Saturday, 12 May 2012

Choc Moist Cake

Salam semua,

Resepi lagi!!! 

Banyak tul kejadian yg tak disangka masa buat kek ni, nak tergelak pon ada.
Masa mengukus dah jadi cantik sangat dah, comei lote, naik elok je. Dah belah 2 pon ok lagi, maintain lagi kecomelan kek ni, sekali masa sapu whipping cream di tengah kek, alamak..

Di tengah tu saya selang selikan whipping cream choc dan original paste. kemudian tutup la bahagian atas kek tu, pastu cuci pinggan sat, sekali dengar, ...tap tap tap!! apa yg tumpah ni, sekali whipping cream tu mencair sebab saya tak masukkan dalam freezer, abis 250ml whipping cream tu, buat la yg lain lak ;p

takpe, experience is a teacher ;)


Resepi asal Pn. Munirah Baharum kalo tak salah. Takpelah saya kongsi kan jugak disini ye dengan ringkasnya.

Bahan-bahan kek:
1 cawan minyak
1 cawan susu segar
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula (kurangkan jika tak suka manis)
** masak atas api hingga likat, ketepikan.

3/4 cawan tepung gandum
1 sdk soda
1 sdk baking powder
** ayak

3 biji telur 
1sdk esen vanilla
** blender

** gaul semua hingga sebati, masukkan dalam loyang yg telah digris, kukus selama 30 minit atau sehingga masak.


Bahan-bahan topping:
1/2 tin susu pekat
4 sdb serbuk koko (boleh dikurangkan)
1 sdb marjerin
** masak atas api perlahan sehingga sebati dan likat, tuang atas kek.


 Filling (bahagian tengah)
250ml whipping cream
choclate paste
** putar hingga kental, bahagikan kepada 2 bahagian, selang selikan di tengah kek.

Contoh macam ni. Sumber fromintankitchen
Bila dah siap semua, nak masukkan dalam freezer, terlanggar pulak cover bahagian beku tu, penyek kek bahagian atas. terpaksa cover dengan lebihan whipping cream tadi .;p

p/s kawan2 berhati2 yea !!
Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik