Monday 7 May 2012

Tegur

Dalam hidup kita ni, banyak perkara yg akan kita lakukan, tapi seharusnya kita ingat tak semuanya adalah betul. Kadangkala, apa yg kita buat, tidak semua org boleh terima. janganlah kita salahkan mereka yg tak boleh terima tu pulak, kerana manusia ni rambut sama hitam, hati lain-lain.

Tegur-menegur
Bila adalah kesalahan, normal lah jika ada orang yang menegur kesalahan kita kan? mungkin kita rasa apa yg kita buat atau kita cakap ada betulnya, namun sebagai manusia yg tidak sempurna, tidak salah menerima teguran orang lain untuk kebaikan bersama.

Siapa yg layak menegur?
bagi saya, sesiapa sahaja. dari segi adat Melayu, yg tua harus menegur yg muda. tapi boleh ke yg muda tegur yg tua? boleh, tapi mestilah kena dengan caranya. Takleh la sound direct ye tak!

kat sini saya nak kongsi petua kita nak tegur orang dgn HIKMAH:
1.Istighfar & doa agar kita dpt hidayah & org dpt terima teguran kita dengan hati yg terbuka.
2.Baca doa pedinding diri & doa pelembut hati ( baca Ya 'Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir)
3.Belai dgn sebut kebaikan sblm tegur,
4.Tegur dgn jelas, tenang & elak naikkan suara,
5.Bimbing utk kenalpasti punca masalah,
6.Bimbing cari alternatif solusi & buat rangka tindakan,
7.Naikkan semangat agar yakin diri & segera bertindak,
8.Pesan utk sama2 doa mendoakan,
9. Bertawakkal kpd Allah.

 Moga teguran kita penuh hikmah & bawa kebaikan kpd yg d tegur & yg menegur.

Petua terima teguran ialah:
1.Ingat yg Allah tegur kita melalui teguran org
2.Syukur sbb tanpa teguran sukar utk kita berubah
3.Lapang dada & terima dgn tenang
4.Nilai & kaji teguran
5.Tanya jika tak jelas
 6.Minta nasihat ttg punca masalah kita
7.Minta nasihat ttg alternatif penyelesaian
8.Minta tunjuk contoh yg boleh d teladani
9.Mohon maaf atas kesilapan & ucap TQ
10.Mohon d doakan agar dpt atasi masalah
11.Segera bertindak & tawakkal kpd Allah.

Moga Allah rahmati kita semua. Kongsikanlah jika sudi. Wassalam.
 Photobucket

No comments :

Post a Comment

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik