Wednesday, 30 May 2012

My New Fareeda

Hari tu, masa pergi Karnival Puteri Korporat 1Sabah di Tanjung Aru Plaza, sempat la jugak beli 2 helai tudung Fareeda ni. memang kalao gitau kawan 1 sekolah memang diorang kata aku over dan kaya gila la ;)

Tapi sebenarnya kalo bajet lebih je aku beli, tu pun baru sekali.. kalaula diorang tahu ;)

Apa ayang aku suka dengan tudung Fareeda ni awning dia yang tebal, memang aku pasti susah nak patah atau herot petot. kain walaupon 3 layer memang tidak panas, sebab kain chiffon lembut dan nipis.

Warna pon cantik, jahitan yg bagus. Disarankan kumpul duit dan beli 3 bulan sekali, sebab harganya mencecah RM150 sehelai ;)


Love this color

Pada yang berminat boleh intai-intai line ini:-
Nanti saya update lagi ye!!!
Photobucket

Monday, 28 May 2012

Gambar Passport Terkini

Ada entry aritu pasal My Littles, gambar budak2 rebina tu masa kecik (sebab buat dokumen perjalanan terhad), ini pulak gambar dorang the latest sebab nak buat passport antarabangsa pulak ;) huuu semoga harapan menjadi kenyataan

Aqil - 6 months

Aqil - 3 tahun 8 bulan

Afiy - 6 bulan

Afiy - 2 tahun 1 bulan

Disebalik tabir:
  • Kena dukung sebab tamau amik gambaq
  • Kena gilir2 pakai baju yg sama sebab adik pakai sleeveless ;p


Photobucket

Sunday, 27 May 2012

Oreo cheese cupcake


Alhamdulillah.. 
Dah mula cuti sekolah, apa plan korang? balik kampung? Bestnya... saya  pon suka balik kampung, tapi banyak benda kena pk kalo balik kampung ni, tambah2 yg kena naik flight macam kami, dengan anak2 lagi, pasal kos lagi, kesihatan anak2 pon, macam2 lah benda. Jadi akhirnya, keputusan dok jelah di bumi Sabah ni. 

Semalam plan punya plan, nak pergi Labuan, jalan2 je. Pastu husband dapat lak idea nak gi Brunei by car...kalau lah dapat best jugak ni, penuhi masa cuti sekolah dengan melawat negara org ;) untuk pengetahuan semua, kalau dari Sabah, boleh pergi Brunei dengan as, atau kereta sendiri. tapi kena ada passport la, ada checkpoint nanti ;) semoga termakbul
 




 Jadi, pada hari Sabtu 27/5, ada tamu di Kolombong yg di kendalikan oleh SOS atau Sabahan Online Shop.. ni kali pertama aku dengar, kalaula aku tahu dari mula mesti aku join, yelah aku pon ada online shop gak kat Sabah ni ;p

pastu, terjumpa pulak dengan online shop yg jual makanan, nama Milah Halim.
berkenan pulak dengan oreo cheese dia, dah balik terus godek barang dapur then buat oreo cheese ni..sangat senang dan mudah tau!! dan comel


Oreo Cheese cupcake
Bahan-Bahan:
  • Sebungkus biskut oreo
  • 150g cream cheese
  • 100ml whipping cream
  • 2 sdb gula icing
  • lemon paste
  • paper cup secukupnya


Cara-cara:
  1. pukul cream cheese sampai lembut dan berkrim
  2. di bekas berasingan pukul whipping cream sampai kental
  3. satukan
  4. masukkan gula icing dan pukul pada kelajuan rendah
  5. masukkan lemon paste
  6. sediakan acuan/paper cup masukkan biskut oreo pada bahagian bawah
  7. paipkan cream cheese ikut suka kamu
  8. taburkan serbuk oreo atau lain2 hiasan
  9. sejukkan ;)
  10. tak payah bakar2



Selamat mencuba!!!!

Photobucket

Saturday, 26 May 2012

Sepetang di Perdana Park

Kami suka sangat pergi sini..

Taman ni cantik, tapi bayar parking je, RM1 sejam. 
Yang bestnya semua ada kat sini, boleh joging, boleh bawa anak2 sebab ada taman permainan yg super best!!
Fasilities pon semua cukup, tandas pon ada, cantik gila dengan harga 50sen ;p berkira ooo nak masuk tapi sebab terlalu cantik nak berak pon segan ;p ngaderrrr

malam lak ada air pancut berirama, memang air tu akan mengikut lagu yg berkumandang, kusyuk gila tengok. tapi ada waktu2 dialah, ada jadual kena tulis sana, main selama 10 minit setiap kali.. okeyla tu ;)

Yang tak bestnya, banyak anak filipin... tanjung aru memang ada kampung air, iaitu perkampungan org2 filipin atau PATI. kadang2 anak nak naik buai pon kena tunggu lama gila, dorang buat dekk jer.. kalo kaum lain reti juga bahasa, dah tau org tunggu lama dia bagi chance jugak, ini sampai kena sound baru bagi..dahler aku ni jenis sound direct...nasib la kau!

Bagi aku, tempat ni boleh dikategorikan 3-4 bintang la ;)
 
Adik main Thomas

Tempat favourite dia la ni


Me with adik wearing Ziyan ;)
Photobucket

Friday, 25 May 2012

Nasi Hujan Panas

Alhamdulillah, berjaya juga buka leptop dan update blog ;)
Saya selalu buka internet ni, tapi melalui ipad, hanya check facebook ja, takleh update blog, payah tekan, takde keybord ;p

Hari ni nak kongsi juga macamana nak buat nasi hujan panas cara saya sendiri, ada juga la buat rujukan dari blog2 lain sebagai sumber inspirasi ;p


Nasi Hujan Panas:
Bahan-bahan:
  • 4 cawan beras - cuci dan rendam 10 minit
  • 6 cawan air
  • 2 kiub pati ayam
  • 2 helai daun pandan-disiat dan disimpul
  • pewarna merah, hijau dan kuning
Bahan Tumis
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih - mayang
  • 1/2 biji bawang besar - mayang
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak/ mentega
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga 
 Cara masak:

  1. Panaskan minyak dan mentega, tumiskan bahan yang dihiris dan rempah 4 sekawan tadi hingga naik bau. Masukkan beras dan gaul rata sebentar. 
  2. Masukkan air, kiub ayam, garam dan daun pandan. 
  3. Kacau sekejap dan biarkan nasi masak. 
  4. Bila nasi telah kering, ambil chopstick dan buatkan 3 lubang di atas nasi dan tuangkan setiap lubang dengan 3 warna secara berasingan. 
  5. Bila nasi telah benar-benar masak, kaup balik nasi hingga rata dengan chopstick untuk mengelakkan nasi patah.


 Photobucket

Wednesday, 23 May 2012

Makan Lagi - Frappeni Thai

Incik suami kena belanja lagi... ops ini request dia sendiri k, jadi bukan sebab malas masak yer!

Yang paling excited adalah budak kecik ni, sebab ada cupcake yg comel2 dengan gambar katun mcm boboiboy, dora, angrybird dll.

kami pon excited sebab kat cnila satu2nya tempat ada jual pavlova di KK, tapi malam tu kami p takde la pulak...terpaksala aku buat sendiri ni...bajet rajin gila ;p





Photobucket

Monday, 21 May 2012

Sleeq ft Najwa Latiff

Comel je lagu ni, memang budak2 pon yang nyanyi kan.

Lirik Lagu : Untuk Dia
Sleeq ft Najwa Latiff

Aku yang patut, yang patut…
Memberinya segala
Kerna aku mampu, ya aku mampu…
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia (hey!)
Untuk dia (hey!)
Untuk dia (hey!)
Untuk dia (hey!)
Untuk dia (hey!)
Untuk dia (hey!)
Untuk dia (hey!)
Untuk dia…

Dia penuh gaya, semuapun nak bayar
Memang selalu belanja
Mungkin anak orang kaya
Kadang kala pabila
Dia ke Singapura
Tak duduk rumah saudara
Dia inginkan Shangrila

Bertemu di Facebook
Beberapa hari kemudian
Mungkin aku comel kot
Ajak ku jumpanya di Indo
Ya, Indo…
Oh lupa bilang gadis ni Indo

Tak cakap kosong dia memang begini
Akhirnya dapat tahu dia punyai lelaki
Lelakinya pula kan bawa Mercedez
Apa saja dia minta dia memberi tetapi

Chorus

Jangan takut jangan kau segan…
(kau lelaki jangan lupa)
Pasti iri hati lihat mereka berpimpin tangan
(pasti geram)

Dia segalanya dengan segalanya yang diinginkannya
Jangan putus asa tapi jangan jahat pula
Kalau ingin putuskan hubungan mereka
Lupakan sudah Sekarang juga

Takkan pula kubuat begitu
Dia tak buta dan dia tak begitu
Dia baik hati, lakinya yang sombong
Kalau niatku jahat, buat apa ku minta tolong kan
Sekarang situasinya semakin hangat
Semakin hebat, ini yang kusuka bangat
Rela kumenunggu walaupun berapa minggu
Ataupun tahun atau bilapun terpaksa menahan rindu
Kerna kutahu, kerna kupercaya bahawa

Chorus

Dia yang patut, oh yang patut
Memberimu segala
Kerna dia mampu, oh dia mampu
Melakukan apa saja
Untuk kamu
Untuk kamu
Untuk kamu
Untuk kamu
Untuk kamu
Untuk kamu
Untuk kamu
Untuk kamu…

 Photobucket

Rejab =_=

Alhamdulillah, Rejab datang lagi..
Bersyukur ku ya Allah ke atas rahmat-Mu kerana mengurniakan kehidupan kepadaku,.
Aku memohon pada-Mu ya Allah, Kau panjangkan umurku,agar dapat ku nikmat yg Kau berikan pada Syaaban, Ramadhan, Syawal dan berikutnya ya Allah...



Kemunculan Rejab seharusnya disyukuri kerana masih diberi nikmat kesihatan, kelapangan dan keselesaan oleh Allah S.W.T untuk melalui bulan yang agung ini. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya kepada seluruh hambanya yang beriman.

Kelebihan bulan Rejab:

1.Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

2.Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

3.Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.

4.Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

5.Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

6.Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

7.Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

8.Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
1.Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
2.Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
3.Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
4.Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
5.Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

1.Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2.Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3.Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.
Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di”israk”kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di”mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui – Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.

Doa Di Bulan Rejab:

1.Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya’aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

2.Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.

3.Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.
Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:
Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.


 Photobucket

Sunday, 20 May 2012

Paw incik suami @Secret Recipe

Dasyat sambutan hari jadi incik suamikali ni, haha ;) thanks sayang sebab belanja kami secret recipe, walaupon tak berapa nak secret sangat ;p

mula2 plan nak makan di Little Italy, tapi dah duduk2 tengok menu, asam pedas pon ada wine dalam ramuan, cancel je...dari pening 4 beranak kami nanti ;p haha

Jadi secret recipe la best, walaupon kek hanya sepotong, tapi itu pon tak abis. Nasib baik beli sepotong, kalau beli banyak potong, keras dalam peti ais la jawabnya.. apa2 pon sangat enjoy dapat spent time dengan keluarga tercinta! 

Kek yang aqil pilih ;p

Excited betul dia, memang dia je yg makan

Sweet kan dia...mulut pon manis ;p
cibam nak jenjalan jer

Makan time

Eskrim yg aqil request ;p
Abah punya ;p

Cibam jugak

Birthday boy

Mine!! biasa2 jer


Thank you for reading!!
Photobucket

Friday, 18 May 2012

My Littles

Wah....ada litle's' pulak...sebab saya ada 2 org little dirumah...really love both of them ;) muahhh

 Muhammad Aqil Haziq, sekarang 3 tahun 8 bulan. Sedang bersekolah di sekolah Al-Iman, Tuaran.
  • Suka tengok kartun - boboboi, wonderpet, dora, semualah ;)
  • suka mi
  • nangis bangun pagi pegi sekolah, bagi dia tiap2 ari cuti, pi seklah ibu ja, boleh shopping di kantin
  • abah kena mandikan tiap2 pagi, kalo dia nak ibu mandikan mesti dia nak 'jek' sesuatu
  • suka permainan kereta
  • suka bercakap
  • kuat menangis
  • bijak, cepat dapat
Memang sama tapi tak serupa ye ;)

Muhammad Adham Hafiy, 2 tahun 1bulan
  • Manja ibu
  • Kuat nangis
  • suka nasi
  • suka coklat
  • suka kartun
  • suka bercakap
  • suka menyanyi
  • suka buka peti ais ;p
 Anak-anakku, ibu dan abah akan terus menyayangi kamu berdua hingga akhirat kelak..semoga ibu dan abah dipanjangkan umur agar dapat menjaga kamu berdua sampai dewasa nanti ;)



Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik