Thursday 2 May 2013

Tips Cara Pemakaian Foundation

Hari ni, ahkak yg bukan jurumekap ni, over tau nak juga kongsi cara2 nak oleskan foundation atau alas bedak di wajah mulus korang tu. Senang je sebenarnya, cer tengok kat you tube tu, tonyoh2 je pastu cun melecun..hehe..


Tapi tonyoh bukan sebarang tonyoh tau. Tak gena gaya bertukar jadi tepung gomak lak. Sebelum tu nak gitau uols lah kan, nak pilih foundation ni biar kena ngan warna kulit kita. Nak2 lagi kalo beli online. Cara senang nak pilih warna yg sesuai ialah macam ni.



Tipsnya, untuk kulit yg cerah/ putih, pilih foundation yg tone light. Tone medium sesuai dengan mereka yg berkulit sawo matang. Manakala wajah yg cenderung kepada gelap lebih sesuai memilih tone deep. Warna yg dikatakan selamat bila kita memilih warna natural.



CARA APLIKASI FOUNDATION



Bagi mereka yg menggunakan foundation jenis cream atau stick, lebih baik menggunakan span ketika memakai foundation. Span yg berbentuk segitiga sama ada span latex atau yang bersesuaian.

Bagi yg menggunakan liquid foundation, penggunaan berus adalah digalakkan. Gunakan berus yg sesuai iaitu berus foundation supaya tidak bercapuk. Jika anda menggunakan foundation
blending brush untuk meratakan foundation yang telah disapu, kesannya lebih bagus serta kompleksi wajah juga terserlah. Tak percaya cubalah.
Berus untuk foundation



 Photobucket

No comments :

Post a Comment

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik