Friday 3 May 2013

Tips Memakai Maskara

Salam semua,

Hari ni nak kongsi lagi beberapa tips yg senang sangat sebenarnya, semua boleh buat. Tapi untuk jadikan ianya lebih baik, apa kata gunakan tips ini, cara² memakai bulu mata supaya tidak kelihatan comot dan bergumpal.


Tips #1

Pilih maskara yang mempunyai formula yang mampu melentikkan bulu mata dengan hanya menggunakan berus untuk impak yang lebih semulajadi. Anda tak perlu bersusah payah nak menggunakan alat pelentik bulu mata. Ini kerana alat melentik bulu mata yang selelu digunakan itu ada kesan-kesan yang boleh merosakkan bulu mata anda.




Tips #2

Cuci sisa maskara dengan lembut agar bulu mata tidak tertanggal. Jangan sesekal menggosok atau menarik bulu mata anda. Gunakan putik kapas untuk membersihkan sisa maskara. Lebih elok jika anda menggunakan minyak zaitun atau pencuci khas untuk menanggalkan maskara anda.


Tips #3

Untuk mengelakkan pemakaian maskara daripada comot, letakkan kertas/tisu/ name card di bawah bulu mata yang ingin disapu maskara.


Tips #4

Pilih maskara yang berkualiti, tidak comot atau bergumpal. Gumpalan maskara pada bulu mata anda boleh meningkatkan peratusan bulu mata tercabut ketika anda ingin membersihkan bulu mata anda.


Tips #5

Jangan simpan maskara terlalu lama bagi mengelakkan maskara anda dijangkiti bakteria. Paling lama adalah dalam 3-4 bulan sahaja.


Tips #6

Bagi yang baru berjinak2 belajar menggunakan maskara, boleh mula dengan menggunakan mascara yang jernih [clear maskara]. Bila dah pandai boleh la menggunakan maskara yang berwarna pula.






 Photobucket

No comments :

Post a Comment

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik