Friday 31 May 2013

5 Tips Pemasaran Melalui Facebook

KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN

Salam semua,

Ucapan di atas adalah untuk mereka yg menyambut Pesta Kaamatan. Apa tu? nantilah kite cerita2 ye. Harini nak share 5 tips yg saya dapat untuk mereka yg ingin atau menggunakan facebook sebagai medium perniagaan. Sebagai marketing strategy gitu..



OK, 5 tipsnya ialah :



1- Jangan menerjah hantar mesej di Inbox & Wall orang lain dengan iklan anda. Ini akan menghilangkan kredibiliti anda sebenarnya. Lagipun ia melanggar TOC (Term of Condition) Facebook.

2- Jangan sesekali meletakkan link pada Wall orang lain untuk menarik perhatian mereka dan  kawan-kawan mereka. Ini dah silap sebenarnya. Cuba berusaha untuk post mesej yang baik-baik dan bermanfaat kepada orang lain. Bila mereka membaca mesej dan update anda ini akan menyebabkan mereka akan lihat profile anda dan melayari laman web anda.

3- Bila anda meletakkan gambar anda dengan imej segak seperti seorang usahawan, pastikan anda tidak terlalu melebihi dari imej anda. Anda faham tak maksud saya ? Perlu diingati niat kita berada di Facebook untuk membina kredibiliti pada diri dan perniagaan anda.

4- Jangan sesekali menambah applikasi yang tak logik serta menyimpangdari niat asal anda untuk meningkatkan kredibiliti diri dan perniagaan anda. Ini juga memberi kesan sebenarnya.

5- Jangan wujudkan pertelingkahan dengan sesiapa sahaja rakan anda di Facebook. Orang kata apa "Cyber War". Aaaa....macam tulah bunyinyer. Kredibility anda yang anda bina di Facebook akan musnah sekelip mata dengan cara mereka akan BLOCK anda dari Facebook atau melaporkan
kepada Facebook untuk tindakan selanjutnya. Kan susah kalau terjadi macam tu. Betul tak ?



Setakat nie dulu perkongsian mengenai pemasaran melalui FB. InsyaAllah jika ada maklumat lagi, kita share sama2 ye!


Selamat bercuti!

p/s : Jangan lupa ke FB Zary Collection untuk dapatkan koleksi tudung raya anda!


 Photobucket

No comments :

Post a Comment

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik