Sunday, 8 April 2012

Kek Coklat Lembap with cheese

Salam semua, ntah apa2 je nama kek ni kan. Sebenarnya ini adalah kek coklat lembap yg dikukus, memang sedap sebab bila diletak dalam freezer 5-6 jam pon struktur kek tak berubah, lembut dan moist je. Bila makan memang terasa coklatnya tau. Memang genrenti jadi lah, sangat sesuai untuk mereka yg gemarkan coklat ;)



Resepi kek:
Sumber: Fronintankitchen
Asal: Pn Munira

Bahan kek:

  • 1 cawan gula 
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • 3/4 cawan tepung gandum - diayak
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat - diayak
  • 1 sudu kecil baking powder - diayak
  • 3 biji telur - di blender
Cara-cara:
  • Masak gula, serbuk koko, susu cair, susu pekat dan minyak di atas api sampai sebati.
  • ayak tepung, soda dan baking powder.
  • Telur di blender
  • Sebatikan ketiga-tiga adunan secara selang seli sebanyak 3 kali dengan spatula.
  • panaskan periuk kukus
  • Kukus sampai masak.
Bahan cream cheese frosting:
  • 250g cream cheese -tartura
  • 100 ml whipping cream
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil paste lemon
  • 1/2 cawan gula icing (optional) - sy tak letak pon, whipping cream dah manis
Cara-cara:
  • Putar whipping cream hingga menjadi kental, ketepikan
  •  Putar cream cheese sehingga berkrim/ lembut
  • masukkan gula icing, kalo taknak tak payah masukkan
  • maukkan esen vanilla, lemon paste.
  • masukkan whipping cream dan gaul sebati.
* potong kek pada 2 bahagian
* lapiskan tengah2 kek dengan cream cheese
* sapaukan di sekeliling kek.
*sejukkan 4-5 jam

Dah siap. Sangat senang tau ;)
Selamat mencuba!
 Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik