Tuesday 14 May 2013

Tips : Coklat Ganache


Salam semua,


Ganache atau disebut 'ganach' sangat penting dalam pembuatan kek coklat. Selain rasanya yg sedap, menambahkan lagi keenakan kek coklat tu. Juga mencantikkan lagi kek atau menyembunyikan cacat cela yg ada pada kek kita.

Hari ni saya nak share tips untuk dapatkan ganache yg sedap, selain licin dan berkilat.


Resepi #1
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 2 sudu besar serbuk koko (diayak)
  • 1 sudu besar marjerin
Cara : Masak pada api sederhana sehingga pekat dan berkilat.

Resepi #2
  • 12 ounce (340g) coklat masakan - potong kecil²
  • 1 cawan (250ml) krim tenusu - whipping cream
  • 1 sudu marjerin 
  • 1 sudu sirap glukos
Cara : Panaskan krim sehingga berbuih kecil, tutup api. Terus masukkan coklat yg dipotong, kacau hingga coklat cair. Masukkan marjerin supaya kelihatan berkilat. Sejukkan. Semakin lama disimpan, ganache akan menjadi semakin likat.

 Krim yang sedang didihkan

 Coklat yg telah dipotong kecil

 Ganache yg telah siap dimasak

Untuk jadikan ganache lebih senang dibentuk semasa proses 'piping', sejukkan sehingga ganache boleh diceduk menggunakan sudu.

Coklat ganache boleh digunakan dalam 3 cara yg berbeza :


Glazed
  • Sering digunakan untuk membuat topping pada kek atau cupcake. Caranya hanya dengan sejukkan ganache dan curahkan pada kek anda!
 


Whipped :
  • Mudah digunakan dalam membuat hiasan atau corak pada cupcake dan juga kek. Caranya, sejukkan ganache kemudian putar sehingga kental. Boleh dicorakkan dengan bentuk kegemaran anda!

Piping :
  • Sejukkan ganache anda sehingga boleh di ceduk menggunakan sudu. Kemudian masukkan dalam piping beg dan corakkan ikut kreativiti anda!




 Jadi, harap maklumat di atas membantu rakan² dalam membuat kek yg sedap dan ganache yg cantik.
Sekian, terima kasih.


Sumber oleh;


 Photobucket

2 comments :

  1. Askum...maksud sejukan...sejukan dlm peti ais ke...tq

    ReplyDelete
  2. salam. nak tanya..resepi mana lagi best hasilnya?resepi satu atau dua?

    ReplyDelete

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik