasmi, alamat korang kat atas sekali tu..hehe

Selamat membayar hutang!

Have a nice day~
 Photobucket

3 comments :

  1. yeah...amat sesuai dirujuk
    cam sy slow2 byr...janji byr kan...even slow cam siput

    ReplyDelete
  2. salam..
    thanx 4 da info.. mmg amat berguna.. hihi

    ReplyDelete
  3. saya search surat rayuan..jumpa blog nie..semaalam saya follow blog aizu's life .. tak sangka jumpa dalam entry ni :)

    ReplyDelete

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik