Sunday 5 May 2013

Tips Pakai Blusher

Salam semua,

Secara jujurnya aku mengaku yg aku suka sangat mekap² ni. Sejak bersalin anak ke-2, aku dah start search tentang foundation, cara pakai, kryolan etc. Tambah² lagi dah ada gaji, start la kumpul² beli alat mekap, lipstick bersilih ganti!

Hari ni aku nak kongsi sikit jenis² blusher & cara memakai blusher ikut bentuk muka.

Padat

Jenis² Blusher:
  • Padat : Serbuk warna daripada blusher jenis padat ini akan menghasilkan warna yang lebih menyerlah.Jenis ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak
Krim blusher
  •  Krim : Memiliki tekstur lebih basah dan kurang padat. warna yang dihasilkan bersatu secara alami dengan warna kulit. Namun jenis krim ini tidak sesuai digunakan pada kulit berminyak kerana akan menimbulkan kesan lebih berminyak
  • Gel : Warna bagi jenis gel ini tidak terlalu menyerlah dan sesuai digunakan setiap masa bagi menampilkan solekan yag lebih natural.Jenis ini sesuai untuk wanita berkulit kering

  • Balls : Bentuknya menyerupai bebola kecil cara menggunakannya adalah memutarkan berus di atas blusher jenis berbola ini.Serbuk yang melekat di berus kemudiannya akan disapukan pada pipi.ia sesuai untuk semua jenis kulit


Cara Sapuan Blusher Ikut Bentuk Wajah:

 


Bujur : Sapukan blusher pada bahagian tulang pipi dengan gerakan sedikit melengkung atau tambahkan sedikit blusher di atas tulang hidung bagi menimbulkan kesan yang lebih glamor

Bulat : Lakukan teknik shading di bahagian rahang dengan menggunakan blusher sedikit lebih gelap daripada warna kulit agar wajah kelihatan lebih bujur.Kemudian sapukan blusher dengan warna yang lebih terang pada puncak pipi ke arah telinga dengan gerakan ke atas

Lonjong : Bagi wanita yang memilki wajah lonjong,gunakan blusher tepat pada tulang pipi dengan gesekan mendatar.Gunakan warna yang lebih terang agar perhatian akan tertumpu pada bahagian pipi,ia mampu menutup wajah yang kelihatan memanjang

Persegi : Untuk menyamarkan potongan rahang,sapukan blusher dengan warna yang lebih gelap dari dagu dan pipi sehingga ke telinga

Hati : pilih blusher dengan warna sedikit gelap dan sapukan pada bahagian sekitar dagu dan bawah rahang



Jadi, masing² kena kenal pasti bentuk muka uols, lepas tu blajar sapu blusher ikut bentuk wajah sendiri k. Supaya yg bulat nampak lonjong, yg tembam tu leh cover sikit² bagi nampak tirus gitu.



Berus untuk blusher


Untuk sapuan blusher yg cantik, teratur & kemas, pemerah pipi haruslah disapu menggunakan berus untuk blusher.








 Photobucket

No comments :

Post a Comment

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik