Saturday 14 April 2012

Red Velvet Cake

Salam semua!! Selamat hari Sabtu ;)

kitorang ada sekolah ganti hari ni, jadi awai pagi dah bertolak, tinggallah bebudak 2 orang dengan abah dia.

Hihi, hari ni nak kongsi resepi kek yg baru je buat semalam, sebenarnya dah 3 kali buat, yg pertama tak berapa menjadi, warna pudar, silap bancuh tepung sama. yg kedua try buat warna purple, tapi tak menarik jugak, kali ketiga mak aiii warna merah menyala, sebab pakai pewarna serbuk, sekali bila makan pahit la pulak, mungkin terlebih warna kot. jadi, pesanan hari ini, letak pewarna dalam sukatan yg betul ye puan-puan ;)


Sebenarnya lagi, saya baru beli cream spatula, itu yg tangan begitu gatal sekali nak baking cake yg boleh lketak cream cheese ni, konon2 nak try spatula baru. Masa tengok kat Consfood aritu, ada jugak jual, tapi price dia RM40++ memandangkan aku ni bukan pembuat kek tegar jadi aku lupakanlah nak beli  yg mahai2 tu. Sekali terjumpa pulak dekat Daiso RM5 je...hikhik ;p

Red Velvet Cake

Inspirasi : kak azlita fromintankitchen
Sumber : blog irma

Resepi:
Bahan A – Untuk diayak bersama.
250 gram tepung gandum
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder

Bahan B -campur dan kacau sebati.
240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah - atau 1 tsp serbuk pewarna
Pilihan kedua – sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu cair dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.
pilihan ketiga - 240ml susu cair dan 1 tsp cream tar tar atau lemon

Bahan C - diputar sampai sebati
113 gram unsalted butter - jika guna marjerin, jgn letak garam
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Bahan D - last sekali
1 tsp cuka
1 tsp baking soda

Topping – Cream Cheese Frosting.
250 gram cream cheese tartura
227 gram mascarpone – mula2 cari tak jumpa, pastu sekarang dah ada tapi tak beli sebab RM49.00 seketui
1 tsp esen vanilla
1/2 cawan gula ising
250 ml whipped cream
1/2 tsp lemon paste

Cara-cara;
  •  panaskan oven 160 darjah
  • Ayak bahan A, ketepikan
  • lembutkan butter pada suhu bilik, putar sehingga lembut, masukkan gula, putar sehingga gula hancur. masukkan telur satu persatu, putar lagi. guna spatula kacau adunan di tepi mangkuk supaya semua sebati. 
  • masukkan tepung diselang-selikan dengan buttermilk sebanyak 3 kali. cara  saya lain sikit, saya tak campurkan pewarna dalam buttermilk, sebab warna dia meloyakan tekak...errkk.. jadi masa masukkan tepung baru masukkan pewarna serbuk, hanya 1 sudu kecil jangan lebih sebab akan pahit.
  • akhir sekali, jangan buat2 lupa, dalam cawan berasingan, masukkan soda dan tuangkan 1 tsp cuka, biar berbuih dan kaco sebentar kemudian terus tuang dalam adunan.
  • terus bakar dalam 30-45 minit


 Cara buat cream cheese frosting:
  • putar cream cheese hingga berkrim, jika takder mascapone macam saya yg kedekut ni, tambahkan cream cheese dalam 200g.
  • dalam bekas berasingan, putar whipping crem hingga kental
  • masukkan gula icing
  • masukkan lemon paste dan esen vanilla.
  • jika adunan agak keras boleh masukkan 1 sudu besar susu segar.
Selamat mencuba!!!!
 Photobucket

No comments :

Post a Comment

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik