Friday 13 April 2012

Selamat Hari Lahir Adham Hafiy

 
Lagi beberapa hari je Adham Hafiy nak masuk 2 tahun, 15 April...
Ibu & abah really happy having you my son.. abang aqil pon suka, tapi dia buat2 tak suka ja, abang kan kecik lagi ;)

Ibu selalu panggil afiy baby, pada seorang ibu anak2 dia tetap masih kecik walaupon umur menginjak. Rasa macam baru je keluar ward semalam lahirkan anak2 ibu, hari ni dah besar, dah boleh cakap.

Apa yg seorang ibu doakan, anak2 ibu membesarkan bagaikan juara, yang penting taat pada perintah Allah, patuh segala suruhanNya, hormati ibu abah, saling sayang-menyayangi, belajar rajin-rajin.

Ibu selalu pesan kat abang aqil,"nanti ibu abah mati, jaga adik elok2, aqil abang, jangan harap adik yg jaga abang"...lain riak muka dia, terus abang jawab, "ibu takleh  mati!!"...hihi, anak-anakku, mati itu akan datang.


Anak-anakku yang tercinta
Jika kamu alim jadilah obor kepada semesta
Jika kamu jahil bernaunglah di bawah cahaya. 

Jika kamu kaya jadilah bank kepada masyarakat
Jika kamu miskin berbanggalah untuk keredhaan Tuhanmu hindarlah dari meminta-minta
supaya terpelihara keizzahanmu
biarlah kamu miskin dengan Tuhanmu
kaya dengan manusia

Jika kau saudagar
jauhilah riba betulkan timbangan
berbuat adillah dalam berjual bell
jika kamu perlu mintalah kepada Tuhanmu agar manusia tidak menghinamu

Jika pemimpin jadilah payung kepada umatnya
rendahkan sayapmu jika kamu dipimpin
serahkanlah kepada kebijaksanaan ketuamu

Jika kamu pejuang
banyakkan mengingati Tuhanmu hadapilah musuh
jangan melampaui balasan-batasannya. Jika kamu menderita, tersiksa berserahlah kamu itu tanda 'basyar' dari Tuhan Tuhan kasih padamu
kasih Tuhan itu lebih dari kasih seorang ibu kepada anaknya


 --------------------------------------------------------------------
 Anak-anak ibu,
Andai saja bisa ibu mengulang waktu,
Tiada lagi marah itu…
Tiada lagi nada tinggi itu…
Namun semua takbisa diulang…
Sesal yang menyeruak…
Maafkan ibu selama ini keliru,
Semoga ibu diberi kesempatan oleh Sang pemilik waktu…
agar mama bisa MEMAHAMIMU, LEBIH BAIK LAGI…

-------------------------------------------------------------------
DOA UNTUK ANAK SOLEH

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128
رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم
Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.


SURAH ALI-IMRAN AYAT 38

رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ
At that time Zakariyya invoked his Lord, saying: “O my Lord! Grant me from You, a good offspring. You are indeed the All-Hearer of invocation.”
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”. 

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100
رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ
“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”
Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.
(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

DOA AGAR ANAK2 MENGERJAKAN SOLAT
SURAH IBRAHIM (14) AYAT 40
رَبِّ اجْعَلْنِى مُقِيمَ الصَّلوةِ وَمِن ذُرِّيَتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ
“O my Lord! Make me one who performs Salah, and (also) from my offspring, our Lord! And accept my invocation.
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

DOA MELEMBUTKAN HATI ANAK2 YG NAKAL
SURAH TAHA AYAT 1-6
طه
1. Ta Ha
مَآ أَنَزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْءَانَ لِتَشْقَى
2. We have not sent down the Qur’an unto you to cause you distress,
إِلاَّ تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَى
3. But only as a Reminder to those who fear (Allah)
تَنزِيلاً مِّمَّنْ خَلَق الاٌّرْضَ وَالسَّمَـوَتِ الْعُلَى
4. A revelation from Him Who created the earth and high heavens
الرَّحْمَـنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
5. The Most Gracious Istawa the Throne
لَهُ مَا فِي السَّمَـوَتِ وَمَا فِي الاٌّرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَمَا تَحْتَ الثَّرَى
6. To Him belongs all that is in the heavens and all that is on the earth, and all that is between them, and all that is under the soil

DOA AGAR DIBERI ZURIAT YG MENYEJUKKAN HATI
SURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
“Our Lord! Bestow on us from our wives and our offspring the comfort of our eyes, and make us leaders of those who have Taqwa.”
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

AJARKAN ANAK-ANAK DOA UNTUK IBUBAPA
SURAH IBRAHIM (14) AYAT 41
رَبَّنَا اغْفِرْ لِى وَلِوَالِدَىَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
“Our Lord! Forgive me and my parents, and (all) the believers on the Day when the reckoning will be established.”
Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.
Doa agar anak2 patuh pada Allah SWT
SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128
Doa agar anak2 mengerjakan Solat
SURAH IBRAHIM (14) AYAT 40-41
Doa melembutkan hati anak2 yg nakal
SURAH TAHA AYAT 1-6
Doa agar diberi zuriat yg menyejukkan hati
SURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74

 Photobucket

No comments :

Post a Comment

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik