Wednesday, 15 May 2013

Selamat Hari Guru

Salam semua,

Tanggal 16 Mei pada tiap² tahun, kita akan menyambut Hari Guru. Alhamdulillah, dan 5 tahun aku sambut Hari Guru ni. 




Kalau di sekolah² besar atau bandar, penuh meja² guru dengan hadiah dari murid² kan, tapi hakikatnya bila di sekolah² kampung, pinggir bandar, luar bandar, sambutan Hari Guru disambut dengan gembira oleh guru² ja, murid² kurang perasaan sikit.


Tapi sebab beberapa faktor, dari segi kewangan keluarga, cara hidup dan macam² lagi. Hari ni datang sekolah awal² pagi, dah ada org bagi hadiah. Irfan anak cikgu Maskanah. Kali pertama aku marah di tahun 2 tu marah dialah. Nakal tapi pandai. Thank you murid².

Yg bestnya, ada budak tahun 1 ni, datang hulurkan tangan yg digenggam di tingkap.

Aku : Apa ni? untuk ustazah?
(takut jugak aku nak ambik, kot² cengkerik ke. tapi takkanlah budak comel nak bagi aku cengkerik, aku pon comel!) 

Tapi aku ambik jugak. Ada 5-6 keping 10 sen kat tangan aku. Alololo...so sweet budak kecik ni. Pastu aku bagi balik la, suruh dia pegi beli kuih di kantin.

Sebelum² ni aku garang ngan murid², garang dan tegas, tapi tahun ni lembut sikit, dah malas nak garang² dah. Penat. Tapi ada masanya kena jugak garang, biar garang dengan tempat. Ada orang kata, sifat garang dalam diri kita akan berkurang bila usia menginjak. InsyaAllah...



  Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik