Salam semua, hari ni kami cuti sempena Good Friday bagi negeri Sabah dan Sarawak. Kami kan masyarakat majmuk, macam2 agama dan bangsa ada tau..hihi.walaupon aku bukan urang sabah bah ;)
Jadi, kami amik kesempatan ke Rumah Terbalik Borneo, yang terletak di Kg Telibong, Tamparuli.
Kalau dari KK, dalam 30km sahaj, dekat je dengan bulatan Tuaran-Tamparuli, sebelum shell, memang tepi jalan sangat lah, senang nampak.
menurut staf kat sini, pemilik adalah orang penampang, dan bina rumah terbalik tersebut atas tanah persendirian beliau...kreatif juga kan.
Disebalik rumah terbalik ni, dorang mereka cerita bahawa kononnya dalam rumah tersebut didiami oleh sebuah keluarga, yang terdiri dari ayah, emak dan anak lelaki. Suami kadazan dusun manakala isteri Kota Belud. Ini bukan cerita sebenar, dorang reka2 lah..
Rumah ni memang terbalik, peralatan dalaman semua digantung atau melawan graviti. Tapi sayangnya tak leh amik gambar dalam rumah, tak taulah kenapa ;(
More info, click here ---->
http://puadede.com/v1/rumah-terbalik-borneo-kg-telibong-tamparuli/
 |
Dalam kereta, bergaduh rebutkan kopiah |
 |
Fee sepuloh ringgit |
 |
Beratur sebelum masuk, tunggu turn |
 |
It's real ok,not photoshop |
 |
Jalan in group, pelayan pakai kain batik lagi sambil bercerita |
 |
Ketuk gong 3 kali tanda nak masuk |
 |
Pandangan belakang rumah |
 |
Garaj pun terbalik tau |
 |
ada cafe ;) |
 |
Souvenir ~ fridge magnet RM7.50 after less 25% |
 |
Dirasmikan pada 9 mac |
Menurut pelayan, ini adalah yg pertama di Asia, dan ketiga di dunia. Tapi bila search google, banyak je lagi.
No comments :
Post a Comment