Monday 1 October 2012

Snow Cheese Cake

Salam 1 Malaysia semua ;)

Dah masuk Oktober kan, bajet 2013 pon dah bentang. Semua dapat habuan masing2, tapi biasalah, nak puaskan hati semua orang memang tak boleh kan.

Ok, hari ni nak cerita tentang sebijik kek yg memang buat aku terliur ja, hahaha.. tengok blog orang sana-sini dah buat kek ni tau, tp disebabkan aku berpuasa menyentuh cheese, jadi slow la skit nak membaking ni

Tapi, ujung minggu lepas, (jumaat) tak tertahan lak hati ni nak try resepi baru, SNOW CHEESE CAKE. aku pun tak tau tuan tanah asal resepi kek ni, tp aku nak ucap tahniah la kat dia, sebab kek ni memang sedap dan simple ja resepi dia.

 Mula2 try rasa sedap, tapi kek macam padat sikit. aku rasa sebab aku pukui adunan tu sat sangat, kalot ngan anak2 lag jumaat ritu. Hasil kelam kabut, terjadilah begini:

Masa beli cream cheese kat Giant, mcm ok, masa buka nak pukui, meleleh air dari keju tu, dengan berketui-ketui. kuangjaq tui giant juai cream cheese hat rosak dah. terus call hero pujaan hatiku dengan pujuk rayu suh dia beli yg baru dekat consfood. nasib baik jadi sedap lalala.

 Yang ni 2nd edition, pujaan hatiku request nak bawa gi tempat keja, ada makan2, pastu aku suh promote, kot ada nak tempah. yg ni buat seikhlas hati, tekstur kek jadi cam span, lembut ja. Pastu dengan cheddar cheese yg overloaded tu...memang sedap...jom pakat2 try..


Resepi Snow Cheese Cake:

Bahan kek:
- 100g tepung naik sendiri atau tepung gandum
- 60g tepung jagung
- 100g gula kastor
- 6 biji telur (buang 2 putih telur)
- 2 sudu kecil ovellete
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu kecil baking powder (kalo guna tepung gandum)
- 50g air sejuk
- 75g marjerin yg telah dicairkan

Bahan krim
- 250g cream cheese
- 1 cawan susu pekat

Hiasan:
- 1/2 kotak cheddar cheese (aku guna kraft) diparut

Cara masak:
- satukan kesemua bahan kecuali marjerin, putar sampai putih.
- masukkan marjerin dan putar lg sampai sebati.
- bakar pada suhu 150 darjah dengan api atas bawah selama 45 minit atau sehingga masak.
- putar cream cheese hingga lembut, masukkan susu
- belah kek di tengah, sapukan cream cheese. yg selebihnya disalut di luar kek.
- taburkan cheddar cheese yg telah diparut.
- sejukkan lagi sedap ;p

 Photobucket

No comments :

Post a Comment

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik