"KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN"
Salam 1 Malaysia,
Bagi penduduk Sabah, Mei adalah bulan yang dinanti-nantikan. Dari hujung April lagi, kebanyakan pasaraya di negeri ini akan menghias pintu depan dah juga tempat2 tertentu dengan pokok² padi dan sebagainya. Sambutan Pesata Kaamatan ini disambut pada 30 dan 31 Mei setiap tahun.
Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai ini juga dipanggil 'Tadau Kaamatan' atau 'Magavau' dalam bahasa Kadazan. Ia merupakan perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Menurut sejarah orang² tua, perayaan ini bermula dengan cerita lagenda seorang gadis bernama 'Huminodun' yang sanggup mengorbankan dirinya demi memastikan kaumnya dapat hidup dengan sempurna. Menurut dongeng certa tersebut, setelah beliau mati dan ditanam, mayat beliau telah mengeluarkan pelbagai benih yang mendatangkan hasil dan salah satunya adalah padi. maka, masyarakat Kadazan Dusun percaya padi yang ada pada hari ni adalah hasil pengorbanan Huminodun.
Jadi, saban tahun, kaum Kadazan dusun merayakan Pesta Kaamatan ini dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang mengharapkan rezeki akan bertambah banyak dan lumayan. Mereka juga akan melakukan bebarapa ibadat atau majlis untuk sambutan ini.
Aktiviti paling menarik semasa Tadau Kaamatan ialah Unduk Ngadau iaitu pertandingan Ratu Cantik yg terdiri dari kaum Kadazan dan juga Dusun. Khabarnya, beberapa tahun dulu org Islam bangsa Bajau atau lain² juga boleh join, tapi sekarang tidak dibenarkan bagi orang Islam. Jika sebelum ni, pemenang dikira berdasarkan rupa yg menawan, tapi sejak zaman milenium ni, akademik dan cara mereka berfikir juga dikira. Nak tengok finalist Unduk Ngadau 2013 boleh ke sini --> Unduk Ngadau
Friday, 31 May 2013
5 Tips Pemasaran Melalui Facebook
KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN
Salam semua,
Ucapan di atas adalah untuk mereka yg menyambut Pesta Kaamatan. Apa tu? nantilah kite cerita2 ye. Harini nak share 5 tips yg saya dapat untuk mereka yg ingin atau menggunakan facebook sebagai medium perniagaan. Sebagai marketing strategy gitu..
OK, 5 tipsnya ialah :
Selamat bercuti!
p/s : Jangan lupa ke FB Zary Collection untuk dapatkan koleksi tudung raya anda!

1- Jangan menerjah hantar mesej di Inbox & Wall orang
lain dengan iklan anda. Ini akan menghilangkan kredibiliti anda
sebenarnya. Lagipun ia melanggar TOC (Term of Condition) Facebook.
2- Jangan sesekali meletakkan link pada Wall orang lain
untuk menarik perhatian mereka dan kawan-kawan mereka. Ini dah silap
sebenarnya. Cuba berusaha untuk post mesej yang baik-baik dan bermanfaat
kepada orang lain. Bila mereka membaca mesej dan update anda ini
akan menyebabkan mereka akan lihat profile anda dan melayari
laman web anda.
3- Bila anda meletakkan gambar anda dengan imej segak
seperti seorang usahawan, pastikan anda tidak terlalu melebihi dari
imej anda. Anda faham tak maksud saya ? Perlu diingati niat kita berada
di Facebook untuk membina kredibiliti pada diri dan perniagaan anda.
4- Jangan sesekali menambah applikasi yang tak logik serta
menyimpangdari niat asal anda untuk meningkatkan kredibiliti diri dan
perniagaan anda. Ini juga memberi kesan sebenarnya.
5- Jangan wujudkan pertelingkahan dengan sesiapa sahaja
rakan anda di Facebook. Orang kata apa "Cyber War".
Aaaa....macam tulah bunyinyer. Kredibility anda yang anda bina di Facebook akan musnah
sekelip mata dengan cara mereka akan BLOCK anda dari Facebook atau
melaporkan
kepada Facebook untuk tindakan selanjutnya. Kan susah kalau
terjadi macam tu. Betul tak ?
Setakat nie dulu perkongsian mengenai pemasaran melalui FB. InsyaAllah jika ada maklumat lagi, kita share sama2 ye!
Selamat bercuti!
p/s : Jangan lupa ke FB Zary Collection untuk dapatkan koleksi tudung raya anda!
Wednesday, 15 May 2013
Selamat Hari Guru
Salam semua,
Tanggal 16 Mei pada tiap² tahun, kita akan menyambut Hari Guru. Alhamdulillah, dan 5 tahun aku sambut Hari Guru ni.
Kalau di sekolah² besar atau bandar, penuh meja² guru dengan hadiah dari murid² kan, tapi hakikatnya bila di sekolah² kampung, pinggir bandar, luar bandar, sambutan Hari Guru disambut dengan gembira oleh guru² ja, murid² kurang perasaan sikit.
Tapi sebab beberapa faktor, dari segi kewangan keluarga, cara hidup dan macam² lagi. Hari ni datang sekolah awal² pagi, dah ada org bagi hadiah. Irfan anak cikgu Maskanah. Kali pertama aku marah di tahun 2 tu marah dialah. Nakal tapi pandai. Thank you murid².
Yg bestnya, ada budak tahun 1 ni, datang hulurkan tangan yg digenggam di tingkap.
Aku : Apa ni? untuk ustazah?
(takut jugak aku nak ambik, kot² cengkerik ke. tapi takkanlah budak comel nak bagi aku cengkerik, aku pon comel!)
Tapi aku ambik jugak. Ada 5-6 keping 10 sen kat tangan aku. Alololo...so sweet budak kecik ni. Pastu aku bagi balik la, suruh dia pegi beli kuih di kantin.

Sebelum² ni aku garang ngan murid², garang dan tegas, tapi tahun ni lembut sikit, dah malas nak garang² dah. Penat. Tapi ada masanya kena jugak garang, biar garang dengan tempat. Ada orang kata, sifat garang dalam diri kita akan berkurang bila usia menginjak. InsyaAllah...
Labels:
MOTIVASI
Tuesday, 14 May 2013
Tips : Coklat Ganache
Salam semua,
Ganache atau disebut 'ganach' sangat penting dalam pembuatan kek coklat. Selain rasanya yg sedap, menambahkan lagi keenakan kek coklat tu. Juga mencantikkan lagi kek atau menyembunyikan cacat cela yg ada pada kek kita.
Hari ni saya nak share tips untuk dapatkan ganache yg sedap, selain licin dan berkilat.
Resepi #1
- 1/2 cawan susu pekat
- 2 sudu besar serbuk koko (diayak)
- 1 sudu besar marjerin
Resepi #2
- 12 ounce (340g) coklat masakan - potong kecil²
- 1 cawan (250ml) krim tenusu - whipping cream
- 1 sudu marjerin
- 1 sudu sirap glukos
Krim yang sedang didihkan
Coklat yg telah dipotong kecil
Ganache yg telah siap dimasak
Untuk jadikan ganache lebih senang dibentuk semasa proses 'piping', sejukkan sehingga ganache boleh diceduk menggunakan sudu.
Coklat ganache boleh digunakan dalam 3 cara yg berbeza :
Glazed :
- Sering digunakan untuk membuat topping pada kek atau cupcake. Caranya hanya dengan sejukkan ganache dan curahkan pada kek anda!
Whipped :
- Mudah digunakan dalam membuat hiasan atau corak pada cupcake dan juga kek. Caranya, sejukkan ganache kemudian putar sehingga kental. Boleh dicorakkan dengan bentuk kegemaran anda!
Piping :
- Sejukkan ganache anda sehingga boleh di ceduk menggunakan sudu. Kemudian masukkan dalam piping beg dan corakkan ikut kreativiti anda!
Jadi, harap maklumat di atas membantu rakan² dalam membuat kek yg sedap dan ganache yg cantik.
Sekian, terima kasih.
Sumber oleh;
Wednesday, 8 May 2013
Aktiviti Bisnes Baru
Salam semua,
Sehat tak...hehehe. uols tau kan, iols ni suka betuk buat kek, tapi sapa larat makan kalo tiap² hari makan kek kan.. jadi, aku tanya kawan² nak makan kek tak aku nak jual..hehehe. aku buat kek coklat moist, red velvet & green velvet dengan cream cheese.
Yang coklat moist aku amik order, sebab buat sebiji yang 7-8 inci, tak larat gak buat banyak². Red velvet buat suka ati aku je selagi larat dan ada bahan, buat dalam container sederhana je. Oklah, untuk mengisi masa lapang.

Red velvet & green velvet kukus with cream cheese and cheddar cheese
Harga : RM15.00/pc
Red velvet kukus
Kek coklat moist with ganache
RM20.00- 7 inci
Karme Whitening Skincare
Salam semua,
Hari ni nak kongsi tentang 1 lagi produk yg semakin glamer, tapi lagi glamer lah si Bobo King of Parody tu...hehehe
Produk ni mula jadi semakin dikenali setelah Leuniey Natasha memperkenalkan di intagram dia, bila permintaan semakin tinggi, maka si Leuniey pon buka order untuk yg berminat. Aku pon tak ketinggalan, beli jugak tapi dari FB. Ada yg kata produk ni dari Thailand, sbb memang terkenal di Kelantan, tapi tengok di kotak, kilang di Hong Kong.
Produk ini mengandungi bahan-bahan yang penuh dengan ciri2 ekstrak sayuran semulajadi yang tidak membahayakan kulit anda. Ia juga mendapat kelulusan dari INTERNATIONAL BEAUTY EXPERTS OF GERMAN yang mengatakan produk ini TIADA KESAN SAMPINGAN. Produk ini juga SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT. Ia mengandungi bahan pelembap untuk kulit yang kering, kulit yang berminyak, berjerawat dan jeragat. Mengandungi bahan polysaccharide dan acid amino untuk membantu pencerahan kulit.
Pencuci muka pemutih pleiotropic adalah untuk membuang segala kotoran dan minyak yang berada di dalam riang roma kulit.
Krim malam & siang mengandungi kesan bahan yang berulang menghilangkan kesan jerawat, jeragat dan bintik hitam di muka. Ia mengembalikan kulit yang kusam dan yang paling penting ialah dapat memutihkan kulit dalam jangka masa yang singkat serta menjadikan kulit anda lebih anjal dan sekata.
RIVIEW

Setelah bebarapa minggu menggunakan produk Karme ni, aku suka. Sebab pencuci nya memang membuang kotoran di muka. Sebab aku pakai foundation, jadi aku cuci 2 kali. haha..lepas cuci memang wajah kita akan nampak lebih cerah dan gebu je.
Krim malam aku pakai bersama-sama Nutox night cream, lepas pakai memang kulit berminyak. aku biar je bermintak pon.
Krim siang lak aku pakai lepas apply Nutox moisturiser, kemudian sunblock. Cuma krim siang Karme bila pakai nampak macam muka jadi putih, tunggu dalam 2 minit baru ngam dengan kulit muka kita. baru pakai foundation cam biasa.
Keranamu PRU13
Alhamdulillah..
Dah berlalu pon PRU13 baru² ni. perang bendera pon dah takde, semua bendera parti kat area KK ni dah turun..rugi..tak dpat aku bergambar ngan bendera BN kat Jalan Kolam tu, comel sangat²...rasa cam nak buat gwiyomi kat situ.
Kemenangan telah berpihak kepada Barisan Nasional, tahniah PM kita Datuk Seri Najib atas kemenangan itu. Aku memangla suka, aku orang gomen, kenalah sokong kerajaan ni. Dan aku sangat gembira bila negeri tanah tumpah darahku Kedah Darul Aman dah kembali kepada BN dan Mukhriz Mahathir dah jadi menteri Besar baru Kedah. Kita cuba pulak penangan orang muda, aku yakin kedah akan lebih maju macam selepas ni.
Tapi dalam gembira, jangan pulak kita lalai dengan apa yg berlaku pada perkara lain. Macam soal racist yg diperdebatkan baru² ni. yg ni aku tak sokong. Negara kita kan mengamalkan 1Malaysia, jadi semua kena adil tak kira bangsa apa sekalipon.
Yang aku meyampah adalah tahap ketaksuban pihak pembangkag dalam mentadbir negara, sampai Melayu dipecah belahkan. Status negara Islam direbutkan, hudud, banyak lagi. Tu tak masuk lagi harapan² yg ditabur pihak pembangkang tentang penurunan harga minyak, harga kereta, cukai, tol, dan apa² lagi lah. Kat wall FB aku belambak-lambak org berebut nak nak benda ni. Dan Pakatan Rakyat memang berjaya, menarik minat penghutang² PTPTN dalam manifesto mereka menghapuskan PTPTN. Weh! hutang sendiri mo bayarlah, dah masuk perut ko jadi taik, jadi darah daging, ngelat taknak bayar. Kat akhirat esok apa agaknya korang nak jawab!!
Paling aku menyampah bila orang² keje kerajaan misalnya kawan² aku bawa gelaran ustaz & ustazah ni. Terlalu obses dengan istilah NEGARA ISLAM. dorang lupa malaysia adalah sebuah negara Islam. satu dunia tau. Dorang je bodoh tak tau.
Pastu kalo aku share something pasal kerajaan mulalah komen, nanti kedah jadi negeri pembuat araklah, apalah. sebab di bawah BN. Kemonlah, think positif. ni asyik pk buruk orang je, buruk sendri korang buat² tak nampak.
Pastu pakat komen ramai² kat benda yg aku share, konon² aku tak pandai ekonomi. yg hg tu pandai sangat ka, sampai jadi ejen takaful. ngehngeh..
Itu jelah, sekian.

Sunday, 5 May 2013
Tips Pakai Blusher
Salam semua,
Secara jujurnya aku mengaku yg aku suka sangat mekap² ni. Sejak bersalin anak ke-2, aku dah start search tentang foundation, cara pakai, kryolan etc. Tambah² lagi dah ada gaji, start la kumpul² beli alat mekap, lipstick bersilih ganti!
Hari ni aku nak kongsi sikit jenis² blusher & cara memakai blusher ikut bentuk muka.
Bujur : Sapukan blusher pada bahagian tulang pipi dengan gerakan sedikit melengkung atau tambahkan sedikit blusher di atas tulang hidung bagi menimbulkan kesan yang lebih glamor
Bulat : Lakukan teknik shading di bahagian rahang dengan menggunakan blusher sedikit lebih gelap daripada warna kulit agar wajah kelihatan lebih bujur.Kemudian sapukan blusher dengan warna yang lebih terang pada puncak pipi ke arah telinga dengan gerakan ke atas
Lonjong : Bagi wanita yang memilki wajah lonjong,gunakan blusher tepat pada tulang pipi dengan gesekan mendatar.Gunakan warna yang lebih terang agar perhatian akan tertumpu pada bahagian pipi,ia mampu menutup wajah yang kelihatan memanjang
Persegi : Untuk menyamarkan potongan rahang,sapukan blusher dengan warna yang lebih gelap dari dagu dan pipi sehingga ke telinga
Hati : pilih blusher dengan warna sedikit gelap dan sapukan pada bahagian sekitar dagu dan bawah rahang
Jadi, masing² kena kenal pasti bentuk muka uols, lepas tu blajar sapu blusher ikut bentuk wajah sendiri k. Supaya yg bulat nampak lonjong, yg tembam tu leh cover sikit² bagi nampak tirus gitu.
Untuk sapuan blusher yg cantik, teratur & kemas, pemerah pipi haruslah disapu menggunakan berus untuk blusher.

Padat |
Jenis² Blusher:
- Padat : Serbuk warna daripada blusher jenis padat ini akan menghasilkan warna yang lebih menyerlah.Jenis ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak
Krim blusher |
- Krim : Memiliki tekstur lebih basah dan kurang padat. warna yang dihasilkan bersatu secara alami dengan warna kulit. Namun jenis krim ini tidak sesuai digunakan pada kulit berminyak kerana akan menimbulkan kesan lebih berminyak
- Gel : Warna bagi jenis gel ini tidak terlalu menyerlah dan sesuai digunakan setiap masa bagi menampilkan solekan yag lebih natural.Jenis ini sesuai untuk wanita berkulit kering
- Balls : Bentuknya menyerupai bebola kecil cara menggunakannya adalah memutarkan berus di atas blusher jenis berbola ini.Serbuk yang melekat di berus kemudiannya akan disapukan pada pipi.ia sesuai untuk semua jenis kulit
Cara Sapuan Blusher Ikut Bentuk Wajah:
Bujur : Sapukan blusher pada bahagian tulang pipi dengan gerakan sedikit melengkung atau tambahkan sedikit blusher di atas tulang hidung bagi menimbulkan kesan yang lebih glamor
Bulat : Lakukan teknik shading di bahagian rahang dengan menggunakan blusher sedikit lebih gelap daripada warna kulit agar wajah kelihatan lebih bujur.Kemudian sapukan blusher dengan warna yang lebih terang pada puncak pipi ke arah telinga dengan gerakan ke atas
Lonjong : Bagi wanita yang memilki wajah lonjong,gunakan blusher tepat pada tulang pipi dengan gesekan mendatar.Gunakan warna yang lebih terang agar perhatian akan tertumpu pada bahagian pipi,ia mampu menutup wajah yang kelihatan memanjang
Persegi : Untuk menyamarkan potongan rahang,sapukan blusher dengan warna yang lebih gelap dari dagu dan pipi sehingga ke telinga
Hati : pilih blusher dengan warna sedikit gelap dan sapukan pada bahagian sekitar dagu dan bawah rahang
Jadi, masing² kena kenal pasti bentuk muka uols, lepas tu blajar sapu blusher ikut bentuk wajah sendiri k. Supaya yg bulat nampak lonjong, yg tembam tu leh cover sikit² bagi nampak tirus gitu.
Berus untuk blusher
Untuk sapuan blusher yg cantik, teratur & kemas, pemerah pipi haruslah disapu menggunakan berus untuk blusher.
Labels:
KECANTIKAN
,
TIPS
Friday, 3 May 2013
Tips Memakai Maskara
Salam semua,
Pilih maskara yang mempunyai formula yang mampu melentikkan bulu mata dengan hanya menggunakan berus untuk impak yang lebih semulajadi. Anda tak perlu bersusah payah nak menggunakan alat pelentik bulu mata. Ini kerana alat melentik bulu mata yang selelu digunakan itu ada kesan-kesan yang boleh merosakkan bulu mata anda.
Cuci sisa maskara dengan lembut agar bulu mata tidak tertanggal. Jangan sesekal menggosok atau menarik bulu mata anda. Gunakan putik kapas untuk membersihkan sisa maskara. Lebih elok jika anda menggunakan minyak zaitun atau pencuci khas untuk menanggalkan maskara anda.
Untuk mengelakkan pemakaian maskara daripada comot, letakkan kertas/tisu/ name card di bawah bulu mata yang ingin disapu maskara.
Pilih maskara yang berkualiti, tidak comot atau bergumpal. Gumpalan maskara pada bulu mata anda boleh meningkatkan peratusan bulu mata tercabut ketika anda ingin membersihkan bulu mata anda.
Jangan simpan maskara terlalu lama bagi mengelakkan maskara anda dijangkiti bakteria. Paling lama adalah dalam 3-4 bulan sahaja.
Bagi yang baru berjinak2 belajar menggunakan maskara, boleh mula dengan menggunakan mascara yang jernih [clear maskara]. Bila dah pandai boleh la menggunakan maskara yang berwarna pula.
Hari ni nak kongsi lagi beberapa tips yg senang sangat sebenarnya, semua boleh buat. Tapi untuk jadikan ianya lebih baik, apa kata gunakan tips ini, cara² memakai bulu mata supaya tidak kelihatan comot dan bergumpal.
Tips #1
Pilih maskara yang mempunyai formula yang mampu melentikkan bulu mata dengan hanya menggunakan berus untuk impak yang lebih semulajadi. Anda tak perlu bersusah payah nak menggunakan alat pelentik bulu mata. Ini kerana alat melentik bulu mata yang selelu digunakan itu ada kesan-kesan yang boleh merosakkan bulu mata anda.
Tips #2
Cuci sisa maskara dengan lembut agar bulu mata tidak tertanggal. Jangan sesekal menggosok atau menarik bulu mata anda. Gunakan putik kapas untuk membersihkan sisa maskara. Lebih elok jika anda menggunakan minyak zaitun atau pencuci khas untuk menanggalkan maskara anda.
Tips #3
Untuk mengelakkan pemakaian maskara daripada comot, letakkan kertas/tisu/ name card di bawah bulu mata yang ingin disapu maskara.
Tips #4
Pilih maskara yang berkualiti, tidak comot atau bergumpal. Gumpalan maskara pada bulu mata anda boleh meningkatkan peratusan bulu mata tercabut ketika anda ingin membersihkan bulu mata anda.
Tips #5
Jangan simpan maskara terlalu lama bagi mengelakkan maskara anda dijangkiti bakteria. Paling lama adalah dalam 3-4 bulan sahaja.
Tips #6
Bagi yang baru berjinak2 belajar menggunakan maskara, boleh mula dengan menggunakan mascara yang jernih [clear maskara]. Bila dah pandai boleh la menggunakan maskara yang berwarna pula.
Labels:
KECANTIKAN
,
TIPS
Thursday, 2 May 2013
Tips Cara Pemakaian Foundation
Hari
ni, ahkak yg bukan jurumekap ni, over tau nak juga kongsi cara2 nak oleskan foundation atau alas bedak di wajah mulus korang tu. Senang je sebenarnya, cer tengok kat you tube tu, tonyoh2 je pastu cun melecun..hehe..
Tapi tonyoh bukan sebarang tonyoh tau. Tak gena gaya bertukar jadi tepung gomak lak. Sebelum tu nak gitau uols lah kan, nak pilih foundation ni biar kena ngan warna kulit kita. Nak2 lagi kalo beli online. Cara senang nak pilih warna yg sesuai ialah macam ni.
Tipsnya, untuk kulit yg cerah/ putih, pilih foundation yg tone light. Tone medium sesuai dengan mereka yg berkulit sawo matang. Manakala wajah yg cenderung kepada gelap lebih sesuai memilih tone deep. Warna yg dikatakan selamat bila kita memilih warna natural.
Bagi yg menggunakan liquid foundation, penggunaan berus adalah digalakkan. Gunakan berus yg sesuai iaitu berus foundation supaya tidak bercapuk. Jika anda menggunakan foundation
blending brush untuk meratakan foundation yang telah disapu, kesannya lebih bagus serta kompleksi wajah juga terserlah. Tak percaya cubalah.

CARA APLIKASI FOUNDATION
Bagi mereka yg menggunakan foundation jenis cream atau stick, lebih baik menggunakan span ketika memakai foundation. Span yg berbentuk segitiga sama ada span latex atau yang bersesuaian.
Bagi yg menggunakan liquid foundation, penggunaan berus adalah digalakkan. Gunakan berus yg sesuai iaitu berus foundation supaya tidak bercapuk. Jika anda menggunakan foundation
blending brush untuk meratakan foundation yang telah disapu, kesannya lebih bagus serta kompleksi wajah juga terserlah. Tak percaya cubalah.
Berus untuk foundation |
Labels:
FOUNDATION
,
TIPS
Wednesday, 1 May 2013
Tips Memilih Foundation
Salam semua,
Hari ni aku nak kongsi sikit tentang foundation. Sebab ada sesetengah org tersalah anggap tentang foundation ni. Aku memang tiap hari gunakan foundation, jenama Kryolan. Ada banyak lak tu, aku ada jenis stick, supracolor, dermacolor, oxtard, maybelline yg jenis liquid dll. manyak tul..hehe..tapi bukanlah sekali pakai aku tempek semua ni, tiap hari tukarlah, kang membazir lak..
Kawan aku ada cakap, dia taknak pakai foundation, sebab org kata macam pakai topeng, dan nampak berat. Dan hanya sesuai untuk event sahaja, mcm mekap pengantin. Sebenarnya depend pada org, kalo ko pakai 4 layer yelah ko rasa berat, macam pakai topeng kalo salah pilih warna foundation tu. Aku share sikit ye tips pilih foundation ni.
Bila nak beli foundation ni, cuba test dulu padan atau tidak dengan kulit uols. Test di bahagian rahang atau yg paling dekat dengan pipi. Pilih foundation yg paling dekat dengan warna kulit, supaya tak nampak macam pakai topeng. Jika warna foundation lebih gelap, jadi bercapuk pulak nanti. Jangan test di atas tangan kerana warna tangan lebih gelap dari wajah.
Ada pelbagai jenis foundation yg dijual, jenis cream, mousse, stick, liquid dll. Jenis² foundation dan kesesuaian kulit seperti di bawah :
Liquid : jenis cecair, biasanya dibuat dari air atau minyak. Bagi liquid foundation yg berasaskan air lebih sesuai untuk kulit wajah berminyak atau kulit sensitif. Manakala bagi liquid foundation yg berasaskan minyak sesuai untuk mereka yg berkulit kering.
Cream / mousse : berbentuk krim, senang disapu pada wajah. Lebih sesuai untuk mereka yg berkulit normal hingga kering. Mampu menyamarkan garis² halus pada wajah.
Powder : berbentuk bedak tabur atau bedak padat, sesuai untuk kulit normal hingga berminyak.
Stick : foundation yg sangat padat dan mampu bertahan lama pada kulit. Sesuai untuk kulit normal atau kering, mampu menyamarkan noda pada wajah.
Sheer : Foundation jenis ini biasanya mengandung silikon sehingga mudah untuk diaplikasikan, dan tetap tampak alami tanpa terlihat berminyak.
Oil-based : Foundation ini tepat digunakan bagi Anda yang memiliki kulit kering. Sebelum menggunakan, goncang terlebih dahulu agar semua formulanya larut dengan sempurna.
Matte : Sangat cocok untuk kulit berminyak karena tidak mengandung minyak. Namun ingat, matte foundation juga cepat kering. Oleh kerana itu jangan pernah mengaplikasikan foundation jenis ini terlalu tebal.
Jika uols bekerja luar, pilih foundation yg mempunyai SPF atau yg serap peluh.
Tak perlu profesional, yg penting kita tahu cara apply foundation pada wajah dengan betul. Caranya berbeza untuk tiap jenis foundation, salah sapu foundation akan menyebabkan bedak bercapuk atau bertompok-tompok.

TIPS 1 : PILIH FOUNDATION SESUAI DENGAN WARNA KULIT
Bila nak beli foundation ni, cuba test dulu padan atau tidak dengan kulit uols. Test di bahagian rahang atau yg paling dekat dengan pipi. Pilih foundation yg paling dekat dengan warna kulit, supaya tak nampak macam pakai topeng. Jika warna foundation lebih gelap, jadi bercapuk pulak nanti. Jangan test di atas tangan kerana warna tangan lebih gelap dari wajah.
TIPS 2 : KENAL PASTI JENIS KULIT ANDA
Ada pelbagai jenis foundation yg dijual, jenis cream, mousse, stick, liquid dll. Jenis² foundation dan kesesuaian kulit seperti di bawah :
Liquid : jenis cecair, biasanya dibuat dari air atau minyak. Bagi liquid foundation yg berasaskan air lebih sesuai untuk kulit wajah berminyak atau kulit sensitif. Manakala bagi liquid foundation yg berasaskan minyak sesuai untuk mereka yg berkulit kering.
Cream / mousse : berbentuk krim, senang disapu pada wajah. Lebih sesuai untuk mereka yg berkulit normal hingga kering. Mampu menyamarkan garis² halus pada wajah.
Powder : berbentuk bedak tabur atau bedak padat, sesuai untuk kulit normal hingga berminyak.
Stick : foundation yg sangat padat dan mampu bertahan lama pada kulit. Sesuai untuk kulit normal atau kering, mampu menyamarkan noda pada wajah.
Sheer : Foundation jenis ini biasanya mengandung silikon sehingga mudah untuk diaplikasikan, dan tetap tampak alami tanpa terlihat berminyak.
Oil-based : Foundation ini tepat digunakan bagi Anda yang memiliki kulit kering. Sebelum menggunakan, goncang terlebih dahulu agar semua formulanya larut dengan sempurna.
Matte : Sangat cocok untuk kulit berminyak karena tidak mengandung minyak. Namun ingat, matte foundation juga cepat kering. Oleh kerana itu jangan pernah mengaplikasikan foundation jenis ini terlalu tebal.
TIPS 3 : MENGIKUT KESESUAIAN AKTIVITI/ TEMPAT
Jika uols bekerja luar, pilih foundation yg mempunyai SPF atau yg serap peluh.
TIPS 4 : TAHU CARA SAPUAN YG BETUL
Tak perlu profesional, yg penting kita tahu cara apply foundation pada wajah dengan betul. Caranya berbeza untuk tiap jenis foundation, salah sapu foundation akan menyebabkan bedak bercapuk atau bertompok-tompok.
Labels:
FOUNDATION
,
KECANTIKAN
,
TIPS
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)