Friday 19 October 2012

4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Cara Rasulullah

Salam semua,
 Hari ni saya nak berkongsi maklumat yang sangat berguna pada ibu2 dan bapa2 semua, semoga apa yg dikongsi dapat dijadikan panduan dalam mendidik anak2 dengan sempurna.


Tahap Pertama
(0-6 tahun- mumayyiz)
Pada masa ini anak hendaklah disayangi dengan sepenuh hati oleh ibu bapa, dibelai dengan kasih sayang, diajak bermain dan bergurau. Natijahnya agar anak sentiasa sedar rujukan terbaik bagi mereka dalam semua hal yang mereka hadapi.


Tahap Kedua
(7-14 tahun)
Ketika ini ibu bapa hendaklah mendidik mereka dengan kasih sayang tapi tegas dengan arahan, disiplin dan beri mereka tanggungjawab. Didiklah mereka tentang solat, puasa dan lain-lain.


Tahap Ketiga
(15-21 tahun)
Hendaklah mendidik mereka dengan cara berkawan. Bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi ia tidak bertentangan dengan syariat.


Tahap Keempat
(21 tahun ke atas)
Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal. Anak adalah tanggungjawab & amanah kita bukannya hak milik.






  Photobucket

No comments :

Post a Comment

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik