Friday, 25 May 2012

Nasi Hujan Panas

Alhamdulillah, berjaya juga buka leptop dan update blog ;)
Saya selalu buka internet ni, tapi melalui ipad, hanya check facebook ja, takleh update blog, payah tekan, takde keybord ;p

Hari ni nak kongsi juga macamana nak buat nasi hujan panas cara saya sendiri, ada juga la buat rujukan dari blog2 lain sebagai sumber inspirasi ;p


Nasi Hujan Panas:
Bahan-bahan:
  • 4 cawan beras - cuci dan rendam 10 minit
  • 6 cawan air
  • 2 kiub pati ayam
  • 2 helai daun pandan-disiat dan disimpul
  • pewarna merah, hijau dan kuning
Bahan Tumis
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih - mayang
  • 1/2 biji bawang besar - mayang
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak/ mentega
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga 
 Cara masak:

  1. Panaskan minyak dan mentega, tumiskan bahan yang dihiris dan rempah 4 sekawan tadi hingga naik bau. Masukkan beras dan gaul rata sebentar. 
  2. Masukkan air, kiub ayam, garam dan daun pandan. 
  3. Kacau sekejap dan biarkan nasi masak. 
  4. Bila nasi telah kering, ambil chopstick dan buatkan 3 lubang di atas nasi dan tuangkan setiap lubang dengan 3 warna secara berasingan. 
  5. Bila nasi telah benar-benar masak, kaup balik nasi hingga rata dengan chopstick untuk mengelakkan nasi patah.


 Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik