Friday 31 May 2013

Pesta Kaamatan

"KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN"

Salam 1 Malaysia,

Bagi penduduk Sabah, Mei adalah bulan yang dinanti-nantikan. Dari hujung April lagi, kebanyakan pasaraya di negeri ini akan menghias pintu depan dah juga tempat2 tertentu dengan pokok² padi dan sebagainya. Sambutan Pesata Kaamatan ini disambut pada 30 dan 31 Mei setiap tahun. 

Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai ini juga dipanggil 'Tadau Kaamatan' atau 'Magavau' dalam bahasa Kadazan. Ia merupakan perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Menurut sejarah orang² tua, perayaan ini bermula dengan cerita lagenda seorang gadis bernama 'Huminodun' yang sanggup mengorbankan dirinya demi memastikan kaumnya dapat hidup dengan sempurna. Menurut dongeng certa tersebut, setelah beliau mati dan ditanam, mayat beliau telah mengeluarkan pelbagai benih yang mendatangkan hasil dan salah satunya adalah padi. maka, masyarakat Kadazan Dusun percaya padi yang ada pada hari ni adalah hasil pengorbanan Huminodun.

Jadi, saban tahun, kaum Kadazan dusun merayakan Pesta Kaamatan ini dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang mengharapkan rezeki akan bertambah banyak dan lumayan. Mereka juga akan melakukan bebarapa ibadat atau majlis untuk sambutan ini.

Aktiviti paling menarik semasa Tadau Kaamatan ialah Unduk Ngadau iaitu pertandingan Ratu Cantik yg terdiri dari kaum Kadazan dan juga Dusun. Khabarnya, beberapa tahun dulu org Islam bangsa Bajau atau lain² juga boleh join, tapi sekarang tidak dibenarkan bagi orang Islam. Jika sebelum ni, pemenang dikira berdasarkan rupa yg menawan, tapi sejak zaman milenium ni, akademik dan cara mereka berfikir juga dikira. Nak tengok finalist Unduk Ngadau 2013 boleh ke sini --> Unduk Ngadau





 Photobucket

No comments :

Post a Comment

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik