Saturday 5 May 2012

Hari Terbuka Armada 2012

Ini kali kedua kami masuk pangkalan Navy ni, kalau hari biasa mesti dah kena tahan kat gate, takkan sesuka hati nak masuk pulak kan..

Hari Terbuka Armada 2012 bertempat di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Kota Kinabalu, Sabah. tak macam tahun2 lepas, kali ni dibuat hanya 1 hari sahaja, Sabtu, 5 mei 2012 bertemakan "Suarasa Tamu Armada"

kami bertolak dari rumah jam 9.30 pagi, dalam 30 minit perjalanan ke Sepanggar. Sampai je kat gate, kereta dah berduyun-duyun. Yelah, dah sehari je buat, mestila orang ramai. Bayangkan jam 10 pagi, matahari dah panas terik, nasib baik budak2 kecik tu aku pelekoh juga pakai cap! memang glassess aku tak tanggal langsung, nak tengok orang pon payah.

Tunggu bus

Cam artis lak ;p
 Kami tanpa bersarapan, jadi sampai je terus fokus gerai makan. Tapi 1 masalah dorang ialah gerai banyak meja sikit, kalau ada pon geng2 dorang je yg dok, 2-3 jam borak2 minum2, terus rasa kenyang, baik makan kat restoren ;)

kemudian kami terus ke KD Kedah, i dont know KD stand for what, bukan segan nak tanya, tapi rasa macam tahun lepas dah tanya, hikhik..tiap kali mai ja tanya..mak nenek tul!

 
muka takut
Cara-cara turun yg betul

Besar KD Kedah ni, mentang2 kami asal kedah, itu je yg dulu kan ;) kami naik je sampai atas, masa naik tangga yg curam tu aqil panjat sendiri, almaklumlah dah besa panjat2 di playgroundkan, tapi masa turun, mak aiii gayat nya. terus si Aqil incik navy yg jaga tangga tu je yg dukung...haha..laju bukan main lagi, siap turun sambil lari, cayalah!! tah2 dia pon makan bertahun praktis naik turun tangga tu ;) untuk aku, turun sendirila, wpon gayat..yelah ada ke yg sanggup dukung aku??? incik suami pon tamau, buat penat ;)






 


Kemudian dah tak naik mana2 KD dah, tamau panjat tangga dia. pastu terus ke kapal selam, nama Tun Razak. tapi tengok dari luar je, takleh msuk, kecik je mana leh tampung 25000 orang yg mai tu, terus selam tak timbul2...

banyak aktiviti sebanarnya, tapi memandangkan cuaca panas yg sangat terik, sapa tahan tunggu lama-lama. kami pon jam 12 terus balik. Anak aku yg kecik, si adik menangis dari mula sampai balik, dia kata panas ;) kesimpulannya ok, bagus hari terbuka ni. tapi mungkin harus diperbaiki dari segi gerai makanan, sediakan tempat duduk yg secukupnya, elok diedarkan flyers untuk tetamu, sebab baru org ramai tahu aktiviti yg ada.

Antara aktiviti yg ada (amik dari blog orang lain):
  1. Konsert artis terkenal (tak tau sapa)
  2. Kereta Drift
  3. AutoParade
  4. Boat Ride
  5. Street Soccer
  6. Booth Pameran
  7. Pertandingan Memancing
  8. Restoran Terapung
  9. Persembahan Kebudayaan.



 Photobucket

No comments :

Post a Comment

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik